Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Panduan menguruskan legasi dan harta pusaka

Cara meninggalkan legasi

Perasan atau tidak, apabila usia kita meningkat, semakin banyak kita mendengar tentang "Legasi” di sekeliling kita. Dalam kehidupan kita, dibesarkan dengan pemahaman bahawa meninggalkan legasi bermaksud mewariskan sesuatu yang kekal dan bermanfaat kepada orang tersayang selepas kita meninggal dunia, sebagaimana yang diungkapkan oleh pakar alam sekitar, David Brower.

"Kita sepatutnya berfikir seperti sungai jika kita mahu meninggalkan warisan yang indah dan kehidupan yang baik untuk generasi akan datang."

Beliau berkata demikian untuk memastikan keindahan alam sekitar terjaga untuk generasi akan datang. Pernyataan ini merujuk kepada satu jenis legasi, tetapi terdapat lebih banyak jenis legasi yang mungkin didengar pada masa depan - salah satu daripadanya ialah legasi kewangan. Mari kita lihat apa itu legasi dan bagaimana cara meninggalkannya!

Legasi

Apa itu legasi?

Seperti yang dijelaskan oleh Merriam-Webster, legasi atau warisan merujuk kepada pemberian melalui wasiat terutamanya wang atau harta persendirian dan/atau sesuatu yang dipindahmilik atau diterima daripada keturunan sebelumnya.

Kenapa mewariskan legasi itu penting?

Mewariskan legasi adalah perkara penting kerana ia memastikan segala harta yang dikumpul melalui titik peluh kita akan dibahagikan kepada orang tersayang, terutama sekali setelah kita tiada lagi di dunia. Tanpa perancangan yang betul, perkara ini boleh menyebabkan konflik dalam keluarga atau waris terdekat.

Berikut adalah beberapa cara untuk mewariskan harta atau legasi dengan mudah.

Bagaimana cara mewariskan legasi dengan betul?

Terdapat banyak cara untuk mewariskan harta kepada orang tersayang, termasuk melalui pemberian harta benda, takaful, dan pembahagian wasiat.

Harta benda

Harta Benda

Harta benda seperti rumah, bangunan, unit apartmen atau tanah merupakan salah satu cara untuk mewariskan legasi, kerana ia mempunyai nilai kewangan dan sentimen yang tinggi. Kebiasaannya, pemilik harta akan memindahkan hak milik hartanya kepada anak-anak melalui wasiat yang akan dijelaskan selanjutnya selepas ini. Nilai harta bergantung kepada jenis dan lokasi yang mana secara puratanya bernilai antara RM220,000 hingga RM740,000, atau lebih tinggi bergantung kepada keadaan ekonomi.

Jika anda memiliki harta benda atau tidak, anda perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini bagi memastikan anak-anak anda boleh mewarisi nilai harta ini.

Pelan takaful

Takaful

Alternatif lain untuk mewariskan legasi ialah melalui pelan takaful yang boleh memastikan keluarga anda dilindungi  iaitu dengan pemberian hibah. Jika anda merupakan peserta takaful dan ditakdirkan meninggal dunia, ahli keluarga yang anda telah lantik sebagai penama akan menerima pampasan manfaat secara mutlak.

Selain itu, anda juga boleh memindah hak milik pelan takaful anda kepada anak-anak untuk pendidikan dan dalam masa yang sama untuk tujuan perlindungan. Ini lebih bermanfaat jika pelan takaful anda mempunyai unsur atau ciri-ciri pelaburan.

Dilindungi oleh pelan takaful semestinya satu kelebihan untuk melindungi diri dan keluarga daripada perkara yang tidak diingini.

Pembahagian wasiat

Pembahagian Wasiat

Pembahagian wasiat juga dirujuk sebagai pembahagian harta atau warisan. Terdapat dua undang-undang berkaitan dengan pembahagian harta, yang menentukan bagaimana harta anda dibahagikan.

Undang-undang tersebut ialah undang-undang Syariah yang digunapakai dalam proses pembahagian harta orang Islam sahaja dan undang-undang sivil. Tahukah anda, bahawa undang-undang sivil membenarkan anda menentukan pembahagian harta selepas anda meninggal dunia melalui wasiat kepada sesiapa sahaja yang anda kehendaki.

Manakala undang-undang syariah pula mengaplikasikan sistem faraid yang menentukan bahagian, had, dan cara pembahagian harta, maksimum sehingga satu per tiga daripada keseluruhan harta sahaja yang boleh diwasiatkan. Melalui wasiat juga, anda boleh memilih untuk meninggalkan harta dengan memberi kepada badan kebajikan pilihan anda.

Semakin kita meningkat usia, semakin penting untuk menyediakan wasiat supaya pembahagian harta kita diurus sebaiknya selepas kita meninggal dunia bagi mengelakkan konflik yang mungkin timbul.
 

Kesimpulan

Kesimpulannya, meninggalkan legasi adalah cara terbaik untuk terus menunjukkan kasih sayang anda kepada keluarga selepas pemergian anda. Tidak kira melalui pemindahan hak milik harta, manfaat Takaful, atau pembahagian wasiat. Meninggalkan harta pusaka mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding keburukannya. Walaupun artikel ini kebanyakannya merujuk menfokuskan kepada legasi kewangan, namun ia tiada keraguan lagi ianya boleh meninggalkan kesan yang berkekalan kepada orang yang anda sayangi.

Kandungan yang berkaitan
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo