1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Get In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.


4.Pejabat dan cawangan Great Eastern di seluruh negara (kecuali Sabah) akan ditutup
Pada jam 1.00 tengah hari pada 24 Disember 2025 (Rabu) sempena cuti Krismas. Cawangan Sabah akan ditutup sepenuhnya dari jam 8.30 pagi hingga 5.15 petang pada 24 Disember 2025 (Rabu). Operasi perniagaan akan diteruskan seperti biasa pada 26 Disember 2025 (Jumaat). Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami.
 

5. Kami sedia membantu 
Hubungi kami pada bila‑bila masa.

The Great Journey

Penilaian Tepat, Rawatan Berpatutan - Kini dan Masa Hadapan

Lalui perjalanan yang lebih bijak bersama The Great Journey untuk penjimatan dan penjagaan kesihatan yang berkualiti. Kami akan membantu anda mendapatkan rawatan yang tepat dari awal melalui rangkaian klinik dan hospital yang dipercayai. Sepanjang perjalanan ini, anda bukan sahaja akan menikmati perkhidmatan tambahan yang memudahkan, tetapi juga penjimatan kos yang lebih berpatutan.

The Great Journey Clinic dan The Great Journey Hospital

Klinik

Lawati klinik di bawah rangkaian The Great Journey untuk penjagaan awal. Dengan pelan perubatan baharu, 8 jenis rawatan pesakit luar dilindungi dengan pengaturan ko-takaful sebanyak 5%. Untuk kemasukan ke hospital yang perlu, kos konsultasi klinik akan ditanggung di bawah manfaat pra-kemasukan hospital, untuk sebarang keadaan.

text scroll with right image
Senarai Keadaan yang Dilindungi untuk Rawatan Pesakit Luar:
  • Demam Denggi
  • Virus Zika
  • Demam Chikungunya
  • Influenza A
  • Influenza B
  • Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut
  • Bronchitis
  • Pneumonia
  • Gastroenteritis Akut*
  • Bronkiolitis Akut*
  • Sinus Akut*
  • Tonsilitis Aku*

Nota: * Keadaan ini akan disemak dan mungkin disertakan atau dikecualikan dari semasa ke semasa, dan keadaan(-keadaan) baharu boleh disertakan atau dikecualikan dari semasa ke semasa.

Hospital

Sebanyak 85 hospital di seluruh negara untuk penjagaan menyeluruh. Menawarkan perkhidmatan tambahan yang memudahkan proses kemasukan dan mewujudkan pengalaman yang lancar. Dengan pelan perubatan baharu yang disepadukan di bawah The Great Journey, terdapat diskaun Tabarru’ ≥ 20%. Walau bagaimanapun, jika perjalanan tidak dipatuhi, ko-takaful sebanyak 20% akan dikenakan ke atas jumlah tuntutan.

text scroll with right image
Pelanggan yang dimasukkan ke hospital di bawah rangkaian The Great Journey akan menikmati akses eksklusif berikut
  • Pengecualian deposit dan caj admin seperti deposit kemasukan, yuran kemasukan, caj gelang ID, dan ujian saringan COVID-19.
  • Kaunter khas pendaftaran untuk pelanggan Great Eastern.
  • Program Kiddo Express – Kemasukan pantas
  • Discaj tanpa pengeluaran surat jaminan dengan deposit minimum.
  • Pek kemasukan dan buah tangan
  • Great Assist – Bantuan khas semasa di hospital

Nota: Terma & syarat dikenakan. Keistimewaan diberikan berdasarkan usaha terbaik dan tertakluk kepada ketersediaan.