1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.

2. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Get In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

 

3. Laporan Dana Berkaitan Pelaburan 2025 Kini Tersedia di sini

 

4. Pengumuman berhubung pengemaskinian pengaturan perkhidmatan bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad. Ketahui lebih lanjut.

The Great Journey

Penilaian Tepat, Rawatan Berpatutan - Kini dan Masa Hadapan

Lalui perjalanan yang lebih bijak bersama The Great Journey untuk penjimatan dan penjagaan kesihatan yang berkualiti. Kami akan membantu anda mendapatkan rawatan yang tepat dari awal melalui rangkaian klinik dan hospital yang dipercayai. Sepanjang perjalanan ini, anda bukan sahaja akan menikmati perkhidmatan tambahan yang memudahkan, tetapi juga penjimatan kos yang lebih berpatutan.

Bagaimana The Great Journey berfungsi?

1. Bagi rawatan di The Great Journey Clinic tanpa kemasukan hospital

Langkah pertama
Pelanggan berasa tidak sihat. Pelanggan mencari klinik di dalam rangkaian The Great Journey Clinic.
Langkah kedua
Didiagnos dengan demam denggi (Keadaan yang Layak). Pelanggan membayar 5% daripada bil klinik. 95% daripada bil klinik dibayar di bawah pelan perubatan anda.
Langkah akhir
Keadaan kesihatan bertambah baik dan tidak memerlukan kemasukan ke hospital. Pelanggan sihat dan tidak menanggung kos tambahan bagi kemasukan ke hospital!
Contoh

Jumlah Bil: RM100

Anda bayar: RM5 (5% ko-takaful ke atas jumlah bil RM100)

Bil ditanggung oleh pelan perubatan anda: RM95 (95% ko-takaful ke atas jumlah bil RM100)

2. Bagi rawatan di The Great Journey Clinic dan kemasukan ke The Great Journey Hospital

Langkah pertama
Pelanggan merasa tidak sihat. Pelanggan mencari klinik di dalam rangkaian The Great Journey Clinic.
Langkah kedua
Didiagnos dengan demam denggi (Keadaan yang Layak). Pelanggan membayar 5% daripada bil klinik. 95% daripada bil klinik dibayar di bawah pelan perubatan anda.
Langkah akhir
Dirujuk untuk kemasukan ke Hospital di dalam rangkaian The Great Journey Hospital. Pelanggan hanya membayar deduktibel (termasuk jumlah ko-takaful yang telah dibayar di klinik).
Contoh (Klinik)

Jumlah Bil: RM100

Anda bayar: RM5 (5% ko-takaful ke atas jumlah bil RM100)

Bil ditanggung oleh pelan perubatan anda: RM95 (95% ko-takaful ke atas jumlah bil RM100)

Contoh (Hospital)

Jumlah Bil: RM10,000

Anda bayar: RM495 (RM500 Deduktibel – RM5 yang telah dibayar)

Bil ditanggung oleh pelan perubatan anda: RM9,505

3. Bagi kemasukan kecemasan di hospital

Langkah pertama
Bagi kes kecemasan (keadaan perubatan atau kecederaan yang mengancam nyawa) untuk mengelakkan kematian atau keadaan kesihatan yang serius
Langkah kedua
Pergi ke jabatan kecemasan di mana-mana hospital berhampiran.
Langkah akhir

Jika keadaan dianggap kecemasan, ko-pembayaran akan diketepikan bagi rawatan kecemasan

ATAU

Jika keadaan tidak dianggap kecemasan, tambahan 20% ko-takaful (maksimum RM20,000 bagi setiap tahun sijil) akan dikenakan ke atas bil hospital, selepas penolakan deduktibel

Contoh (Kecemasan)

Jumlah Bil: RM10,000

Anda bayar: RM0

Bil ditanggung oleh pelan perubatan anda: RM10,000

Contoh (Bukan Kecemasan)

Jumlah Bil: RM10,000

Anda bayar: RM2,400 (RM500 Deduktibel + RM1,900 (20% ko-takaful)

Bil ditanggung oleh pelan perubatan anda: RM7,600

4. Bagi rawatan dan kemasukan ke klinik dan hospital di luar rangkaian The Great Journey 

Langkah pertama
Pelanggan merasa tidak sihat. Mendapatkan rawatan di klinik yang bukan dalam rangkaian The Great Journey.
Langkah kedua
Didiagnos dengan demam denggi (Keadaan yang Layak).  Pelanggan membayar 100% bil klinik. Anda akan dibayar balik di bawah manfaat pre-hospitalisasi.
Langkah akhir
Dimasukkan ke hospital yang bukan dalam rangkaian The Great Journey. Tambahan 20% ko-takaful (maksimum RM20,000 bagi setiap tahun sijil) akan dikenakan ke atas bil hospital, selepas penolakan deduktibel.
Contoh (Klinik)

Jumlah Bil: RM100

Anda bayar: RM100

Jika kemasukan hospital diperlukan, anda akan dibayar balik 100% jumlah bil klinik yang telah dibayar sebagai manfaat pre-hospitalisasi di bawah pelan perubatan anda.

Contoh (Hospital)

Jumlah Bil: RM10,000

Anda bayar: RM2,400 (RM500 Deduktibel + RM1,900 (20% ko-takaful))

Bil ditanggung oleh pelan perubatan anda: RM7,600

Perkara yang anda perlu tahu

  • Deduktibel ialah jumlah tetap yang perlu anda bayar sendiri untuk perbelanjaan perubatan yang layak sebelum perlindungan perubatan anda mula membayar.

    Sebagai contoh, jika deduktibel anda ialah RM500 dan bil hospital anda ialah RM2,000, anda akan membayar RM500 pertama dari jumlah bil dan pelan perubatan anda akan menampung lebihan bil sebanyak RM1,50

  • Ko-takaful merujuk kepada peratusan kos perubatan yang layak dan perlu anda bayar selepas jumlah deduktibel dipenuhi. Ini bermakna anda dan pelan perubatan anda masing-masing berkongsi bayaran bagi kos perubatan yang diluluskan

    Sebagai contoh, jika ko-takaful anda ialah 20%, dan bil hospital yang layak (selepas penolakan deduktibel) ialah RM5,000, anda akan membayar RM1,000 (20%) dan RM4,000 (80%) akan dibayar di bawah pelan perubatan anda.
Ko-Pembayarani-Medi Shield Rideri-Medi Evolusi Rider
Deduktibel
  • RM 500 / RM 1,000 / RM 2,000 / RM 5,000
  • Deduktibel bagi setiap hilang upaya.
  • Tidak terpakai bagi rawatan kecemasan (kemalangan) dan rawatan di Hospital Kerajaan Malaysia
      • RM 500 / RM 3,000 / RM 20,000 dengan pilihan persaraan
        • Deduktibel bagi setiap tahun sijil rider.
          • Tidak terpakai bagi:
            - Rawatan Kecemasan
            - Rawatan Pesakit Luar bagi rawatan susulan daripada kanser atau dialysis buah pinggang
            - Rawatan di Fasiliti Kesihatan Kerajaan
          Ko-Takaful
          • 20% Co-takaful terpakai bagi tuntutan yang melebihi Had Perubatan Keseluruhan (OML).
          • Ko-takaful hanya terpakai jika pelanggan tidak melalui The Great Journey dengan lengkap.
            • Ko-takaful  bagi Rawatan Pesakit Luar:
              - Klinik The Great Journey: 5% ko-takaful terpakai (maksimum RM500 bagi setiap tahun sijil rider)
              -Klinik bukan dibawah The Great Journey: 20% ko-takaful terpakai
            • Bagi pelanggan yang tidak mengikuti The Great Journey, anda perlu membayar deduktibel serta tambahan 20% ko-takaful (maksimum RM20,000 bagi setiap tahun sijil rider) ke atas jumlah bil (selepas penolakan deduktibel dan ko-takaful bagi Rawatan Pesakit Luar (jika ada).
            • Contoh ilustrasi di bawah adalah berdasarkan deduktibel pilihan RM500.
            Langkah 1Langkah 2
            The Great Journey KlinikRawatan Pesakit Luar yang LayakBil Klinik yang dibayar oleh PelangganBil Klinik yang dibayar di bawah pelan perubatan anda
            The Great Journey HospitalDeduktibel (RM)Ko-takafulBil Hospital yang dibayar oleh PelangganBil Hospital yang dibayar di bawah pelan perubatan anda
            YaYa5% daripada jumlah bil95% daripada jumlah bilTanpa kemasukanTidak terpakaiTidak terpakaiTidak terpakaiTidak terpakai
            YaTidak100% daripada jumlah bil0Tanpa kemasukanTidak terpakaiTidak terpakaiTidak terpakaiTidak terpakai
            YaYa5% daripada jumlah bil95% daripada jumlah bilYa500Tidak terpakaiRM500 (Deduktibel) - 5% ko-takaful yang telah dibayar di klinikBaki bil hospital, selepas penolakan deduktibel dan 5% ko-takaful yang telah dibayar di klinik
            YaTidak100% jumlah bil100% daripada jumlah bil (Bayaran balik di bawah tuntutan manfaat Pre-hospitalisasi)Ya500Tidak terpakaiRM500 (Deduktibel)Baki bil hospital, selepas penolakan deduktibel
            TidakYa100% jumlah bil
            • 100% daripada jumlah bil (Bayaran balik di bawah tuntutan manfaat Pre-Hospitalisasi)
            • Bayaran balik 80% daripada jumlah bil jika tidak memerlukan kemasukan ke hospital
            Tidak50020% sehingga maksimum RM20,000RM500 (deduktibel) + 20% daripada jumlah bil hospital (selepas penolakan deduktibel)Baki bil hospital, selepas penolakan deduktibel dan 20% ko-takaful