1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Great In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

i-Great Chinta | Pelan Takaful & Perlindungan Keluarga untuk Keselamatan Kewangan

i-Great Chinta ialah pelan takaful keluarga yang menawarkan perlindungan keluarga takaful berpanjangan untuk anda dan orang tersayang. Lengkap dengan hibah pasangan dan sesuai sebagai takaful pendidikan anak, ia lambang cinta dan takaful keluarga sejati.

Product Summary Muat turun brosur

Manfaat-manfaat utama

  • Circle Image

    Jumlah Perlindungan yang Tinggi

    Minimum: RM800,000

    Maksimum: Tertakluk kepada pengunderaitan

  • Circle Image

    Manfaat Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK)

    Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) manfaat yang perlu dibayar adalah yang lebih tinggi:

    a. Jumlah Perlindungan Asas (JPA); ATAU

    b. Jumlah Tunai dalam PIA

    DITAMBAH

    c. Nilai Akaun dalam PUASaver (jika ada).

    Had limit HUPK sebanyak RM8 juta akan dikenakan ke atas setiap Orang yang Dilindungi di bawah semua sijil individu dan sijil berkaitan kredit (tidak termasuk sijil berkumpulan) yang dikeluarkan oleh Pengendali Takaful. Had seumur hidup sebanyak RM8 juta akan dikenakan kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, jika HUPK berlaku sebelum ulang tahun sijil di mana Orang yang Dilindungi mencapai umur 5 tahun hari lahir berikutnya, Lien Kanak-Kanak akan dikenakan ke atas JPA. Perlindungan penuh akan diberikan bermula pada umur 5 tahun hari lahir berikutnya.

  • Circle Image

    Manfaat Ihsan

    RM5,000 dibayar sekiranya meninggal dunia.

  • Circle Image

    Manfaat Kematian

    Manfaat Kematian yang perlu dibayar adalah yang lebih tinggi:

    a. Jumlah Perlindungan Asas (JPA); ATAU

    b. Jumlah Tunai dalam PIA

    DITAMBAH

    c. Nilai Akaun dalam PUASaver (jika ada).

    Manfaat Kematian yang akan dibayar semasa mengerjakan Haji atau Umrah dan bukan disebabkan oleh kemalangan adalah tambahan 100% daripada JPA. 

    Sekiranya berlaku kematian sebelum umur 5 tahun hari lahir berikutnya, Lien Kanak-Kanak akan dikenakan ke atas Jumlah Perlindungan Asas (JPA) yang perlu dibayar.

Bagaimana i-Great Chinta berfungsi?

Great Eastern

Kami hubungkan anda dengan perunding Takaful yang berkelayakan

Perunding Takaful kami akan menjawab sebarang soalan yang anda ada mengenai perancangan kewangan dan produk kami.

Request Callback

Bagaimana kami boleh bantu anda?

Nama produk

Terima Kasih

Penghantaran anda telah beryaja dihantar.

Ok

Ralat

Penghantaran anda gagal. Sila cuba lagi.

Ok

Fahami sebelum sertai

  1. i-Great Chinta adalah Pelan Takaful Keluarga bertempoh dengan caruman berkala yang memberikan perlindungan apabila berlaku Kematian dan Hilang Upaya Penuh & Kekal (HUPK) ke atas Orang Yang Dilindungi. Pelan ini mempunyai pilihan untuk tempoh perlindungan bagi 10 atau 20 tahun, atau umur matang pada umur 60, 70 atau 80 tahun hari lahir berikutnya.
  2. Umur merujuk kepada umur hari lahir berikutnya. Caruman dibayar berdasarkan terma caruman – bertempoh atau sepanjang tempoh perlindungan, atau sehingga kematian atau HUPK ke atas Orang yang Dilindungi, atau sehingga penamatan Sijil ini, yang mana terdahulu. Caruman baharu akan dikenakan selepas pengaktifan Perlindungan Lanjutan Automatik.
  3. Anda boleh berhenti membayar caruman dan masih menikmati perlindungan selagi terdapat jumlah yang mencukupi di dalam PIA atau PUA bagi i-Saver Rider (jika berkenaan) untuk membayar Tabarru’. Namun terdapat kemungkinan Sijil menjadi luput apabila caj yang dikenakan, termasuk Tabarru’, melebihi jumlah amaun yang ada di dalam PIA atau PUA bagi i-Saver Rider (jika berkenaan). Jika PIA tidak mencukupi membayar Tabarru', Tabarru' akan ditolak daripada PUA (jika ada).
  4. Anda seharusnya yakin bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah Sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar.
  5. “Tempoh Rujukan Percuma” selama 15 hari daripada tarikh anda menerima e-Sijil diberikan melalui i-Get In Touch akan diberikan kepada anda untuk meneliti kesesuaian pelan. Jika Sijil ini dikembalikan kepada kami dalam tempoh ini, kami akan mengembalikan suatu amaun yang bersamaan dengan yang berikut ditolak dengan belanja perubatan (jika ada):
    i. Jumlah Caruman Takaful, jika ada;
    ii. Jumlah nilai di dalam Akaun Unit Peserta (jika ada) Sijil ini,
  6. Anda boleh menerima baki jumlah di dalam PIA dan PUA bagi i-Saver Rider (jika ada) apabila pelan ditamatkan, diserahkan, atau telah matang yang mungkin akan berkurang daripada jumlah caruman yang diperuntukkan ke dalam Akaun Individu Peserta (PIA). Tiada manfaat akan dibayar daripada Dana Tabarru’.
  7. Jumlah di dalam PIA atau PUA bagi i-Saver Rider (jika berkenaan) adalah berdasarkan prestasi sebenar dana dan tidak dijamin. Bergantung kepada prestasi dana, Nilai PIA atau PUA bagi i-Saver Rider (jika berkenaan) mungkin berkurang dan Sijil berpotensi menjadi luput. Risiko pelaburan di bawah pelan ini akan ditanggung oleh anda dan jumlah PIA atau PUA bagi i-Saver Rider (jika berkenaan) mungkin berkurangan daripada jumlah caruman yang dicarum ke dalam dana.
  8. Menyertai sebuah pelan Takaful Keluarga adalah satu komitmen kewangan jangka panjang. Sekiranya anda tidak membayar caruman anda di dalam tempoh tenggang selama 30 hari, Sijil anda akan luput. Nilai tunai terkumpul yang anda mungkin perolehi sekiranya anda menamatkan Sijil sebelum tempoh matang akan berjumlah jauh lebih rendah daripada jumlah caruman yang telah anda bayar.
  9. Jika Sijil anda beralih daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atau anda mengganti Sijil semasa anda dengan Sijil lain dengan Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu menghantar permohonan yang mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian.

Risalah ini adalah untuk maklumat am sahaja dan bukanlah satu kontrak Takaful Keluarga. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat dan Risalah Pemberitahuan Produk bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri penting dan manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini.

i-Great Chinta merupakan produk yang patuh Syariah.


Great Eastern Takaful Berhad adalah ahli PIDM. Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. PERLINDUNGAN PIDM UNTUK MANFAAT YANG DIBAYAR DARIPADA BAHAGIAN UNIT SIJIL/PRODUK INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT TERTENTU. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Great Eastern Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).