Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Myanmar
Great Eastern Takaful Logo

4 Manfaat Hibah Takaful

Manfaat hibah takaful

 

4 manfaat hibah takaful

Sejak Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara mengeluarkan satu resolusi bahawa takaful boleh dihibahkan pada 5 November 2014, ramai peserta takaful menarik nafas lega. Ini bermaksud sebarang manfaat kematian boleh diberi terus kepada penama tanpa perlu melalui proses pengurusan harta pusaka.

Namun begitu, hampir 7 tahun sejak resolusi daripada MPS itu diumumkan, masih ramai lagi yang tertanya-tanya, “Hibah takaful? Apa tu? Apa manfaat dan kelebihannya?” Kita selalu dengar perkataan tersebut tetapi tidak begitu faham akan maksudnya.

Hibah bermaksud pemberian pemilikan sesuatu barang kepada seseorang tanpa sebarang balasan, dalam erti kata lain, hibah juga bermaksud hadiah yang diberikan oleh seseorang kepada orang yang lain secara sukarela ketika dia masih hidup. Ini bermakna sekiranya anda sebagai pencarum takaful meninggal dunia, penama yang dilantik oleh anda akan mendapat pampasan mutlak manfaat pelan takaful yang anda sertai.

Apakah manfaat dan kelebihan hibah takaful? Mengapa kita perlu hibahkan takaful? Berikut adalah 4 manfaat hibah takaful:

hibah takaful - penggantian pendapatan

Penggantian pendapatan

Semua orang akan menghadapi kematian dan setiap kematian itu adalah berbeza. Kematian seorang pencari nafkah utama bagi keluarga merupakan satu kehilangan yang lebih pedih dan meninggalkan kesan lebih mendalam kepada ahli keluarga yang lain. Kehilangan secara mengejut ini bukan sahaja mendatangkan kesedihan, ia juga mengakibatkan kehilangan segala punca pendatapan sara diri dan nafkah bulanan untuk keluarga yang ditinggalkan. Perbelanjaan untuk isteri, anak-anak dan ibu bapa akan terhenti. Isteri yang dahulunya seorang suri rumah mungkin terpaksa mencari kerja untuk menyara keluarga, anak-anak juga perlu berjimat-cermat dan mengikat perut demi kelangsungan hidup.

Di sinilah hibah takaful memainkan peranan penting bagi memastikan waris yang anda tinggalkan dapat meneruskan kehidupan dengan selesa. Lihat contoh di bawah untuk gambaran lebih jelas:

Simpanan Tanpa Takaful   Caruman Pelan Takaful + Hibah  
Nama Emran
Umur 30 tahun
Status Merokok Tidak merokok
Simpanan Bulanan RM320 Caruman Bulanan RM320
Jumlah Selama 10 Tahun RM38,400 Jumlah Perlindungan RM600,000
Manfaat Tambahan - Manfaat Rangsangan RM60,000
Jumlah Ditinggalkan Pada Waris RM38,400 Jumlah Ditinggalkan Pada Waris RM960,000

Tertakluk pada terma & syarat. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Lihat perbezaan pada amaun yang mampu anda tinggalkan kepada waris anda. Dengan amaun yang sama setiap bulan selama 10 tahun, anda mampu meninggalkan jumlah berkali ganda untuk waris anda, tertakluk pada manfaat pelan takaful yang ditawarkan oleh Pengendali Takaful di Malaysia. Walaupun wang tidak dapat mengganti kehilangan yang tersayang, tetapi yang ditinggalkan perlukan bantuan kewangan untuk meneruskan kehidupan. Dengan takaful yang dihibahkan pada pasangan anda, dapatlah ahli keluarga anda menjalani kehidupan seperti biasa tanpa terbeban dengan masalah kewangan.

Nak tahu berapa jumlah hibah yang anda perlukan? Ini formulanya:

Bujang: [Pendapatan sebulan x 12] x 3 tahun = Nilai hibah

Berkahwin: [Pendapatan sebulan x 12] x 10 tahun = Nilai hibah

hibah takaful - penyelesaian hutang

Penyelesaian hutang

Islam sangat menuntut penyelesaian hutang dalam kehidupan walaupun setelah kematian. Sabda Rasulullah SAW, “Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang” (Hadis Riwayat Muslim). Kalangan alim ulama dan ustaz juga telah berpesan-pesan bahawa hutang ialah perkara utama yang perlu diselesaikan oleh waris sejurus selepas kematian seseorang dan mayatnya diurus rapi. Bahkan waris wajib melangsaikan hutang si mati terlebih dahulu sebelum mengurus dan membahagikan hartanya kepada waris.

Dalam Hadis Riwayat Bukhari dan Tirmizi: “Sesungguhnya roh orang Mukmin itu tergantung dengan sebab hutangnya. Sehinggalah hutangnya dijelaskan”.

