Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Great Eastern Takaful adalah BrandLaureate’s “Brand of the Year” untuk Takaful Solutions

3 Mei 2021, Kuala Lumpur – Great Eastern Takaful sekali lagi merangkul gelaran Juara bagi The BrandLaureate World Halal Best Brands e-Branding Awards 2021 - Brand of the Year - Takaful Solutions bagi tahun ini.

Jawatankuasa Pemilihan The BrandLaureate Awards mengatakan dalam satu kenyataan: Great Eastern Takaful dipilih kerana jenama itu bukan sahaja berdiri kuat, tetapi juga mencerminkan ketangkasan dan ketahanan dalam mengatasi keadaan di luar jangkaan sepanjang pandemik COVID-19. Anugerah ini mengiktiraf reputasi syarikat yang pantas kerana kepimpinan dan komitmen mereka dalam membina perniagaan dan usaha jenamanya untuk menjadi syarikat patuh Syariah.

Penerima Brand of the Year dinilai melalui inovasi dalam pengembangan produk, relevansi dalam industri patuh Syariah, keterlibatan dengan pangkalan pelanggan dan kemampuan untuk mempengaruhi masyarakat melalui penawaran produk dan perkhidmatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful Berhad, Shahrul Azlan Shahriman berkata: “Kami diinspirasi oleh pengiktirafan yang diberikan kepada kami sekali lagi pada tahun ini, menjadikannya lebih bermakna terutama kerana tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar bagi kebanyakan perniagaan.

“Kami komited dalam memegang konsep Takaful, iaitu sekumpulan individu bersatu untuk membantu sesama sendiri di masa keperluan. Kami di sini untuk semua masyarakat yang memerlukan perlindungan - sasaran kami tidaklah terhad kepada mana-mana kumpulan tertentu, produk dan perkhidmatan kami sesuai bagi semua lapisan masyarakat.

Produk kami dirancang dengan teliti untuk memenuhi keperluan orang muda yang baru melangkah ke alam perkerjaan, si ayah yang perlu menampung 5 orang anak-anaknya dengan pendapatan yang terhad, yang lebih berkemampuan yang  ingin meninggalkan warisan untuk generasi hadapan dan sebagainya.

Great Eastern Takaful berada dalam fasa mod pecutan. Kita perlu bertindak progresif, bukan sahaja untuk membangunkan perniagaan tetapi untuk memberi perlindungan berskala besar kepada semua terutama komuniti Islam sama ada yang mempunyai perlindungan ataupun tidak. Pengajaran dari 15 bulan lepas memberi gambaran kepada semua kesusahan dan malapetaka, boleh sahaja menimpa sesiapa pada bila-bila masa. Tambahan, dalam pandemik COVID-19 yang telah meragut nyawa serta terkesan terhadap seluruh dunia, maka wajarlah melindungi lebih ramai orang dengan lebih pantas.”

Dengan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Nasional di Malaysia pada bulan Februari, Great Eastern Takaful melancarkan Dana Vaksin COVID-19 bernilai RM1 juta untuk penerima yang layak yang mengalami kesan sampingan setelah menerima vaksin. Terdapat juga Program Bantuan Hospitalisasi COVID-19 bagi mereka yang dimasukkan ke hospital kerajaan atau swasta disebabkan oleh jangkitan COVID-19.

Syarikat ini juga telah memperuntukkan Dana Vaksin COVID-19 khas untuk individu bukan pelanggan Great Easten Takaful, yang menawarkan manfaat wang tunai hospital dan faedah kematian bagi mereka yang mengalami komplikasi rentetan imunisasi berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan.

Terkini produk yang dikeluarkan oleh Great Eastern Takaful adalah i-Great Generasi. Plan ini yang menyediakan caruman fleksibel – kurang dari RM2 sehari untuk pelindungan berjumlah RM250,000. Tambahan, ianya juga menyediakan 10% kenaikan automatik dalam Jumlah Dilindungi setiap 5 tahun untuk memastikan keperluan perlindungan untuk masa hadapan terjaga.

Begerak selari dengan masa, Great Eastern Takaful telah melancarkan beberapa produk perlindungan melalui platform digital seperti Shopee, Boost dan Aspirasi. Untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful sila layari laman web www.greateasterntakaful.com

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo