Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

M-Tiara Education

M-Tiara Education

Anak anda berhak mendapat langkah permulaan yang stabil dalam kehidupan. Anda sedar bahawa persediaan masa depan anak anda memerlukan lebih dari sekadar simpanan, mengurangkan dan mengawal perbelanjaan. Sebagai ibu bapa, anda sentiasa berusaha memberikan anak anda yang terbaik supaya mereka tidak ketinggalan.

Manfaat-manfaat Utama

Insentif tunai untuk prestasi cemerlang

Memberi ganjaran untuk prestasi cemerlang anak anda adalah salah satu cara dana terkumpul daripada pelan takaful keluarga berkaitan-pelaburan ini boleh membantu anda dalam hal ini.

Tingkatkan perlindungan dengan rider pilihan

Tingkatkan pelan pendidikan anak anda dengan pelbagai rider pilihan yang menyediakan anak anda dengan pelan yang lebih komprehensif.

Perlindungan Hilang Upaya dan Kematian

Terima jumlah perlindungan asas dan jumlah nilai di dalam PUA (jika ada) daripada pelan M-Tiara Education anak anda jika berlaku Hilang Upaya Penuh dan Kekal atau kematian.

Dapatkan pelan ini

Hubungi 1 300 88 8787, kunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat atau layari www.muamalat.com.my.

Nota dan Penafian:

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh peroduk ini. Hubungi 1 300 88 8787, kunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat atau layari www.muamalat.com.my.

Notis Penting
  1. M-Tiara Education merupakan pelan Takaful Keluarga Berkaitan Pelaburan dengan caruman berkala yang matang pada umur 25 tahun pada hari lahir berikutnya beserta manfaat perlindungan takaful keluarga.
  2. Pelan ini merupakan produk Takaful Keluarga yang berlandaskan prestasi yang mendasari aset dan bukan suatu produk pelaburan sebenar seperti unit amanah.
  3. Caruman dibayar sehingga tamat perlindungan Takaful, atau sehingga HUPK atau kematian, yang mana terdahulu.
  4. Anda seharusnya berpuas hati bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar.
  5. “Tempoh Rujukan Percuma” selama 15 hari daripada tarikh penghantaran sijil diberi kepada anda untuk meneliti kesesuaian pelan. Jika sijil dikembalikan kepada Pengendali Takaful dalam tempoh ini, Pengendali Takaful akan mengembalikan suatu jumlah yang bersamaan dengan jumlah:
    1. Caruman yang belum diperuntukkan;
    2. Jumlah Nilai Akaun bagi sijil ini;
    3. Sebarang Tabarru’ dan Caj Perkhidmatan yang telah ditolak;
    Ditolak juga sebarang perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan perubatan anak anda, yang mana sijil ini hendaklah disifatkan terbatal dan liabiliti kami di bawahnya akan terhenti.
  6. Anda boleh menerima jumlah baki dalam PUA apabila pelan ditamatkan atau matang. Tiada manfaat akan dibayar dari Dana Tabarru’.
  7. Nilai dalam PUA akan bergantung kepada prestasi sebenar dana yang dipilih dan tidak dijamin. Risiko pelaburan di bawah pelan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh anda dan nilai di dalam PUA mungkin kurang daripada jumlah yang dicarum untuk dana.
  8. Anda boleh berhenti mencarum dan masih menikmati perlindungan selagi terdapat jumlah yang mencukupi di dalam PUA untuk membayar Tabarru’ dan caj perkhidmatan, yang mana berkenaan. Namun, terdapat kemungkinan sijil menjadi luput apabila caj yang dikenakan, termasuk Tabarru’, melebihi jumlah nilai yang ada di dalam PUA.
  9. Jumlah pampasan daripada IB CIBR ataupun IB EPCC akan mengurangkan jumlah perlindungan pelan asas. Jumlah yang sama turut ditolak daripada rider-rider yang berkenaan.
Penafian

Maklumat ini hanyalah untuk pemberitahuan am sahaja. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri-ciri dan manfaat-manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk pertanyaan
Untuk khidmat pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Cari Perunding Takaful
Great Eastern Takaful Malaysia logo