1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.

2. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Get In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

 

3. Laporan Dana Berkaitan Pelaburan 2025 Kini Tersedia di sini

 

4. Pengumuman berhubung pengemaskinian pengaturan perkhidmatan bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad. Ketahui lebih lanjut.

 

5. Notis Penyelenggaraan JomPAY

JomPAY akan menjalani penyelenggaraan pada 06 September 2026, 13 September 2026, 18 September 2026 dan 19 September 2026. Pembayaran yang dibuat dalam tempoh ini akan diproses selepas perkhidmatan kembali beroperasi. Ketahui lebih lanjut.

Pengumuman, Maklumat & Berita Terkini

Notis Penyelenggaraan Perkhidmatan JomPAY

Perkhidmatan JomPAY akan menjalani penyelenggaraan pada waktu berikut:

  • 6 September 2026, 12:00 tengah malam sehingga 12:00 tengah hari
  • 13 September 2026, 8:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari dan 2:00 petang sehingga 7:00 malam
  • 18 September 2026, 12:00 tengah malam sehingga 3:00 pagi
  • 19 September 2026, 12:00 tengah malam sehingga 4:00 pagi dan 8:00 pagi hingga 10:00 malam

Sebarang pembayaran JomPAY yang dibuat dalam tempoh tersebut akan diproses dan direkodkan setelah perkhidmatan kembali beroperasi seperti biasa.

Kami menghargai kefahaman anda dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.

Pengumuman berhubung pengemaskinian pengaturan perkhidmatan bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad

Dimaklumkan bahawa berikutan tamatnya pengaturan Bancatakaful antara Great Eastern Takaful Berhad dan Bank Muamalat Malaysia Berhad pada 1 Jun 2026, segala urusan perkhidmatan dan pertanyaan berkaitan Sijil Takaful pelanggan yang terjejas akan diuruskan secara langsung oleh Great Eastern Takaful Berhad.

Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan atau maklumat lanjut berkaitan Sijil Takaful anda, sila hubungi kami melalui saluran berikut:

Talian Khidmat Pelanggan : 1 300 13 8338

E-mel: i-greatcare@greateasterntakaful.com

Terima kasih atas sokongan berterusan anda bersama Great Eastern Takaful Berhad.
 

Laporan Dana Berkaitan Pelaburan 2025 Kini Tersedia

Laporan Tahunan Dana Berkaitan Pelaburan (Investment-Linked Funds) GETB bagi Tahun 2025 kini telah dimuat naik di laman web korporat dan portal pelanggan kami, iaitu Get in Touch (iGIT).

Anda boleh mendapatkan dokumen tersebut di laman web korporat kami di sini

Sebagai alternatif, anda juga boleh melihat laporan yang sama melalui dengan iGIT mengikuti laluan berikut: My Portfolio > Reports & Updates > Financial Report

Jika anda masih belum berdaftar sebagai pengguna iGIT dan ingin menikmati kemudahan mencetak penyata anda sendiri serta perkhidmatan lain, sila daftar di sini.

Sekiranya anda memerlukan sebarang penjelasan lanjut, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami di 1 300 13 8338 atau e-mel ke i-greatcare@greateasterntakaful.com.
 

Muat Turun Penyata 2025 Anda melalui i-Get In Touch (“IGIT”)

Penyata Caruman Takaful Keluarga dan Penyata Caruman Takaful Keluarga (Berkelompok), Penyata Berkaitan Pelaburan dan Penyata Tahunan Akaun Individu Peserta (PIA) bagi tahun 2025, kini telah tersedia. Log masuk ke I-Get In Touch(iGIT) untuk merujuk dan muat turun penyata anda di bawah Halaman Dokumen Saya.

Sila kosongkan cache dan cookies peranti anda bagi memastikan proses rujukan dan muat turun penyata berjalan lancar.


 

Makluman Penting: Migrasi Sistem BPA Sedang Berlangsung

Dimaklumkan bahawa sistem Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) kini sedang menjalani proses migrasi yang dijadualkan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami.

Sistem baharu dijangka akan dilancarkan pada 17 Jun 2025. Sepanjang tempoh peralihan ini, anda mungkin akan mengalami masa pemprosesan yang lebih lama bagi urusan pendaftaran dan perkhidmatan berkaitan pembayaran. Bagi mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan atau kelewatan, kami amat menggalakkan semua pelanggan untuk menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit sebagai kaedah pembayaran alternatif.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda.


Laporan Tahunan Dana Berkaitan Pelaburan 2024

Laporan Tahunan Dana Berkaitan Pelaburan 2024 GETB telah dimuat naik ke laman web korporat dan portal pelanggan kami, i-Get In Touch (iGIT).

Anda boleh mendapatkan dokumen tersebut di laman web di sini

Alternatifnya, anda juga boleh mendapatkan laporan tersebut di portal iGIT melalui laluan ini: My Portfolio > Reports & Updates

 Jika anda belum mendaftar sebagai pengguna iGIT dan ingin mencetak penyata atau mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan lain, sila daftar di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara memuat turun penyata di iGIT, sila rujuk ke panduan ‘Muat Turun Penyata’.

