Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Great Eastern Takaful memenangi anugerah “BrandLaureate’s Most Valuable Brand”

Great Eastern Takaful Berhad telah dinobatkan “BrandLaureate’s Most Valuable Brand Award – Takaful Solutions” oleh BrandLaureate Award berprestij yang yang mengiktiraf dan menghargai inovasi, inspirasi dan intergriti.

Tahun ini juga menandakan kejayaan BrandLaureate yang menganjurkan “World’s First e-Branding Awards 2020”, yang memberi penghormatan kepada jenama-jenama atas kelincahan dan daya tahan dalam menempuhi masa-masa yang tidak terjangka dalam menghadapi ekonomi global.

Penerima Anugerah “BrandLaureate’s Most Valuable Brand award” telah dinilai pada dasar strategi jenama, budaya jenama, komunikasi jenama yang luar biasa, ekuti jenama dan prestasi jenama.

Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful Berhad Encik Shahrul Azlan Shahriman berkata: “Kami dipenuhi inspirasi dengan penghargaan ini dan pada masa yang sama terasa rendah hati menjadi sebahagian daripada komuniti penerima anugerah BrandLaureate yang besar di mana mereka merupakan ikon di industri masing-masing.

“Kami kekal dengan arah tuju yang kukuh, iaitu untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dilindungi. Kami juga akan terus menyediakan penyelesaian yang inovatif dan meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan sediaada dan yang akan datang.

“Saya yakin bahawa, apabila kita bekerjasama, kita akan mengatasi masa-masa mencabar dan tidak menentu yang menimpa kita dan akan muncul lebih kuat disebabkan pengalaman tersebut. Seruan peribadi saya ialah supaya kita dapat melihat ke arah penyelesaian hidup yang lebih mampan untuk kebaikan sejagat. "

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo

Ahli PIDM

TIPS Brochure PIDM