Ianya penting untuk mendapatkan perlindungan. Di Great Eastern Takaful, kami memahami keutamaan dalam kehidupan anda. Sebab itulah kami memberikan anda akses kepada pelan yang pelbagai dan khusus yang membantu anda melindungi keluarga serta kepentingan anda.
Kini, anda boleh mendapat perlindungan semudah mungkin. Kuasa menentukan apa yang terbaik untuk kewangan anda terletak di tangan anda sendiri dan penuhi keperluan perlindungan anda. Capai hasrat murni anda dengan i-Great Murni 2.0
Setiap peringkat kehidupan perlukan perlindungan yang berbeza. Sama ada anda bujang atau sudah berkahwin – kami di sisi anda.
Ini adalah kisah anda. Ia mengenai anda menguruskan kehidupan. Anda sedar bahawa hidup mempunyai naik turun, dan anda mahu bersedia menghadapinya. Pandanglah anak-anak anda, dan anda tahu bahawa anda perlu melakukan sebaiknya supaya mereka dapat mengecapi impian mereka serta melakar kehidupan mereka sendiri. Oleh itu, teruskanlah niat anda dan lakukannya untuk mereka yang anda sayangi, sama ada untuk anak-anak anda, surau di seberang jalan ataupun Rumah orang-orang tua yang sekali sekala anda beri sumbangan. Walaupun tidak seberapa tetapi berterusan serta bermakna, itulah amalan yang berkekalan sepanjang zaman.
Apabila anda matang dan semakin berusia, keutamaan anda juga berubah. Pelan perlindungan yang penting bagi seseorang yang memasuki alam persaraan, mungkin tidak sama bagi seseorang yang baru melangkah ke alam pekerjaan. Memahami keperluan kewangan anda di setiap peringkat kehidupan adalah penting untuk memelihara kedudukan kewangan anda untuk masa hadapan.
Menguruskan pelbagai komitmen dalam kehidupan kita adalah asas kepada kesejahteraan hidup dan kejayaan profesional. Ini termasuk cita-cita peribadi, keutamaan kewangan, dan matlamat jangka panjang.
Pastikan anda berada di landasan gaya hidup yang selesa dengan i-Great Mega. Pelan perlindungan kami boleh membantu meningkatkan simpanan serta mencapai impian hidup anda dengan hanya sedikit perancangan dan disiplin.
Dapatkan manfaat dari i-Great Teras yang mudah, dengan perlindungan dari hanya RM25 sebulan. Ia adalah pelan permulaan terbaik yang memberikan pulangan ketika matang dan perlindungan pada waktu yang sama.
Mulakan sekarang dan dapatkan perlindungan yang diperlukan!
Terdapat beberapa aspek kehidupan anda yang berbaloi untuk anda berjimat - persaraan anda, pendidikan anak anda, untuk berpendapatan sendiri dan juga berjimat untuk perbelanjaan yang tidak dijangka, memastikan kehidupan orang yang disayangi sentiasa terpelihara.
Mulakan hari ini dengan M-Tiara Term Takaful dan simpan dana tersebut untuk kegunaan masa hadapan. Dengan Jumlah Perlindungan Asas yang bermula dari RM250,000 yang meningkat pada kadar 10% setiap 5 tahun (maksimum 3 kali kenaikan), sudah tentu keluarga anda akan dijaga dengan sebaiknya.
Memastikan anda mempunyai akses untuk penjagaan yang mencukupi adalah sangat penting. Di Great Eastern Takaful, kami mempunyai pelan kesihatan khusus bersesuaian dengan bajet, umur dan keperluan kesihatan anda.
Untuk menjalani kehidupan anda sepenuhnya, anda perlu menjaga kesihatan anda. Namun, penyakit, kemalangan dan lain-lain halangan perubatan boleh menghalang perancangan masa depan anda – melainkan anda bersedia menghadapinya dari segi kewangan. Suit i-Medik Rider direka khas untuk memberi jaminan kepada anda bahawa kami akan membantu anda jika diperlukan.
Ia amat penting untuk berjimat dan merancang ke hadapan kerana musibah boleh berlaku pada bila-bila masa. Apabila anda mempunyai sebarang penjimatan, anda lebih bersedia untuk masa hadapan. Ini mungkin termasuk masa-masa yang sukar, atau ia mungkin bermakna mempunyai secukup-cukupnya untuk melakukan atau mencapai sesuatu yang diinginkan. Sebuah pelan yang direka untuk membantu anda membiayai perbelanjaan yang mungkin dihadapi setelah didiagnosis menghidapi Kejadian yang Dilindungi, yang tidak ditanggung oleh pelan perubatan anda seperti ubat-ubatan yang diprekripsi, rawatan alternatif dan penjagaan di luar bandar, serta perbelanjaan bukan perubatan termasuk sewa, pembiayaan kereta, caruman Takaful, kehilangan pendapat dan banyak lagi.
