24 Februari 2021, Kuala Lumpur - Sebagai tanda keprihatinan terhadap keluarga yang terjejas oleh banjir di Pahang baru-baru ini, Great Eastern Takaful Berhad menyumbang sebanyak RM10,000 kepada kira-kira 16 keluarga yang kediamannya terjejas.
Krew terhad dari syarikat yang dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif Shahrul Azlan Shahriman mengunjungi wakil keluarga di Mentakab dan Temerloh untuk menyerahkan sumbangan tersebut secara peribadi.
Para penerima menceritakan penderitaan mereka kerana terpaksa hidup dalam keadaan berbahaya semasa banjir, bagaimana mereka kehilangan barang berharga dan keadaan rumah mereka yang dirosakkan oleh banjir.
Salah seorang penerima, Armaizal Ab Razak, 39, dari Kampung Sg Rabit di Temerloh mengucapkan terima kasih kepada syarikat kerana keprihatinan syarikat terhadap keadaan pahit getir mereka.
"Mula-mula berlaku banjir, kemudian MCO dikenakan. Saya menjalankan perniagaan kecil menjual makanan seperti nasi kukus dan nasi kerabu di bandar Temerloh dan jualan memang terjejas teruk. Selepas banjir surut, kami tidak dapat meneruskan kehidupan yang kami tinggalkan. Kami perlu membersihkan rumah, melakukan pembaikan, mengganti barang yang rosak dan sebagainya. Sumbangan dari Great Eastern Takaful adalah sangat membantu. Saya berjaya mengganti pintu depan dan belakang saya yang rosak akibat banjir,” kata bapa kepada tiga orang anak yang terpaksa berpindah bersama keluarganya ke tempat perlindungan buat sementara waktu ketika banjir yang berlaku baru-baru ini.
Kata Ketua Pegawai Eksekut Encik Shahrul: “Kami rasa terharu dengan keadaan keluarga ini, terutama ketika mereka memerlukan bantuan. Kejadian yang tidak diduga seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, di mana sahaja.
Apa yang kami berikan kepada mereka hanyalah jumlah nominal untuk membantu mereka mendapatkan barangan yang mereka perlukan, seperti makanan dan barangan runcit. Inilah sebabnya mengapa kita memerlukan beberapa bentuk perlindungan untuk menangani kecemasan masa depan."
Encik Shahrul kemudian mengunjungi beberapa buah rumah yang terjejas oleh banjir.