Apa yang diperlukan untuk membelanjakan RM3,600 setahun? Hanya RM10 sehari yang diperlukan untuk perbelanjaan bukan keperluan. Apakah barangan bukan keperluan yang boleh dibeli bernilai RM10 yang anda belanjakan setiap hari? Mungkin sekotak rokok, makanan ringan seperti keropok, ais krim, coklat dan biskut; minuman gaya hidup seperti teh boba dan seumpamanya, serta banyak lagi barangan yang tidak semestinya anda perlu belanjakan.
Mengikut statistik yang dijalankan oleh Kementerian Kewangan, rakyat Malaysia menghabiskan 31.2% daripada gaji mereka untuk makanan, iaitu kira-kira RM20 hingga RM50 sehari. Adakah anda tahu dengan RM10 sehari yang anda belanjakan bagi barangan bukan keperluan, anda boleh melindungi diri anda daripada kejadian tidak diingini dalam hidup seperti kematian, kecacatan, kemalangan, penyakit dan pada masa yang sama mendapat pulangan berpotensi dari dana pelaburan? Mari lihat bagaimana caranya.
Terdapat pelbagai cara untuk anda membelanjakan RM3,600 setahun, atau lebih tepat lagi RM10 sehari. Tetapi mengapa berbelanja sewenang-wenangnya untuk barangan yang anda tidak perlu, apabila anda boleh lindungi diri anda daripada perkara yang tidak diingini berlaku? Pada masa yang sama, anda boleh melabur mengikut pilihan sendiri dan nikmati potensi pulangan di kemudian hari. Dengan RM20 sehari, anda boleh mendapatkan manfaat kematian dan hilang upaya penuh & kekal sehingga RM300,000 dan sehingga RM100,000 untuk manfaat penyakit kritikal, RM90,000 untuk manfaat perubatan dan manfaat kemalangan sebanyak RM40,000.
Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai pelan Takaful berkaitan pelaburan.