1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.

2. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Get In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

 

3. Laporan Dana Berkaitan Pelaburan 2025 Kini Tersedia di sini

 

4. Pengumuman berhubung pengemaskinian pengaturan perkhidmatan bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad. Ketahui lebih lanjut.

 

5. Semak dan Kemaskini Penama Anda!
Kami menggalakkan anda untuk menyemak dan mengemaskini butiran penamaan yang sedia ada dari semasa ke semasa.
Log masuk i-Get In Touch → Permohonan Perkhidmatan Saya → Pelantikan/Penukaran Penama sebagai Benefisiari/Wasi.

 

6. Pastikan Butiran Anda Dikemaskini!
Alamat surat-menyurat, nombor telefon dan alamat e-mel anda adalah penting untuk memastikan kami dapat menghubungi anda serta menyampaikan maklumat dan notis penting berkaitan sijil Takaful anda.Log masuk ke i-Get In Touch → Permohonan Perkhidmatan Saya → Kemaskini Maklumat Peribadi untuk mengemas kini butiran anda.

 

Rider Produk Takaful

Tingkatkan perlindungan anda dengan pelbagai rider takaful yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful. Rider ini direka khas untuk melengkapkan pelan takaful asas anda, memberikan perlindungan lebih menyeluruh dan fleksibel.

Ketahui apa itu rider dalam takaful dan bagaimana ia dapat memberikan perlindungan tambahan untuk keperluan anda. Dengan pilihan rider dalam takaful, anda boleh menikmati manfaat tambahan seperti perlindungan perubatan lanjutan, perlindungan pendapatan, serta perlindungan penyakit kritikal.

Pilih rider yang sesuai hari ini untuk ketenangan minda yang lebih baik.

    Rider Pelan Perlindungan Asas

    Rider pembayaran caruman yang mana caruman masa hadapan bagi sijil akan dibayar daripada Dana Tabarru’ sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya penuh dan kekal, atau penyakit kritikal kepada pencarum.

    Rider pembayaran caruman yang menyediakan perlindungan apabila berlaku kematian, hilang upaya penuh dan kekal, hilang upaya kekal atau sementara, disebabkan semata-mata dan secara langsung oleh kemalangan. Rider ini juga membayar balik perbelanjaan perubatan dan menyediakan manfaat tanggung rugi mingguan bagi kemasukan hospital di hospital kerajaan Malaysia. Jumlah Perlindungan bagi rider ini akan bertambah sebanyak 5% setiap tahun, berdasarkan Jumlah Perlindungan asal bagi rider sehingga maksimum 150% daripada Jumlah Perlindungan asal rider.

    Rider pembayaran caruman yang membayar tuntutan bagi pelbagai jenis penyakit kritikal mahu pun pelbagai tahap penyakit kritikal yang sama, dengan syarat keadaan yang ditakrifkan terlebih dahulu telah dipenuhi. Rider ini mestilah disertakan berserta i-Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider.

    Rider pembayaran caruman yang menyediakan manfaat tunai harian (“Manfaat Kemasukan Hospital”) semasa kemasukan hospital kerana sakit atau kecederaan kemalangan.

    Rider pembayaran caruman yang menyediakan perlindungan bagi penyakit kritikal. Ia juga menyediakan perlindungan tambahan penyakit kritikal kanak-kanak bagi Orang yang Dilindungi berumur 1 hingga 18 tahun hari lahir berikutnya. Rider ini akan mengurangkan Jumlah Perlindungan Asas bagi pelan asas.

    Rider pembayaran caruman yang mana pembayaran caruman masa hadapan bagi sijil akan dibayar daripada Dana Tabarru’ sekiranya Orang yang Dilindungi menghadapi hilang upaya penuh dan kekal atau penyakit kritikal.

    Rider pembayaran caruman yang memberikan perlindungan apabila berlaku kematian Orang yang Dilindungi akibat kemalangan, sebagai tambahan kepada manfaat kematian yang disediakan dibawah pelan asas.

    Rider pembayaran caruman bagi tujuan perlindungan yang mana pembayaran caruman masa hadapan bagi sijil akan dibayar daripada Dana Tabarru’ sekiranya Orang yang Dilindungi menghidapi penyakit kritikal.