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami di 1 300 13 8338 atau emel kami di i-greatcare@greateasterntakaful.com.


Penyata Caruman 2024 Tersedia

Penyata Caruman Takaful Keluarga dan Penyata Caruman Takaful Keluarga (Berkelompok), Penyata Berkaitan Pelaburan dan Penyata Tahunan Akaun Individu Peserta (PIA) bagi tahun 2024, kini telah tersedia. Log masuk ke i-Get In Touch (iGIT) untuk merujuk dan muat turun penyata anda di bawah Halaman Dokumen Saya.

Sila kosongkan cache dan cookies peranti anda bagi memastikan proses rujukan dan muat turun penyata berjalan lancar. 


Pindaan Waktu Operasi Sepanjang Bulan Ramadan

Bersempena dengan bulan Ramadan, kami ingin memaklumkan bahawa waktu operasi Pusat Khidmat Pelanggan di Tingkat 3, Ibu Pejabat dan Pusat Panggilan Pelanggan kami akan dipinda seperti berikut:-

Khidmat Pelanggan
Waktu Operasi
Pusat Khidmat Pelanggan, Tingkat 3 
8:30 pagi hingga 4:45 petang
Pusat Panggilan Pelanggan
8:30 pagi hingga 4:45 petang

Waktu operasi bagi Pusat Khidmat Pelanggan seluruh negara kami, Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad kekal tidak berubah iaitu dari 8:30 pagi hingga 5:15 petang.

Kami ingin mengucapkan Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak!


Pergantungan Sementara Permohonan Kebenaran Direct Debit (DDA) Baharu

Dimaklumkan bahawa permohonan baharu untuk Kebenaran Direct Debit (DDA) akan ditangguhkan sementara bermula 16 Januari 2025 sehingga diberitahu kelak.

Sepanjang tempoh ini, anda dinasihatkan untuk mendaftar Kad Kredit/Kad Debit sebagai kaedah pembayaran alternatif melalui portal i-Get In Touch dengan mengikuti langkah-langkah berikut. Pengebilan berulang sedia ada melalui DDA tidak akan terjejas. 

https://igetintouch.greateasterntakaful.com (i-Get In Touch) > Permohonan Perkhidmatan Saya > Tukar Kaedah Caruman > Pilih Kaedah Caruman baharu sebagai Kad Kredit 


Pelaksanaan e-Invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah memperkenalkan invois elektronik yang dikenali sebagai e-Invois untuk semua transaksi komersial secara berperingkat berkuat kuasa 1 Ogos 2024.

e-Invois adalah perwakilan digital bagi transaksi yang mana membenarkan perniagaan menghantar invois elektronik kepada LHDN. Ini adalah selaras dengan fokus Kerajaan untuk mengukuhkan infrastruktur perkhidmatan digital dan mendigitalisasikan pentadbiran cukai.

Untuk Great Eastern Takaful Berhad, e-Invois yang dibilkan sendiri untuk pembayaran manfaat sijil telah dilaksanakan di dalam pendekatan fasa 1 berkuat kuasa 1 Ogos 2024. Proses akan memerlukan kami mengumpulkan maklumat mandatori bagi pembekal/pelanggan, maka, kami akan menghubungi anda bagi mendapatkan butiran berkenaan tidak lama lagi.

Sila dapatkan butiran kami seperti di bawah bagi tujuan e-Invois anda:

Nombor Pendaftaran Perniagaan GETB201001032332
Nombor TIN GETBC21237867080
Nombor Pendaftaran SST GETBW10-1809-32000159
Kod MSIC GETB 

65112

Aktiviti Perniagaan GETBTakaful Keluarga

 

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melihat Soalan Lazim kami.

Terima kasih.


Penambahan Perlindungan Penyakit Kritikal

Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kami telah membuat penambahan perlindungan penyakit kritikal daripada 45 Penyakit Kritikal kepada 50 Penyakit Kritikal TANPA kos tambahan.

5 penyakit kritikal baharu yang dilindungi adalah seperti berikut:

  • Demam Hemoragik Ebola
  • Sindrom Eisenmenger yang Teruk
  • Tuberkulosis Meningeal
  • Penyakit Anjing Gila
  • Hemofilia yang Teruk

Penambahan perlindungan penyakit kritikal adalah bagi penawaran produk dan rider semasa seperti yang disenaraikan di bawah:

Berkuat kuasa 1 Mei 2024

Produk yang layakRider yang layak
  • i-Great Critical Care*
  • MikroSayang*
  • MikroSayang+*

