Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Pelancaran MikroSayang oleh Great Eastern Takaful

1 November 2021 – Great Eastern Takaful Berhad (GETB) telah melancarkan produk mikrotakaful iaitu MikroSayang untuk memenuhi keperluan perlindungan asas kepada golongan yang kurang dititikberatkan dan golongan yang tidak dilindungi di Malaysia, terutamanya golongan B40 dan M40 yang berumur dalam lingkungan18-55 tahun. Idea dan penstrukturan reka bentuk MikroSayang berasaskan daripada pengalaman serta pengetahuan GETB yang telah menguruskan skim mySalam di mana skim itu telah menyediakan perlindungan takaful kepada hampir 7 juta penerima manfaat.

MikroSayang adalah produk pertama yang dilancarkan di bawah Perlindungan Tenang, satu inisiatif di bawah Bank Negara dalam memastikan adanya perlindungan yang mudah dan berpatutan untuk semua.

Terdapat tiga (3) faedah yang ditawarkan oleh MikroSayang, iaitu:

  • Faedah Kemasukan ke Hospital

Penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari, terhad kepada 14 hari setahun

  • Penyakit Kritikal

Pembayaran RM5,000 sekali sahaja jika pemegang sijil didiagnos dengan salah satu penyakit kritikal di bawah 45 Kategori Penyakit Kritikal

  • Kematian akibat Kemalangan Peribadi (PA)

Pembayaran RM5,000 sekali sahaja untuk kematian kerana kemalangan jalan raya diberikan kepada saudara terdekat

Terdapat (3) pelan yang ditawarkan, iaitu:

  • Pelan A         : Manfaat kemasukan ke hospital hanya RM50 setahun atau RM 4.20 sebulan;
  • Pelan B         : Penyakit Kritikal hanya RM50 setahun atau RM 4.20 sebulan;
  • Pelan C        : Manfaat kemasukan ke hospital dan penyakit kritikal RM90 setahun atau RM 7.50 sebulan

MikroSayang merupakan produk yang diedarkan sepenuhnya secara digital melalui portal pelanggan di www.mikrosayang.com di mana pelanggan akan menjalani proses pendaftaran yang intuitif dan dimudahkan dengan proses dari mula sehingga akhir hanya mengambil masa kurang dari 3 minit.

Penyertaan MikroSayang adalah secara atas talian sepenuhnya. Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar boleh layari laman web www.mikrosayang.com dan boleh terus berdaftar. Akses ke papan pemuka/portal dalam talian akan diberikan di mana mereka boleh menguruskan akaun, membuat tuntutan, menyemak faedah yang disediakan kepada pelanggan serta merujuk pelanggan lain.

Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berumur 18-55 tahun juga layak untuk menerima Baucar Perlindungan Tenang (BPT). Mereka boleh menebus baucar dengan mendapat perlindungan di bawah MikroSayang selama setahun secara percuma.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo

Ahli PIDM

TIPS Brochure PIDM