1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Get In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

 

4. Laporan Dana Berkaitan Pelaburan 2025 Kini Tersedia di sini

 

5. Pengumuman berhubung pengemaskinian pengaturan perkhidmatan bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad. Ketahui lebih lanjut.

 

6. Notis Penyelenggaraan JomPAY
JomPAY akan menjalani penyelenggaraan pada 16 Ogos 2026 dan 23 Ogos 2026. Pembayaran yang dibuat dalam tempoh ini akan diproses selepas perkhidmatan kembali beroperasi. Ketahui lebih lanjut.

Pemimpin dan Lembaga Pengarah Syarikat Great Eastern Takaful

Lembaga Pengarah
Jawatankuasa Syariah
Barisan Pengurusan Kanan
Pengerusi Lembaga Pengarah Great Eastern Takaful Berhad - Encik Lian Wee Cheow
Encik Lian Wee Cheow

Pengerusi Lembaga Pengarah

Encik Lian Wee Cheow (“Encik Lian”) telah dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Great Eastern Takaful Berhad (“Syarikat”) pada 8 Ogos 2026. Beliau juga merupakan Pengerusi Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad dan Great Eastern General Insurance (Malaysia) Berhad.

Encik Lian merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Oversea-Chinese Banking Corporation Limited (OCBC Ltd) dan OCBC Bank (Malaysia) Berhad. Selain itu, beliau turut memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Pengerusi Jawatankuasa Audit bagi Singapore International Foundation, sebuah organisasi yang penaungnya ialah Presiden Singapura.

Sebelum menyertai OCBC, Encik Lian merupakan Rakan Kongsi di PricewaterhouseCoopers LLP (PwC). Beliau mempunyai lebih daripada 38 tahun pengalaman dalam bidang jaminan (assurance) dan khidmat nasihat (advisory) di PwC, dengan memberikan perkhidmatan kepada institusi kewangan di Rantau ini.

Di PwC, Encik Lian pernah menjadi Pengerusi Singapore Governance Board dan Ahli Lembaga Rakan Kongsi yang berprestij, yang terdiri daripada 12 orang ahli, bagi Combined China, Hong Kong, Singapore and Taiwan Firms. Beliau juga bertanggungjawab menguruskan Hal Ehwal Rakan Kongsi di PwC yang merangkumi kemasukan rakan kongsi, penilaian prestasi, imbuhan, tindakan disiplin serta persaraan rakan kongsi. Selain itu, beliau pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Risiko dan Kualiti bagi Kumpulan Perkhidmatan Kewangan PwC.

Selain PwC, Encik Lian pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Panel Penasihat School of Accountancy di Singapore University of Social Sciences, Pengerusi Jawatankuasa Perbankan dan Kewangan, Singapore Institute of Chartered Accountants, Pengerusi Lembaga Sekolah Anderson Secondary School serta Ahli Lembaga Etika dan Tatatertib Accounting and Regulatory Authority of Singapore.

Pada tahun 2021, Encik Lian telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Awam oleh Presiden Singapura. Beliau merupakan Felo Akauntan Bertauliah di Singapura, Australia dan New Zealand. Beliau juga telah mengikuti program kepimpinan di Harvard Business School dan INSEAD.

Ahli Lembaga Pengarah Great Eastern Takaful Berhad - YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Zulkiflee bin Mazlan (B)
YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Zulkiflee bin Mazlan (B)

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Zulkiflee bin Mazlan (B) (“YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Zulkiflee”) telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Syarikat pada 29 April 2016. Beliau merupakan wakil Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad.

Beliau kini menganggotai Jawatankuasa Pemilihan dan Ganjaran Lembaga Pengarah Syarikat.

YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Zulkiflee telah menabur bakti dengan cemerlang dalam Angkatan Tentera Malaysia serta memegang pelbagai jawatan pemerintahan dan pengurusan di Kementerian Pertahanan. Beliau juga pernah menganggotai Lembaga Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera. Selain itu, beliau merupakan Pengerusi Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad dari Jun 2015 hingga Jun 2022.