Ianya tidak terlalu awal untuk mula merancang masa depan anak anda. Pelan pendidikan Great Eastern Takaful memberikan pulangan ketika anak anda melalui peristiwa penting berkaitan pendidikan.
Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mencari cara untuk menjadikan hidup lebih baik untuk anak-anak kita. Apa yang pasti, pendidikan menjadi keutamaan kita tidak kira dari mana kita berasal.
Anak anda berhak mendapat langkah permulaan yang stabil dalam kehidupan. Anda sedar bahawa persediaan masa depan anak anda memerlukan lebih dari sekadar simpanan, mengurangkan dan mengawal perbelanjaan. Sebagai ibu bapa, anda sentiasa berusaha memberikan anak anda yang terbaik supaya mereka tidak ketinggalan.
Apa jua matlamat hidup anda, kami mempunyai pelannya. Realisasikan impian anda dengan rangkaian pelan fleksibel kami untuk mencapai matlamat hidup anda.
Menyimpan boleh mendatangkan hasil jika anda lakukannya secara konsisten. Dengan i-Great Idaman, tingkatkan simpanan anda dan pada masa yang sama mendapat perlindungan yang diperlukan untuk perancangan hidup anda. Nikmati bayaran tunai tetap setiap 2 tahun untuk memenuhi matlamat-matlamat hidup anda atau laburkan bayaran tunai tersebut dengan kami dan terima 100% keuntungan pelaburan hasil daripada pelaburan anda dan penuhi impian hidup yang lebih bermakna.
Menunaikan Haji ialah rukun kelima Islam dan yang paling penting dalam kepercayaan dan perpaduan Islam. Sebelum membuat perjalanan, jemaah perlu muhasabah diri, melangsaikan hutang dan merancang supaya mempunyai dana yang cukup untuk keluarga yang ditinggalkan ketika mengerjakan Haji atau Umrah. Lindungi perjalanan anda dengan pelan yang terancang rapi.
Laburlah dengan bijak untuk masa depan yang terjamin untuk anda dan keluarga anda. Dengan penyelesaian daripada Great Eastern Takaful, yakinlah bahawa setiap keputusan adalah keputusan yang tepat.
i-Great Abadi memperuntukkan kadar caruman sebanyak 95% kepada pelaburan anda bermula dari tahun pertama sijil. Selain itu, pada setiap tahun ke-3 sijil, anda akan menerima tambahan 2% Peningkatan Peruntukan. Bina kekayaan anda serta pada masa yang sama mendapat perlindungan yang tepat untuk gaya hidup anda.
Terdapat tekanan untuk memastikan anda memenuhi keperluan kewangan anda apabila umur semakin meningkat. Anda berusaha memperoleh jawatan tinggi, menjana pendapatan lumayan, tetapi adakah usaha menabung anda memadai? Dengan M-Tiara Linked, anda pasti mendapat pulangan hasil kerja keras anda kelak
Apakah yang boleh anda berikan kepada generasi masa depan anda yang berkekalan? Apakah hasil yang anda mahukan daripada harta benda anda? Sebuah pelan warisan memastikan kesinambungan bukan hanya untuk kekayaan anda semata-mata tetapi juga untuk mengekalkan dan meningkatkan nilai murni yang tidak dapat dibeli dengan wang.
Ini adalah sesuatu yang diperlukan untuk pengurusan sumber rezeki keluarga anda dan sesuatu yang sangat peribadi bagi anda.
Pemberian warisan anda adalah sebuah pelaburan yang berharga.
Mari berbincang; Semuanya mengenai M-Tiara Invest Shield.
Kami mempunyai rangkaian pelan perlindungan perniagaan khusus untuk memastikan kebajikan pekerja anda dilindungi setiap masa.
GMBTS ialah pelan takaful berkaitan-pelaburan yang memberikan perlindungan 24 jam jika berlaku kematian atau hilang upaya penuh dan kekal (HUPK). Perlindungan di bawah skim ini juga diberikan kepada tanggungan yang layak.
Produk Takaful Berkelompok boleh baharu tahunan yang memberikan bayaran sekaligus jika berlaku kematian, hilang upaya penuh dan kekal atau penyakit membawa maut akibat semulajadi atau kemalangan.
Lindungi mereka yang tersayang dengan penjagaan perkhidmatan kesihatan berpatutan dan yang memberi anda pihan yang bersesuaian. Yakin bahawa perbelanjaan yang berkaitan dengan kesihatan anda, yang rutin serta tidak diduga akan dilindungi.