Kami telah diiktiraf berdasarkan kerja keras dan komitmen, seterusnya memperakui kepercayaan pelanggan dalam jenama kami.
Dapatkan pengalaman baru, hadapi cabaran menarik dan tingkatkan kerjaya anda bersama kami.
Untuk Profesional Berpengalaman
Great Eastern Takaful berbangga mempunyai sebahagian pekerja yang sangat berbakat dalam industri takaful dan kami juga berbangga dengan budaya kerja yang pelbagai dan menarik pada masa yang sama. Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada keluarga Great Eastern Takaful, sila hubungi kami terus melalui talian 03-42598382 atau e-mel kami di humancapital@greateasterntakaful.com.
Pekerjaan Untuk Graduan Baru / Permulaan
Di Great Eastern Takaful, kami menekankan pembangunan dan peningkatan kerja pekerja-pekrja kami kerana kami percaya bahawa semua orang mempunyai bakat tersendiri yang boleh dicungkil. Mulakan kerjaya anda bersama kami, dan Great Eastern Takaful akan membawa anda ke peringkat yang paling tinggi dalam kerjaya anda. Hubungi kami terus melalui talian 03-42598382 atau e-mel kami di humancapital@greateasterntakaful.com.
Untuk Pelatih
Sebagai seorang pelatih, anda akan menerokai dunia korporat. Selain tugasan harian, anda akan terdedah kepada projek-projek di mana anda menguna pakai kreativiti, kemampuan menyelesaikan masalah dan menguji jati diri. Malah anda dapat menjalin hubungan erat di antara rakan kerja yang akan membimbing anda untuk masa hadapan di bidang pilihan anda.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-4259 8382 atau e-mel kami di HumanCapital@greateasterntakaful.com
*Permintaan untuk rujukan pekerjaan (melalui institusi / organisasi)
Sila e-mel ke: HumanCapital@greateasterntakaful.com
Jabatan Sumber Manusia akan menghubungi anda setelah menerima permohonan tersebut. Sila ambil perhatian bahawa Templat Rujukan (digunakan untuk institusi kewangan sahaja) dan kebenaran bertulis daripada individu yang anda ingin mendapatkan rujukan pekerjaan telah diperoleh sebelum kami boleh menjawab permohonan anda. Rujukan pekerjaan akan disediakan kepada institusi kewangan tempatan dalam tempoh 15 hari bekerja atau secepat yang mungkin bagi institusi bukan kewangan dan organisasi yang berpusat di luar Malaysia, tertakluk pada pematuhan sebarang keperluan undang-undang dan/atau pengawalaturan yang relevan, seperti dikenakan ke atas Syarikat pada masa tersebut.
Kami telah diiktiraf berdasarkan kerja keras dan komitmen, seterusnya memperakui kepercayaan pelanggan dalam jenama kami.
Mahu membantu orang mencapai kebebasan kewangan? Kami mempuyai kerjaya yang tepat untuk anda.
Pemimin berwawasan Great Eastern Takaful telah menerajui syarikat untuk mengukuhkan kedudukannya dari tahun ke tahun.