*Pelan Takaful Atas Talian

  • i-Early Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider
  • i-Contributor Benefit Plus Term Rider
  • i-Critical Illness Benefit Term Rider
  • i-Critical Care Term Rider
  • i-Provider on DD Term Rider
  • i-Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider
  • i-Provider Plus Term Rider
  • i-Provider Critical Illness Term Rider
  • i-Contributor Protection Plus Term Rider
  • i-Provider Assist Term Rider
  • i-Contributor Assist Term Rider
  • i-Lifetime Critical Illness Term Rider
  • i-Additional Lifetime Critical Illness Term Rider
  • Payor Protector Rider
  • Provider Protector Rider

Berkuat kuasa 22 Julai 2024

Produk yang layakRider yang layak
  • GET-REV
  • Simpan SSPN Plus
  • Group Term Takaful - Group Critical Illness Rider
  • Group Term Takaful - Group Additional Critical Illness Rider
  • GET-SME - Group Critical Illness Rider
  • GET-SME - Group Additional Critical Illness Rider

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Senarai Penyakit Kritikal yang Dilindungi dan di sini untuk definisi 5 Penyakit Kritikal yang baharu.

Nota: Tertakluk pada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Perunding Takaful anda.


Rawatan Perubatan Lanjutan

Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kami telah membuat penambahan pada rawatan perubatan yang dilindungi di bawah kad perubatan Great Eastern Takaful.

Senarai rawatan perubatan yang dilindungi adalah seperti yang berikut:

  1. Brachytherapy
  2. Cryoablation
  3. Gamma Knife
  4. Terapi Hormon untuk kanser
  5. Imunoterapi untuk kanser
  6. Radioterapi Termodulat Intensiti (IMRT)
  7. Terapi Sinaran Pancaran Neutron (NBRT)
  8. Radioterapi Pancaran Proton (PBRT)
  9. Prostatektomi Robotik untuk kanser prostat
  10. Sel Stem untuk Pemindahan Sel Hematopoetik untuk Keganasan Hematologi
  11. Terapi Sasaran untuk kanser
  12. Stimulasi Otak Dalam (DBS)
  13. Jointrep (Perancah Rawan untuk Lutut)
  14. Stimulasi Saraf Vagus (VNS)

Ketahui lebih lanjut tentang rawatan perubatan tersebut di sini.


Nota:

  • Senarai rawatan perubatan lanjutan di atas adalah tidak menyeluruh dan tertakluk pada semakan berkala oleh Great Eastern Takaful Berhad.
  • Perlindungan tersebut tertakluk pada manfaat sijil serta terma dan syarat yang terpakai, dengan syarat keadaan perubatan adalah bukan yang sedia ada/tidak didedahkan/tidak termasuk di bawah pengecualian sijil.
  • Pelan perubatan Great Eastern Takaful Berhad melindungi rawatan dan perubatan di atas yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat. Mana-mana rawatan atau perubatan yang masih di bawah kajian perubatan TIDAK AKAN dilindungi, dan sebarang peranti/perkakas prostetik implan luaran tidak terhad pada rawatan di atas TIDAK AKAN dilindungi berdasarkan pengecualian sijil.
  • Rawatan perubatan lanjutan disenaraikan di atas akan dilindungi pelan perubatan Great Eastern Takaful Berhad, hanya jika ia diperlukan dan diwajarkan oleh doktor yang merawat sebagai rawatan yang paling optimum dan terbaik untuk pesakit, tertakluk pada terma dan syarat sijil.
  • Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan di 1300-13-8338, atau emel i-greatcare@greateasterntakaful.com.

Nilai Aset Bersih / Net Asset Value (NAV) untuk Dana Berkaitan Pelaburan

Pelanggan yang dihargai,

Sila dimaklumkan bahawa NAV terkini untuk Dana Berkaitan Pelaburan disediakan di laman web GETB.

Anda boleh klik sini untuk NAV di atas dan sini untuk Lembaran Fakta Dana terkini bagi setiap Dana Berkaitan Pelaburan.

Jika anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kita di 1-300-13-8338 atau emel i-greatcare@greateasterntakaful.com.


Log Masuk i-Get In Touch Melalui Great ID

Para Pelanggan yang kami hargai,

Sukacitanya kami mengumumkan bahawa bermula 8 Ogos 2020, Great Eastern Takaful Berhad (GETB) akan memperkenalkan Great ID, identiti log masuk yang baharu untuk Pelanggan kami.

Dengan Great ID, anda akan menggunakannya untuk menguruskan semua log masuk anda ke perkhidmatan digital dan aplikasi untuk kedua-dua sijil Great Eastern Takaful dan polisi Great Eastern (jika berkenaan).

Anda hanya memerlukan alamat e-mel yang sah untuk mencipta Great ID anda, yang akan menggantikan log masuk ID i-Get In Touch semasa anda.

Klik di sini untuk melihat langkah-langkah untuk mencipta Great ID bagi pengguna baharu atau sedia ada i-Get In Touch.

Anda juga boleh melihat Soalan Lazim Great ID di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai i-Get In Touch, sila klik di sini.

Terima kasih.