Sekiranya anda berhutang dengan rakan-rakan sebanyak RM100-RM200, mungkin waris anda boleh melangsaikannya. Tetapi bagaimana pula dengan komitmen hutang yang lebih besar seperti hutang perniagaan, pembiayaan peribadi yang beribu-ribu ringgit nilainya? Sudah pasti ianya membebankan waris anda bukan sahaja dari segi kewangan, malahan emosi mereka turut terganggu dek kerana hutang yang ditinggalkan.

Oleh itu, hibah takaful adalah jalan yang terbaik untuk memastikan ‘pemergian’ anda tidak menyukarkan dan membebankan mereka. Dapatlah mereka gunakan wang yang anda tinggalkan untuk melangsaikan kesemua hutang-piutang anda dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

hibah takaful - penerima mutlak

Penerima mutlak & proses yang mudah

Berbeza dengan wasiat dan pembahagian harta pusaka, hibah adalah pemberian hadiah oleh seseorang kepada warisnya tanpa boleh dipertikaikan. Ini bererti penerima hibah adalah pemilik mutlak ‘hadiah’ tersebut, tidak kira dalam bentuk wang tunai atau harta benda setelah kematian pemiliknya. Hal ini sudah tentu dapat mengelakkan persengkataan atau perebutan antara ahli keluarga, memandangkan penama bagi takaful tersebut dilakukan oleh peserta ketika dia masih hidup dan waras, secara sukarela.

Selain daripada itu, proses tuntutan hibah takaful juga sangat mudah dan cepat tanpa melibatkan sebarang kos tambahan. Sudahlah kehilangan orang yang tersayang, takkan nak menuntut hak pun perlu mengeluarkan wang lagi? Jangan risau, berbanding wasiat, hibah tidak memerlukan waris untuk mengupah peguam atau melantik pihak ketiga untuk menguruskannya. Oleh kerana hibah adalah hadiah, nilai tersebut akan diberi 100% kepada penerima tanpa sebarang penolakan. Terdapat juga Pengendali Takaful yang memberikan manfaat tambahan tunai kepada waris seperti manfaat ihsan sebanyak RM2,000 sekiranya peserta meninggal dunia.

Di samping itu, hibah takaful juga boleh dikategorikan sebagai aset mudah cair, jadi proses tuntutannya lebih mudah dan cepat yang boleh dibuat dalam tempoh hanya sebulan sahaja. Bayangkan jika waris anda seorang suri rumah tanpa punca pendapatan, di mana mahu mendapatkan wang dengan cepat untuk teruskan kehidupan? Berapa banyak yang boleh dipinjam dari ahli keluarga atau rakan-rakan? Dengan takaful yang anda hibahkan, dapatlah waris anda menggunakan wang yang ditinggalkan untuk perbelanjaan kehidupan seharian dan menyesuaikan diri tanpa anda sebelum mencari sumber pendapatan yang lain.

hibah takaful - dana pendidikan

Dana pendidikan anak

Anak merupakan penyambung zuriat dan harta dunia akhirat kita. Menjadi tanggung jawab kita sebagai ibu bapa untuk menyediakan pendidikan yang terbaik buat anak-anak untuk masa depan mereka yang cerah. Kita tentunya mahukan pembelajaran yang selesa di sekolah, seterusnya memberikan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di universiti ternama. Namun begitu, kos pendidikan yang semakin meningkat saban tahun menyukarkan para ibu bapa menyediakan perbelanjaan yang cukup untuk menanggung kos pendidikan anak-anak.

Melanjutkan pelajaran di universiti tempatan sahaja sudah menelan belanja berpuluh ribu ringgit, apatah lagi di universiti luar negara. Anda sudah pasti tidak mahu impian anda tidak tercapai dan juga anak-anak turut kecewa kerana tidak mampu melanjutkan pelajaran ke menara gading, bukan?

Dengan hibah takaful, anda mampu menyediakan dana yang cukup untuk anak-anak melanjutkan pelajaran walaupun anda tiada lagi di sisi mereka. Rancanglah kewangan anda sebaik-baiknya. Lebih awal anda mencarum takaful dan hibahkan pada waris, lebih rendah caruman bulanan dan lebih terjamin masa depan anak-anak anda. Mereka pasti bersyukur dan bahagia kerana anda telah merancang masa depan yang cemerlang buat mereka.

manfaat hibah takaful

Kesimpulannya, hibah takaful memainkan peranan yang amat penting bagi melindungi waris kita apabila kehilangan ahli keluarga, lebih-lebih lagi yang meninggal itu adalah pencari nafkah tunggal dalam keluarga. Jika anda belum melantik penama bagi pelan takaful anda, lakukanlah segera. Pastikan penama adalah penerima hibah dan bukannya wasi, kerana wasi bukan penerima mutlak, manfaat masih perlu diagihkan mengikut undang-undang pengurusan harta pusaka. Jika anda masih belum mencarum takaful dan mahu menghibahkannya kepada waris, layari pelbagai pelan takaful yang kami tawarkan yang sesuai dengan anda.

Kandungan yang berkaitan
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo