Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Memperkasakan wanita dan kanak-kanak melalui sumbangan komputer riba di Rumah Perlindungan Nur Hati

5 Mac 2021, Kuala Lumpur - Great Eastern Takaful Berhad telah memperuntukkan akses sebanyak RM21,000 untuk Program Bantuan Komputer Riba bagi masyarakat kurang bernasib baik pada separuh pertama tahun 2021. Ini adalah selaras dengan komitmen syarikat untuk memperkasakan mereka yang memerlukan bantuan bagi mencapai matlamat kemajuan yang mampan untuk semua.

Penerima pertama inisiatif CSR ini adalah Rumah Perlindungan Nur Hati, sebuah rumah kebajikan di Ampang Jaya, yang mempunyai 55 orang penghuni yang terdiri daripada bayi yang baru lahir yang hanya berumur seminggu, hingga kanak-kanak kecil, kanak-kanak yang bersekolah, remaja, ibu tunggal, para individu yang kurang keupayaan fizikal serta warga emas terabai yang berumur hingga 70 tahun.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Nur Hati, Mohamad Zaid Bin Mohamad Shah menerima tiga komputer riba IP3-Y0MJ dan satu pencetak laser Canon bagi pihak kanak-kanak dan orang dewasa muda, yang menghadapi pelbagai cabaran, iaitu kekurangan pendapatan dan ketidakupayaan untuk menyertai kelas dalam talian semasa tempoh sekatan pergerakan yang berlanjutan sejak akhir tahun lalu.

Setelah mendapat tahu tentang keadaan mereka, Great Eastern Takaful Berhad menghubungi rumah tersebut untuk mengetahui keperluan mereka.

Pengerusi Mohamad Zaid menjelaskan: “Apabila Great Eastern Takaful menghubungi kami, kami memberitahu mereka bahawa anak muda kami mempunyai beberapa cadangan perniagaan dalam talian untuk menyokong keperluan rezeki dan penghidupan mereka dalam jangka masa sederhana. Ini termasuk menjual makanan kering, penyegar udara, minyak wangi, aksesori bayi buatan tangan. Anak-anak kita yang pergi ke sekolah juga memerlukan komputer riba untuk meneruskan pembelajaran dalam talian memandangkan sekolah masih tutup. Mereka kemudian kembali dan memberitahu kami bahawa mereka ingin membantu kami dengan menderma komputer riba baharu. Kami benar-benar bersyukur atas sumbangan mereka."

Barangan ini boleh didapati di laman Pasar Nur Hati di https://www.instagram.com/nurhatimarket/ atau https://www.facebook.com/nurhatimarketHQ

Rumah ini juga memerlukan sumbangan untuk membayar sewa bulanan dan bil utiliti, bekalan sekolah untuk 26 orang kanak-kanak yang masih bersekolah dan dana untuk barangan runcit, antara lain.

Kata ketua pegawai eksekutif Great Eastern Takaful, Shahrul Azlan Shahriman: "Kami didorong oleh matlamat kami, untuk menggembleng usaha untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya. Ini adalah sejajar dengan konsep takaful.

"Kami sentiasa prihatin terhadap semua yang menghadapi masa yang sukar untuk mendapatkan bahan-bahan asas kehidupan semasa tempoh ini, seperti makanan, tempat tinggal, dan dalam kes kanak-kanak di Rumah Perlindungan Nur Hati, pendidikan untuk membantu mereka berupaya mengikut serta pelajaran dengan para pelajar yang lain. Marilah kita sama-sama bekerjasama untuk membantu dalam apa-apa cara pun, sama ada kecil atau besar, ke arah mencapai kemajuan bersama untuk semua."

Pengendali takaful tersebut juga akan menyampaikan komputer riba kepada masyarakat Orang Asli yang menerima sokongannya di Kampung Orang Asli Sg Gabong, Bentong, Pahang sebaik sahaja sekatan perjalanan antara negeri ditarik balik.

Sejajar dengan usahanya, Great Eastern Takaful telah dianugerahkan dua anugerah untuk kerja-kerja CSRnya pada tahun 2020, iaitu Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Persatuan Takaful Insurans dan Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat Persatuan Takaful Malaysia.

 

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo