1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Great In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

i-Medi Evolusi Rider | Langkah bijak, kesihatan terjaga dengan kad perubatan pesakit luar

i-Medi Evolusi Rider ialah rider Takaful Perubatan yang menawarkan perlindungan menyeluruh dengan had tahunan tinggi sehingga RM2 juta. Ia menyediakan rawatan pesakit luar untuk sekurang-kurangnya 8 penyakit yang dilindungi dengan ko-takaful sebanyak 5%. Pelan ini disertakan dengan laluan penjagaan kesihatan yang diberikan melalui rangkaian klinik dan hospital di bawah "The Great Journey".

Product Summary Muat turun brosur

Manfaat-manfaat utama

  • Circle Image

    The Great Journey menawarkan pelanggan pengalaman penjagaan kesihatan yang lancar

    Manfaat ini disokong melalui rangkaian klinik dan hospital yang tersenarai dibawah The Great Journey untuk menyediakan penjagaan berkualiti tinggi pada kos yang berpatutan, dengan bantuan dan sokongan khas semasa mendapatkan rawatan.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut.

  • Circle Image

    Had Tahunan Keseluruhan yang Tinggi (OAL) sehingga RM2 Juta

    Dapatkan Had Tahunan Keseluruhan yang Tinggi (OAL) RM1,500,000 atau RM2,000,000 dan uruskan perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka dengan yakin.

  • Circle Image

    Pilihan Deduktibel sehingga RM20,000

    Pilihan amaun deduktibel yang akan ditawarkan di bawah pelan bermula dengan pilihan RM500, RM3,000 dan RM20,000 bersama opsyen persaraan.

  • Circle Image

    8 Rawatan Tambahan Utama untuk Pesakit Luar

    Dapatkan perlindungan untuk rawatan pesakit luar lain seperti:

    - Demam Denggi

    - Virus Zika

    - Demam Chikungunya

    - Influenza A & B

    - Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

    - Bronchitis

    - Pneumonia

Bagaimana i-Medi Evolusi Rider berfungsi?

Great Eastern

Bagaimana The Great Journey berfungsi?

Great Eastern

Kami hubungkan anda dengan perunding Takaful yang berkelayakan

Perunding Takaful kami akan menjawab sebarang soalan yang anda ada mengenai perancangan kewangan dan produk kami.

Request Callback

Bagaimana kami boleh bantu anda?

Terima Kasih

Penghantaran anda telah beryaja dihantar.

Ok

Ralat

Penghantaran anda gagal. Sila cuba lagi.

Ok

Fahami sebelum sertai

1. i-Medi Evolusi Rider adalah rider Takaful Perubatan dan Kesihatan meliputi perbelanjaan penghospitalan dan pembedahan dengan pembayaran caruman tetap yang dilampirkan pada pelan Takaful Keluarga bertempoh dengan caruman berkala yang terpilih.

2. Semua umur yang dinyatakan di dalam risalah ini merujuk kepada umur hari lahir berikutnya.

3. Anda seharusnya berpuas hati bahawa rider-rider ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar sehingga akhir tempoh Sijil rider ini adalah amaun yang anda mampu bayar.

4. Anda boleh berhenti membayar caruman dan masih menikmati perlindungan selagi terdapat jumlah amaun yang mencukupi di dalam Akaun Individu Peserta untuk membayar Tabarru’, jika berkenaan. Namun terdapat kemungkinan Sijil menjadi luput apabila caj yang dikenakan, termasuk Tabarru’, melebihi jumlah amaun yang ada di dalam Akaun Individu Peserta. Menyertai terlalu banyak rider atau memilih tahap perlindungan yang terlalu tinggi mungkin akan mengurangkan nilai tunai. Bergantung kepada prestasi dana, Nilai Akaun Individu Peserta mungkin menurun dan Sijil berpotensi untuk luput.

5. Apabila rider ditamatkan, diberhentikan atau luput, tiada manfaat akan dibayar daripada Dana Tabarru’.

6. “Tempoh Rujukan Percuma” selama 15 hari daripada tarikh anda menerima Sijil diberikan kepada anda untuk meneliti kesesuaian rider Takaful Perubatan dan Kesihatan ini. Jika Sijil ini dikembalikan kepada kami dalam tempoh ini, kami akan mengembalikan suatu amaun yang bersamaan dengan jumlah caruman yang dibayar ditolak dengan belanja perubatan (jika ada).

7. Jika anda menukar rider daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atau jika anda menukar rider semasa anda dengan pelan asas, atau sebaliknya, dengan Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu menghantar permohonan yang mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian

Tertakluk pada terma & syarat. Maklumat di atas adalah untuk maklumat am sahaja dan bukanlah satu kontrak takaful keluarga. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri penting dan manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini. 

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)  sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Great Eastern Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).