Sebelum ini, beliau pernah menjawat jawatan Pengerusi Affin Hwang Investment Bank Berhad, Pengerusi Affin Hwang Trustee Berhad serta Pengarah Affin Hwang Asset Management Berhad.

Kini, beliau berkhidmat sebagai Pengerusi merangkap Pengarah Aiman Asset Management Sdn. Bhd.

YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Zulkiflee memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 1989 serta Ijazah Sarjana Sains dalam Strategi Keselamatan Negara daripada National Defense University, Fort McNair, Washington D.C., Amerika Syarikat.

Ahli Lembaga Pengarah Great Eastern Takaful Berhad - YBhg. Dato’ Albert Yeoh Beow Tit
YBhg. Dato’ Albert Yeoh Beow Tit

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dato’ Albert Yeoh Beow Tit (“YBhg. Dato’ Albert Yeoh”) telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Syarikat pada 1 Januari 2020.

Beliau kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah serta menganggotai Jawatankuasa Pemilihan dan Ganjaran Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Tadbir Urus Syarikat.

YBhg. Dato’ Albert memulakan kerjayanya dalam industri kewangan, khususnya sektor perbankan, dan pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan di Citibank Berhad. Jawatan terakhir beliau di institusi tersebut ialah Pengarah Perbankan Korporat sehingga Februari 1996. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank (Malaysia) Berhad dan menyandang jawatan tersebut sehingga persaraannya pada tahun 2008.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad dan Great Eastern General Insurance (Malaysia) Berhad. Selain itu, beliau pernah menganggotai Lembaga Pengarah beberapa syarikat lain, termasuk Alliance Investment Bank Berhad, Danajamin Nasional Berhad, BOS Wealth Management Malaysia Berhad, Cagamas MBS Berhad dan Cagamas SRP Berhad.

YBhg. Dato’ Albert memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Pengkhususan Berganda dalam Ekonomi dan Penyelidikan Operasi) daripada Monash University, Australia serta Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan daripada University of Salford, England. Pada April 2022, beliau telah dianugerahkan gelaran Fellow oleh Asian Institute of Chartered Bankers (dahulunya dikenali sebagai Institute of Bankers Malaysia) oleh Gabenor Bank Negara Malaysia.

Ahli Lembaga Pengarah Great Eastern Takaful Berhad - YBhg. Profesor Dato’ Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof
YBhg. Profesor Dato’ Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Profesor Dato’ Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof (“YBhg. Profesor Dato’ Dr. Wan Sabri”) telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Syarikat pada 10 Jun 2022.

Beliau kini menganggotai Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Pemilihan dan Ganjaran Lembaga Pengarah serta Majlis Kelestarian Malaysia Syarikat.

YBhg. Profesor Dato’ Dr. Wan Sabri pernah berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad dari tahun 2010 hingga 2021. Dalam tempoh yang sama, beliau turut menganggotai Jawatankuasa Syariah OCBC Al-Amin Bank Berhad. Sebelum tahun 2010, beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Syariah Southern Bank dan CIMB Islamic Bank.

Kini, beliau merupakan Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (“USAS”) serta Pengarah Yayasan Al Ammar.

Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D.) dan Ijazah Sarjana Sastera daripada Temple University, Amerika Syarikat dalam bidang Pemikiran Islam dan Perbandingan Agama. Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana dalam Islamic Revealed Knowledge and Heritage (IRKH) dengan pengkhususan dalam bidang Tafsir serta Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Islam) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Sepanjang kerjayanya, beliau telah menghasilkan pelbagai artikel ilmiah dan buku, termasuk monograf berkaitan tokoh-tokoh ilmuwan Islam di rantau ini, isu-isu pemikiran Islam serta bidang tafsir al-Quran.

Ahli Lembaga Pengarah Great Eastern Takaful Berhad - Encik Tong Hon Keong
Encik Tong Hon Keong

Ahli Lembaga Pengarah

Encik Tong Hon Keong (“Encik Tong”) telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Syarikat pada 7 Ogos 2023. Beliau juga merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Great Eastern General Insurance (Malaysia) Berhad serta Pengerusi dan Pengarah Bebas BOS Wealth Management Malaysia Berhad.

Beliau kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah serta menganggotai Jawatankuasa Pemilihan dan Ganjaran Lembaga Pengarah Syarikat.

Encik Tong membina kerjayanya di Maybank selama lebih daripada 30 tahun dengan menerajui pelbagai fungsi termasuk Perancangan, Sistem Maklumat, Operasi Pusat dan Perkhidmatan Pengurusan Maklumat. Dari tahun 2010 hingga 2013, beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden Eksekutif Kanan, Strategi dan Transformasi bagi Perbankan Perniagaan/Perbankan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Beliau kemudiannya menyertai OCBC Bank (Malaysia) Berhad sebagai Pengarah, di mana beliau turut mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan Risiko serta menganggotai Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah OCBC Al-Amin Bank Berhad.

Encik Tong memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) daripada Universiti Malaya. Beliau juga merupakan alumni Program Pengurusan Lanjutan di The Wharton School, University of Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Ahli Lembaga Pengarah Great Eastern Takaful Berhad - YBhg. Datin Arlina binti Ariff
YBhg. Datin Arlina binti Ariff

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Datin Arlina binti Ariff (“YBhg. Datin Arlina”) telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Syarikat pada 29 April 2024. Beliau juga merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Agrobank (Malaysia) Berhad dan PRG Holdings Berhad.

Beliau kini menganggotai Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Tadbir Urus serta Majlis Kelestarian Malaysia Syarikat.

YBhg. Datin Arlina mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman di Bank Negara Malaysia, di mana beliau telah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti. Jawatan terakhir beliau di Bank Negara Malaysia ialah sebagai Pengarah Jabatan Rangkuman Kewangan.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana dalam Amalan Kewangan Islam daripada INCEIF University. Sebelum itu, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sains dalam Ekonomi Pembangunan Kuantitatif serta Diploma Pascasiswazah dalam Ekonomi Pembangunan Kuantitatif daripada University of Warwick, Coventry, England. Beliau turut memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian daripada Carleton University, Ottawa, Kanada.

Ahli Lembaga Pengarah Great Eastern Takaful Berhad - YBhg. Leftenan Jeneral Dato’ Sri Mohd Zakaria bin Haji Yadi (B)
YBhg. Leftenan Jeneral Dato’ Sri Mohd Zakaria bin Haji Yadi (B)

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Leftenan Jeneral Dato’ Sri Mohd Zakaria bin Haji Yadi (B) (“YBhg. Leftenan Jeneral Dato’ Sri Mohd Zakaria”) telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Syarikat pada 6 Mei 2025. Beliau merupakan wakil Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad.

Beliau kini menganggotai Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah Syarikat.

YBhg. Leftenan Jeneral Dato’ Sri Mohd Zakaria menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia pada Jun 2023 selepas lebih 42 tahun menabur bakti dengan cemerlang. Jawatan terakhir beliau ialah Ketua Staf di Markas Angkatan Tentera Malaysia dari November 2020 hingga Jun 2023, dengan tanggungjawab menyelia perancangan perkhidmatan tiga cabang angkatan serta pelaksanaan dasar pertahanan strategik negara.

Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Panglima Medan Timur Tentera Darat yang meliputi Sarawak dan Sabah. Dalam jawatan tersebut, beliau bertanggungjawab terhadap kesiapsiagaan operasi, latihan, pentadbiran dan logistik. Sepanjang kerjaya ketenteraannya, beliau telah memegang pelbagai jawatan kanan dalam bidang pemerintahan dan staf, termasuk mengetuai Jawatankuasa Sasaran Bernilai Tinggi Labuan (Labuan High-Value Target Committee). Kepimpinan beliau telah memberi sumbangan yang signifikan kepada perancangan pertahanan negara serta penggubalan dasar di peringkat tertinggi.

YBhg. Leftenan Jeneral Dato’ Sri Mohd Zakaria memiliki Ijazah Sarjana Sains dalam Analisis Pertahanan daripada Naval Postgraduate School, Amerika Syarikat, Ijazah Sarjana Undang-Undang (LL.M), Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan daripada Universiti Malaya serta Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau juga telah mengikuti pengajian di National Defence College dan Royal College of Defence Studies (RCDS), United Kingdom.

Ahli Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad - Dr. Muhammad Naim Omar
Asst. Prof. Dr. Muhammad Naim Omar

Pengerusi Jawatankuasa Syariah

Asst. Prof. Dr. Muhammad Naim Omar telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad pada 7 Jun 2022 dan telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Syariah pada 13 Disember 2025.

Beliau memperoleh ijazah dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar pada tahun 1992 dan seterusnya menamatkan Ijazah Sarjana dalam bidang Syariah dari Universiti Kaherah pada tahun 1999. Beliau kemudiannya dianugerahkan PhD dalam Undang-undang Islam oleh Universiti Wales, United Kingdom pada tahun 2006.

Pada masa ini, beliau merupakan pensyarah di Jabatan Undang-undang Islam, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau mengajar beberapa mata pelajaran termasuk Undang-undang Transaksi Islam, Kaedah Fiqhiyyah Islamiyyah dan Perundangan Islam.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Syariah dalam Institusi Perbankan Islam dan Takaful yang laim seperti OCBC Al-Amin, Takaful Ikhlas dan MNRB. Kini, beliau juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Syariah Alliance Islamic Bank. Beliau telah membentangkan banyak kertas kerja di persidangan dan telah menerbitkan pelbagai artikel berkaitan Undang-undang Transaksi Islam, Pengurusan Kekayaan Islam dan Undang-undang Kontrak Islam.

Ahli Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad - Dr. Muhammad Pisol Mohd @ Mat Isa
Dr. Muhammad Pisol Mohd @ Mat Isa

Ahli Jawatankuasa Syariah

Dr. Muhammad Pisol Mohd @ Mat Isa telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad sejak 13 Disember 2022. Beliau berkelulusan PhD dalam Kewangan Islam dari Universiti Malaya pada tahun 2012. Beliau juga mendapat Ijazah Sarjana dalam bidang Usuluddin (Pemikiran Politik Islam) dari Universiti Malaya pada tahun 2001 dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin (Teologi dan Falsafah) dari Universiti Al-Azhar pada tahun 1996.

Dr. Muhammad Pisol kini berkhidmat sebagai Profesor Adjunct di Open University Malaysia (OUM). Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun sebagai pensyarah universiti, mengajar pelbagai kursus termasuk menyelia pelajar Sarjana dan PhD dalam kursus Ekonomi Islam, Kewangan Mikro, dan Kewangan Islam.

Sebelum ini, Dr. Muhammad Pisol adalah Ahli Jawatankuasa Syariah di Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad dari 2014 hingga 2022. Pada masa ini, beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah United Oversea Bank Berhad (UOB) sejak November 2023 dan sebagai Penasihat Syariah untuk GA Skylight Berhad (SKYLIGHT GROUP) sejak Mac 2025. Beliau juga berdaftar sebagai penasihat syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sejak 2019.

Bidang kepakaran beliau termasuklah Kewangan Islam, Fiqh Al-Muamalat, Ekonomi Islam dan Kewangan Mikro Islam. Beliau juga terlibat secara aktif dalam penyelidikan dan penerbitan.

Ahli Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad - Prof. Madya Dr. Nurul Aini Muhamed
Prof. Madya Dr. Nurul Aini Muhamed

Ahli Jawatankuasa Syariah

Prof. Madya Dr. Nurul Aini Muhamed telah dilantik sebagai Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad pada 13 Disember 2022. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Syariah dari Universiti Malaya pada tahun 2001. Beliau juga memperoleh Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2003 dan Sarjana Amalan Kewangan Islam dari INCEIF pada tahun 2020. Beliau pada masa itu menerima PhD dalam Pengurusan Perniagaan dari Australia Selatan pada tahun 2020.

Prof. Madya Dr. Nurul Aini kini berkhidmat di Fakulti Muamalat dan Ekonomi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau juga telah berkhidmat sebagai Panel Jawatankuasa Syariah di institusi yang sama sejak 2023. Sebagai ahli akademik, bidang kepakaran beliau adalah Perbankan dan Kewangan Islam, Undang-undang Transaksi Islam, dan Pengurusan Halal dan Tadbir Urus. Beliau secara aktif menjalankan penyelidikan, membentangkan kertas kerja dan latihan mengenai kewangan Islam. Beliau juga telah menerbitkan banyak artikel mengenai isu-isu kontemporari dalam Kewangan Islam.

Prof. Madya Dr. Nurul Aini sebelum ini merupakan Ahli Jawatankuasa Syariah di Hong Leong Islamic Bank, Hong Leong MSIG Takaful, dan BNP Paribas Malaysia Berhad. Beliau juga ahli Persatuan Muamalat Malaysia (MMA), Persatuan Penasihat Syariah dalam Kewangan Islam (ASAS), dan Majlis Pendidik Kewangan Islam Antarabangsa (ICIFE).

Ahli Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad - En. Mohd Fadhly Md. Yusoff
En. Mohd Fadhly Md. Yusoff

Ahli Jawatankuasa Syariah

En. Mohd Fadhly Md. Yusoff telah dilantik sebagai Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad pada 1 Julai 2023.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kelas Kepujian 1), dari Universiti Malaya pada tahun 1995. Pada masa ini, beliau menjalankan perniagaan sendiri dan juga berkhidmat sebagai Penasihat Syariah dan perunding bebas. Selain itu, beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah AmBank Islamic Berhad dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad. Sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Jabatan Pasaran Modal Islam di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau mengurus, menyelia dan memantau keperluan pematuhan Syariah ke atas struktur produk berhubung dengan penyerahan atau penerbitan sekuriti patuh Syariah.

En. Mohd Fadhly juga terlibat dalam menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan berhubung dengan produk dan sekuriti Pasaran Modal Islam patuh Syariah. Beliau sebelum ini merupakan ahli Jawatankuasa Syariah Sun Life Malaysia Takaful Berhad. Beliau juga merupakan ahli berdaftar Persatuan Penasihat Syariah dalam Kewangan Islam (ASAS).

Ahli Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad - Profesor Madya. Dr. Mohd Rizal Muwazir @ Mukhazir
Prof. Madya Dr. Mohd Rizal Muwazir @ Mukhazir

Ahli Jawatankuasa Syariah

Prof. Madya Dr. Mohd Rizal Muwazir @ Mukhazir telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad pada 1 Jun 2025. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Malaya pada tahun 2003, Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Malaya pada tahun 2006 dan PhD dalam Perakaunan & Kewangan dari Universiti Cardiff pada tahun 2012. Beliau juga memperolehi Diploma Penyelidikan Sains Sosial dari Universiti Cardiff pada tahun 2007.

Prof. Madya Dr. Mohd Rizal kini berkhidmat di Jabatan Syariah dan Pengurusan di Universiti Malaya. Beliau mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk Asas Perakaunan, Amalan Perbankan dan Kewangan Islam, Tadbir Urus Korporat Islam, Perakaunan Islam, Pengauditan Institusi Perniagaan Islam dan Metodologi Penyelidikan Pengurusan Muamalat. Beliau terlibat secara aktif dalam penyelidikan dan kerap membentangkan kertas kerja akademik dan menjalankan latihan dalam bidang Syariah dan Kewangan Islam.

Pada masa ini, beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah OCBC Al-Amin. Sepanjang kerjaya akademiknya, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan dan Sijil Perkhidmatan Cemerlang daripada Universiti Malaya.

Ahli Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad - Prof. Dr. Azman Mohd Noor
Prof. Dr. Azman Mohd Noor

Ahli Jawatankuasa Syariah

Prof. Dr. Azman Mohd Noor telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad berkuat kuasa pada 16 April 2026.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Islam pada tahun 1997 dari Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. Beliau seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana dalam Undang-Undang Jenayah Islam pada tahun 2000 dari Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Ijazah Sarjana Muamalat (Undang-Undang Transaksi Islam) pada tahun 2001 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kemudiannya, beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Undang-Undang Islam pada tahun 2005 dari Universiti Edinburgh, Scotland.

Pada masa ini, Prof. Dr. Azman berkhidmat sebagai Profesor dan Pensyarah Kanan di Institut Antarabangsa Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau telah mengajar dalam bidang Fiqh Islam dan Kewangan Islam di jabatan yang sama sejak tahun 2005.

Bidang kepakaran beliau merangkumi Undang-Undang Transaksi Islam, Perbankan Islam dan Pasaran Modal, Takaful dan Retakaful, Wakaf, serta Pengurusan dan Pengiraan Zakat. Beliau juga telah menyelia pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Fiqh Islam, Perbankan Islam dan Pasaran Modal Islam di Jabatan Fiqh dan Institut Antarabangsa Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak tahun 2006.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah dalam sektor Perbankan Islam dan Takaful seperti Al-Rajhi Bank, Bank Rakyat, AmMetLife Takaful Berhad, Etiqa Family Takaful Berhad, dan MNRB Retakaful. Pada masa ini, beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah Kuwait Finance House Malaysia.

Ketua Pegawai Kewangan (Appointed Representative) Great Eastern Takaful Berhad - Jasveen Kaur Marne
Jasveen Kaur Marne

Ketua Pegawai Kewangan (Appointed Representative)

Jasveen  menyertai Great Eastern Takaful pada 2014 daripada Great Eastern Life Malaysia untuk mengetuai dan membangun semula pasukan penilaian. Pada tahun 2016, beliau telah dilantik sebagai Aktuari yang Dilantik dan bertanggungjawab dalam pengurusan fungsi aktuari. Jasveen kemudiannya memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan pada 15 Mei 2018 dan memberi kepimpinan kepada bahagian Kewangan, Pengurusan Strategik dan Penentuan Harga dan ketua-ketua fungsi-fungsi berkenaan melapor langsung kepada beliau. Jasveen amat berpengalaman di dalam bidangnya. Beliau pernah bekerja KPMG (UK) Limited lebih dari 4 tahun sebelum mengambil jawatan di dalam bahagian Penentuan Harga dan Penilaian di bawah AKtuari GELM.

Jasveen memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian Kelas 1) dalam Sains Aktuari daripada London School of Economics. Beliau juga adalah Ahli Fellow Institute and Faculty of Actuaries. Sebelum menyertai Great Eastern, beliau telah bekerja dengan KPMG LLM di United Kingdom sebagai Consultant, Investment Advisory Team, Pensions.

Ketua Pegawai Operasi Great Eastern Takaful - Charmaine Kee Tze Teng
Charmaine Kee Sze Teng

Ketua Pegawai Operasi

Charmaine Kee Sze Teng telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi berkuatkuasa 14 Mac 2025. Beliau akan bertanggungjawab dalam memacu strategi operasi syarikat bagi memastikan kecekapan, prestasi dan perkembangan syarikat terus mengukuh di samping mengekalkan pematuhan terhadap peraturan, memperkukuh hubungan bersama pihak berkepentingan serta memanfaatkan kepakaran beliau untuk mencapai hasil perniagaan yang positif.

Charmaine mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam industri perkhidmatan kewangan dan memiliki pengetahuan yang mendalam dalam bidang Operasi Insurans Hayat dan Takaful, Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Kualiti, Strategi Perniagaan serta Pengurusan Projek. Semasa tugasan terakhir beliau sebagai Ketua Operasi dan Perkhidmatan Pelanggan, beliau telah mengetuai seramai 280 orang kakitangan dalam mengendalikan operasi insurans hayat, perubatan dan perniagaan berkumpulan.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Perniagaan dan Pengurusan dari University of South Alabama.