    Rider pembayaran caruman bagi tujuan perlindungan yang mana caruman masa hadapan bagi sijil akan dibayar daripada Dana Tabarru’ sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya penuh dan kekal, atau penyakit kritikal kepada pencarum.

    Rider pembayaran caruman yang mana jumlah perlindungan rider akan dibayar daripada Dana Tabarru’ untuk membantu pembayaran caruman masa hadapan bagi sijil sekiranya Orang yang Dilindungi menghadapi hilang upaya penuh dan kekal atau penyakit kritikal.

    Rider pembayaran caruman yang mana jumlah perlindungan rider akan dibayar daripada Dana Tabarru’ untuk membantu pembayaran caruman masa hadapan bagi sijil sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya penuh dan kekal, atau penyakit kritikal kepada pencarum.

    Rider pembayaran caruman yang menyediakan perlindungan bagi penyakit kritikal. Ia juga menyediakan perlindungan tambahan penyakit kritikal kanak-kanak bagi Orang yang Dilindungi berumur 1 hingga 18 tahun hari lahir berikutnya. Jumlah perlindungan rider ini adalah tambahan kepada jumlah perlindungan pelan asas.

    i-Protection Booster Rider ialah caruman berbayar yang meningkatkan tahap perlindungan seiring dengan pertambahan komitmen hidup. Jumlah Perlindungan akan meningkat secara automatik sebanyak 100% daripada jumlah asal setiap 5 tahun, sehingga maksimum 9 kali peningkatan sepanjang tempoh pelan.

    i-Medi Shield Rider ialah pelan rider Takaful Perubatan dan Kesihatan yang memberikan perlindungan bagi kos kemasukan ke hospital dan pembedahan. Rider ini boleh dilampirkan kepada pelan Takaful Keluarga Bertempoh dengan caruman berkala yang dipilih.

    Rider Takaful Perubatan dan Kesihatan yang menyediakan perlindungan bagi kos kemasukan ke hospital dan pembedahan. Boleh dilampirkan kepada pelan Takaful Keluarga dengan caruman tetap yang terpilih. Kadar caruman tahunan akan diselaraskan secara berperingkat mengikut umur kemasukan dan umur semasa peserta yang dilindungi.

    Rider Takaful Perubatan dan Kesihatan yang disatukan dalam pelan The Great Journey, menawarkan perlindungan bagi kos kemasukan ke hospital dan pembedahan. Boleh dilampirkan kepada pelan Takaful Keluarga dengan caruman tetap yang terpilih.

    Rider caruman tambahan yang memperuntukkan 95% daripada caruman yang dibayar ke dalam Akaun Individu Peserta bagi tujuan simpanan dan pelaburan.

    Rider Takaful Perubatan dan Kesihatan yang menawarkan perlindungan hospitalisasi dan pembedahan pada tahap yang lebih komprehensif, bagi memberikan perlindungan perubatan yang dipertingkatkan. Boleh dilampirkan kepada pelan Takaful Keluarga bertempoh dengan caruman tetap yang terpilih.


    Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Great Eastern Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

    Rider Pelan Simpanan dan Pelaburan

    Rider pembayaran caruman tambahan yang mana 95% daripada caruman dibayar akan diperuntukkan ke Akaun Unit Peserta hanya untuk tujuan simpanan dan pelaburan.

    Rider potongan unit yang memastikan caruman masa hadapan yang ditetapkan di bawah sijil akan dibayar daripada Dana Tabarru’ sekiranya Peserta yang Dilindungi didiagnosis dengan penyakit kritikal.

    Rider potongan unit yang memastikan caruman masa hadapan yang ditetapkan di bawah sijil akan dibayar daripada Dana Tabarru’ sekiranya pembayar caruman meninggal dunia, mengalami Hilang Upaya Penuh dan Kekal, atau didiagnosis dengan penyakit kritikal.

    Rider potongan unit yang menyediakan perlindungan sekiranya berlaku penyakit kritikal. Rider ini membolehkan Jumlah Perlindungan Asas di bawah pelan asas dibayar lebih awal apabila tuntutan penyakit kritikal yang dilindungi dibuat.


    PERLINDUNGAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PIDM) UNTUK MANFAAT YANG DIBAYAR DARIPADA BAHAGIAN UNIT SIJIL/PRODUK INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT TERTENTU. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Great Eastern Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).