1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Great In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

Medical Sustainability

Berikutan pengumuman terkini yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia dan kenyataan bersama oleh Persatuan Takaful (MTA), Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) berkenaan langkah sementara bagi penetapan semula harga pelan perubatan, sila rujuk dokumen di bawah untuk maklumat lanjut:  

Kenyataan Media oleh Bank Negara Malaysia

Kenyataan bersama oleh by MTA, LIAM dan PIAM

Soalan Lazim daripada MTA, LIAM dan PIAM


Kami memahami bahawa situasi begini boleh menjadi satu cabaran, dan kami komited untuk memastikan proses ini berjalan dengan lancar dan mudah untuk anda. Kesabaran dan pemahaman anda sepanjang masa ini amatlah dihargai.  

Sementara itu, anda boleh hubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut. 

Panduan Kelangsungan Perubatan

Perlindungan anda sekarang vs Perlindungan anda pada masa hadapan

Pertama, mari kita fahami konsep Takaful. Takaful merujuk kepada persetujuan antara individu bagi membantu pencarum yang memerlukan dari segi kewangan. Sebahagian daripada jumlah caruman yang dibayar oleh Peserta dimasukkan ke dalam Dana Tabarru’ yang digunakan untuk membayar segala tuntutan yang diterima oleh Pengendali Takaful.

Tahukah anda, pada tahun 2023, sebanyak RM141 juta tuntutan perubatan telah dibayar, iaitu lebih 45% daripada tahun 2022. Jika jumlah tuntutan melebihi jumlah di dalam Dana Tabarru’ tanpa mengambil sebarang tindakan, Dana Tabarru’ mungkin akan berkurangan dan tidak boleh memberikan perlindungan kepada Peserta Takaful yang lain yang juga menyumbang ke dalam Dana Tabarru'. Kerana inilah faktor pelarasan caruman Takaful perlu dilakukan bagi memastikan Dana Tabarru’ mencukupi untuk membayar manfaat Takaful yang diberikan di bawah Sijil anda.

Caruman Takaful kita mungkin terkesan, dan boleh menjejaskan kewangan peribadi juga, namun perlindungan Takaful masih menjadi keperluan! Jangan risau kami akan sentiasa berada bersama anda dalam setiap langkah. Anda disarankan untuk menyemak semula perlindungan Takaful anda  bagi melakukan perubahan yang sesuai dengan keperluan anda. Layari selanjutnya agar anda peka dalam memastikan kelangsungan perlindungan perubatan anda.

Tonton video di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Apa yang perlu saya lakukan seterusnya?