Ketua Perundangan Kesetiausahaan & Shariah Great Eastern Takaful Berhad - Raja Mazlena Raja Aziz
Raja Mazlena Raja Aziz

Ketua, Perundangan, Kesetiausahaan dan Shariah

Raja Mazlena telak dilantik sebagai Ketua Perundangan, Kesetiausahaan dan Shariah pada April 2019. Beliau merupakan Naib Presiden Kanan Jabatan Kesetiausahaan, Perundangan dan Perkhidmatan Korporat di Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad ("GELM") selama lapan (8) tahun sebelum menyertai pusat kreatif NGO yang membantu dan menyokong kreativiti kanak-kanak.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ketua Bisnes Takaful Korporat Great Eastern Takaful Berhad dan Kumpulan B40 - Syuhaib Ithnin
Syuhaib Ithnin

Ketua, Bisnes Takaful Korporat dan Kumpulan B40

Syuhaib Ithnin memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Bisnes Takaful Korporat dan Kumpulan B40 berkuat kuasa pada 1 September 2025. Beliau bertanggungjawab meneraju segmen Kumpulan Takaful dan Kumpulan B40 dalam memastikan syarikat mencapai sasaran pengeluaran yang ditetapkan serta memperluas rangkaian saluran pengedaran. Peranan beliau merangkumi pengukuhan portfolio perniagaan kumpulan dengan mengenal pasti dan menilai peluang perniagaan baharu, serta merangka dan melaksanakan pelan strategi bagi menyokong pertumbuhan yang mampan.

Syuhaib memiliki Ijazah Sarjana dalam Kewangan Islam daripada International Centre of Islamic Finance Education (INCEIF) dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Selain itu, beliau turut berdaftar sebagai sebagai Certified Financial Planner (CFP) dan Islamic Financial Planner (IFP) dengan Financial Planning Association Malaysia (FPAM) serta memegang kelayakan sebagai Chartered Islamic Finance Professional (CIFP).

Ketua Modal Insan Korporat Great Eastern Takaful Berhad - Razali Kipli
Razali Kipli

Ketua, Modal Insan

Razali mengetuai bahagian Modal Insan yang menguruskan segala aspek Modal Insan daripada perekrutan serta gaji dan manfaat kepada latihan dan pembangunan.

Razali memegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada RMIT University dan beliau menganggotai Persatuan Majikan-Majikan Insurans (AIE) dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

Ketua Pemasaran Great Eastern Takaful Berhad - Rashida Mior Ahmad Darwish
Rashida Mior Ahmad Darwish

Ketua, Pemasaran

Rashida dilantik sebagai Ketua Pemasaran berkuatkuasa September 2024 sebagai peneraju bagi unit penjenamaan, pemasaran dan produk. Beliau turut berperanan untuk memantau pelaksanaan strategi pemasaran dan produk.

Sebelum menyertai Great Eastern Takaful, beliau telah memegang beberapa jawatan kepimpinan di beberapa buah syarikat insurans seperti Prudential Assurance Malaysia Berhad dan AIA Public Takaful Berhad. Pengalaman beliau merangkumi pembangunan produk insurans merentasi saluran pengedaran termasuk insurans konvensional, pelaburan berkaitan insurans, dan takaful.

Rashida memegang Ijazah Sarjana dalam Sains Aktuari daripada Universiti Heriot-Watt dan Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Aktuari dan Statistik daripada Universiti Purdue. 

Aktuari Dilantik Great Eastern Takaful Berhad - Tan Say Yen
Tan Say Yen

Aktuari Dilantik

Say Yen dilantik sebagai Aktuari Dilantik baharu berkuat kuasa 24 Februari 2025. Beliau mempunyai pengalaman selama 15 tahun sebagai penilaian aktuari dalam Insurans dan Takaful di Malaysia dan United Kingdom. Say Yen memiliki Ijazah Sarjana Muda Matematik dengan Sains Aktuari daripada University of Southampton, United Kingdom dan memperoleh keahlian Fellowship daripada Institute and Faculty of Actuaries pada tahun 2014.