Bersama Komuniti
Literasi Kewangan
Didorong oleh aspirasi “Mencapai Kejayaan”, Great Eastern Takaful komited untuk menyokong komuniti melalui inisiatif yang memperkasakan golongan yang memerlukan serta memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan.
Literasi Kewangan di Sekolah
Great Eastern Takaful mempromosikan literasi kewangan dalam kalangan pelajar melalui Program Jelajah GREAT Hero Lestari. Program ini menggabungkan pendidikan kewangan dengan kesedaran alam sekitar bagi melengkapkan pelajar dengan kemahiran hidup yang penting sambil menggalakkan amalan lestari.
Melalui inisiatif ini, Great Eastern Takaful berhasrat untuk membentuk generasi yang bukan sahaja celik kewangan, malah peka terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar. Selain meningkatkan kesedaran mengenai pengurusan kewangan, program ini turut menekankan bagaimana pilihan harian, termasuk amalan kitar semula dan guna semula (upcycling), dapat menyumbang kepada kesejahteraan kewangan serta masa depan yang lebih mampan. Di samping itu, para pelajar turut didedahkan kepada kepentingan perlidungan kewangan serta potensi dan peluang kerjaya dalam industri takaful.
Selaras dengan aspirasi “Mencapai Kejayaan”, sesi bersama sekolah ini dirangka secara interaktif dan praktikal bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para pelajar.
Elemen utama yang diterapkan dalam program semasa sesi penglibatan di sekolah merangkumi:
- Memahami konsep wang dan peranannya dalam kehidupan harian
- Membezakan antara keperluan dan kehendak
- Mengamalkan tabiat perbelanjaan yang bertanggungjawab
- Membina disiplin dalam amalan menabung
- Membuat keputusan kewangan yang bijak dan bermaklumat
- Memupuk kesedaran alam sekitar melalui amalan kitar semula dan guna semula
Melalui Program Jelajah GREAT Hero Lestari, Great Eastern Takaful terus komited dalam memperkasa pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal bagi membantu mereka membuat keputusan kewangan yang lebih bijak. Pada masa yang sama, program ini turut menginspirasikan mereka untuk menyumbang ke arah masa depan yang lebih lestari dan bertanggungjawab.
Inisiatif Kelestarian Kami
Terokai inisiatif kelestarian kami di bawah: