1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.

2. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Get In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

 

3. Laporan Dana Berkaitan Pelaburan 2025 Kini Tersedia di sini

 

4. Pengumuman berhubung pengemaskinian pengaturan perkhidmatan bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad. Ketahui lebih lanjut.

 

5. Semak dan Kemaskini Penama Anda!
Kami menggalakkan anda untuk menyemak dan mengemaskini butiran penamaan yang sedia ada dari semasa ke semasa.
Log masuk i-Get In Touch → Permohonan Perkhidmatan Saya → Pelantikan/Penukaran Penama sebagai Benefisiari/Wasi.

 

6. Pastikan Butiran Anda Dikemaskini!
Alamat surat-menyurat, nombor telefon dan alamat e-mel anda adalah penting untuk memastikan kami dapat menghubungi anda serta menyampaikan maklumat dan notis penting berkaitan sijil Takaful anda.Log masuk ke i-Get In Touch → Permohonan Perkhidmatan Saya → Kemaskini Maklumat Peribadi untuk mengemas kini butiran anda.

 

Takaful Gadai Janji (MRTT) untuk Pinjaman Perumahan LPPSA

Khas untuk Penjawat Awam sahaja. Lengkapkan maklumat di bawah untuk dihubungi oleh pegawai kami.

Kebenaran untuk tujuan pemasaran

Maklumat yang anda berikan dalam borang ini akan digunakan oleh Great Eastern Takaful Berhad (Syarikat) dan ejennya untuk memastikan anda dimaklumkan dengan pengumuman penting, maklumat dan berita berkenaaan Syarikat, produk, perkhidmatan, promosi dan tawaran dari semasa ke semasa. Untuk maklumat penuh mengenai bagaimana data anda dikumpul, digunakan, dizahirkan, hak anda ke atas data peribadi anda, dan cara-cara untuk mengurus pilihan pemasaran anda, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi di laman web Great Eastern Takaful Berhad.“

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)  sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Great Eastern Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

Error

Your submission has failed. Please try again.

Ok

Soalan anda sudah terjawab

  • Jika anda tertanya-tanya apa itu MRTT, ianya merupakan sebuah Pelan Takaful Keluarga untuk tujuan pembiayaan kewangan gadai janji seperti pinjaman perumahan LPPSA.
  • MRTT ataupun Mortgage Reducing Term Takaful ialah pelan Takaful bertempoh dengan caruman tunggal. Ianya menyediakan kemudahan pembayaran manfaat sekali gus sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) (sebelum umur 65 tahun hari lahir terhampir) ke atas Orang Yang Dilindungi.
  • Bayaran manfaat sekaligus adalah bergantung kepada Jadual Jumlah Perlindungan Berkurangan.
  • Anda boleh merujuk pada Soalan Lazim dan Lembaran Fakta untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa itu MRTT dan pembiayaan pinjaman perumahan LPPSA.
  • Untuk kiraan perlindungan MRTT bagi pinjaman perumahan LPPSA. Anda boleh menggunakan kalkulator yang kami sediakan.

LTFT menawarkan perlindungan kepada bangunan rumah anda (kediaman persendirian) daripada kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat dan letupan yang berpunca daripada gas yang digunakan untuk tujuan domestik. Perlindungan banjir juga diperluaskan di bawah sijil asas kebakaran.

Tempoh perlindungan adalah berdasarkan tempoh pinjaman perumahan seperti yang dipersetujui antara anda dan pembiaya kewangan perumahan anda, i.e. Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Pilihan manfaat tambahan yang boleh anda beli dengan membayar sumbangan tambahan:

  • Pemecahan atau limpahan tangki peralatan atau paip air rumah;
  • Ribut dan taufan;
  • Gempa bumi dan letusan gunung berapi;
  • Penenggelaman dan gelinciran tanah;
  • Kerosakan oleh pokok tumbang atau dahan atau objek daripadanya.

 

*Pelan ini ditaja jamin oleh Etiqa General Takaful Berhad (201701025031).