Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Cabutan Rezeki Kempen Triple Reward #SinarNova

i-Great Prestij

Untuk maklumat lanjut, klik:

» Terma dan syarat

Tahniah!

Anda telah terpilih sebagai pemenang pakej umrah Kempen Triple Reward #SinarNova!


Sila lengkapkan butiran anda dan jawab soalan di bawah bagi melayakkan anda untuk menerima hadiah yang disediakan:


Ruang bertanda * wajib diisi.
 

Peringatan:

  1. Pemenang dikehendaki memberi respon dan menjawab soalan dengan betul, dalam tempoh lima (5) hari. Jika pemenang tidak dapat dihubungi ataupun tidak menjawab soalan dengan betul, GETB mempunyai hak untuk mencabut semula pemenang yang layak.
  2. Untuk pemenang bukan Muslim atau sekiranya pemenang tidak mampu untuk menunaikan umrah, pakej umrah akan digantikan dengan wang tunai bersamaan nilai dengan nilai pakej umrah.

Maklumat yang anda berikan di dalam borang ini mungkin akan digunakan oleh Great Eastern Takaful Berhad (Syarikat), ejen-ejennya, dan syarikat berkaitan Syarikat untuk memaklumkan anda pengumuman, maklumat dan berita penting mengenai Syarikat, produk dan khidmatnya, promosi dan tawaran dari masa ke semasa. 

Lanjutan dan tanpa prejudis kepada terma-terma di dalam Notis Perlindungan Data Peribadi Syarikat, Notis Perlindungan Data dan Pengakuan yang terkandung di dalam Borang Cadangan, anda dengan ini bersetuju dan memberi kebenaran kepada Syarikat untuk mengumpul, memproses dan menggunakan data peribadi anda untuk:- 

i) tujuan “Kempen Triple Reward #SinarNova” (“Kempen”); dan

ii) aktiviti pemasaran dan promosi yang dijalankan oleh Syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang media dan bahan iklan atau publisiti, seperti rakaman audio dan/atau visual yang dipaparkan melalui surat khabar, rangkaian televisyen, stesen radio, media sosial atau media digital dan dalam talian dan Internet. Aktiviti pemasaran dan promosi, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan dan/atau penerbitan butiran yang diberikan dan/atau berkaitan dengan penyertaan, bahan temu ramah, serta jawapan dan gambar berkaitan. Berkenaan ini, anda bersetuju untuk bekerjasama dan menyertai dalam sebarang aktiviti periklanan dan publisiti yang munasabah oleh Syarikat yang berkaitan dengan Kempen ini, dan

iii) pembekal perkhidmatan pihak ketiga (yang mengendali dan mengurus perkhidmatan umrah bagi jemaah Malaysia).

Anda boleh menarik kebenaran untuk sebarang tujuan komunikasi di atas dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1300-13-8332 atau menulis kepada kami di i-greatcare@greateasterntakaful.com.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo

Ahli PIDM

TIPS Brochure PIDM