1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Great In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

The Great Journey

Penilaian Tepat, Rawatan Berpatutan - Kini dan Masa Hadapan

Lalui perjalanan yang lebih bijak bersama The Great Journey untuk penjimatan dan penjagaan kesihatan yang berkualiti. Kami akan membantu anda mendapatkan rawatan yang tepat dari awal melalui rangkaian klinik dan hospital yang dipercayai. Sepanjang perjalanan ini, anda bukan sahaja akan menikmati perkhidmatan tambahan yang memudahkan, tetapi juga penjimatan kos yang lebih berpatutan.

Soalan Lazim

The Great Journey ialah perjalanan penjagaan kesihatan yang diperhalus, direka untuk memberikan penjagaan berkualiti dan menjimatkan melalui rangkaian penyedia penjagaan kesihatan yang dipercayai. Pelanggan akan memulakan penjagaan kesihatan dengan mendapatkan rawatan di The Great Journey Clinic dan apabila diperlukan, akan dirujuk ke The Great Journey Hospital untuk rawatan lanjut dengan pengalaman yang lebih lancar.

Pelanggan yang mendapatkan rawatan di dalam rangkaian The Great Journey akan menerima sokongan tambahan dan perkhidmatan dengan nilai tambahan untuk meningkatkan pengalaman perjalanan mereka. Ini mencerminkan usaha berterusan kami untuk meningkatkan akses penjagaan kesihatan dan kualiti perkhidmatan bagi pelanggan kami.

The Great Journey Hospital adalah dipilih khas daripada panel sedia ada kami yang mencerminkan kerjasama yang komited dan sejajar dengan matlamat kami terhadap penjagaan berkualiti, kemampuan dan penambahbaikan pengalaman pelanggan.

The Great Journey Hospital adalah hospital-hospital yang komited untuk memberikan nilai tambahan dan sokongan yang dipertingkatkan kepada pelanggan melalui kerjasama yang lebih erat dengan GETB di bawah inisiatif The Great Journey. Senarai The Great Journey Hospital adalah tertakluk kepada semakan pihak pengurusan.

Pelanggan yang dimasukkan ke hospital di dalam rangkaian The Great Journey akan mendapat manfaat daripada pelbagai keistimewaan eksklusif yang direka untuk meningkatkan pengalaman keseluruhan mereka, seperti:

Penepian Caj Pentadbiran

Termasuk caj yang biasanya tidak dilindungi oleh pelan perubatan seperti Yuran Kemasukan, Yuran Pendaftaran, Yuran Rekod Perubatan, dan Band ID.

Penepian Ujian Saringan Covid-19

Terpakai untuk saringan yang dijalankan semasa kemasukan. Tidak terpakai jika ujian dilakukan semata-mata atas sebab diagnostik.

Penepian Deposit Tunai Kemasukan

Deposit tunai semasa kemasukan diketepikan untuk memudahkan kemasukan. Walaubagaimanapun, Hospital boleh mengutip deposit bagi perkara berikut: collect deposit in the following:

(1)   Untuk rundingan/penyiasatan/rawatan di jabatan Kecemasan sebelum Keputusan untuk kemasukan Pesakit Dalam.

(2)   Sebelum pengeluaran Surat Jaminan (GL) awal.

(3)  Melebihi had sijil/kelayakan atau amaun yang tidak dilindungi oleh GL seperti ko-takaful, deduktibel, dan perbelanjaan yang berkaitan dengan pengecualian sijil.

(4)  GL ditolak.

 

Perkhidmatan Kemasukan Keutamaan

Kaunter kemasukan khusus/mesin tiket/ruang rehat untuk menyokong pengalaman yang lebih lancar untuk pelanggan GETB.

Kiddo Express Programme

Kemasukan yang diperkemas dan tanpa kerumitan untuk Orang yang Dilindungi yang berumur 12 tahun ke bawah terpakai kepada 10 diagnosis jangkitan akut terpilih, tanpa perlu menunggu pemprosesan Surat Jaminan (GL).

Pelepasan tanpa Surat Jaminan Akhir (FGL) dengan deposit minimum

Hospital akan meneruskan proses pelepasan tanpa menunggu FGL dengan mengutip sedikit deposit (RM300-RM500) untuk menampung anggaran caj tidak dilindungi. Ini adalah tambahan kepada sebarang ko-takaful atau boleh ditolak, jika berkenaan.  

Tanda Prihatin semasa Kemasukan

Barangan eksklusif seperti bakul buah-buahan, hadiah kemasukan dengan kad ucapan, makanan/baucar percuma untuk penjaga bagi kemasukan pesakit dalam dengan penginapan minimum satu (1) malam (tidak termasuk kes kemasukan ke pusat jagaan harian & ICU). Item ini disediakan oleh hospital yang mengambil bahagian atas dasar usaha terbaik, pada hari bekerja, tertakluk pada ketersediaan dan mungkin berubah dari semasa ke semasa.  

Kemudahan GL bergantung pada terma dan syarat pelan perubatan masing-masing.

Bagi pelanggan i-Medi Evolusi Rider, GL hanya akan dikeluarkan untuk kemasukan ke Hospital dalam rangkaian The Great Journey, tertakluk kepada terma dan syarat.

Sekiranya GL tidak dikeluarkan, anda perlu membayar bil sepenuhnya dan kami akan membayar balik amaun yang layak (selepas ditolak dengan co-payment bayaran bersama) pada masa tuntutan.

Kemudahan GL kekal tersedia untuk semua Hospital Panel yang dilantik untuk pelan perubatan lain. Walaubagaimanapun, keistimewaan tambahan adalah eksklusif untuk hospital di dalam rangkaian The Great Journey.

The Great Journey Clinic adalah klinik pengamal am (GP) yang merupakan sebahagian daripada inisiatif The Great Journey. Dengan The Great Journey Clinic, kami komited untuk menjadikan penjagaan kesihatan primer berkualiti lebih mudah untuk diakses untuk anda dan keluarga anda. Rangkaian klinik yang berdedikasi menyediakan penjagaan yang dipercayai berhampiran dengan anda dan memastikan peralihan yang lancar ke The Great Journey Hospital untuk rawatan lanjut apabila perlu. Kami sedia ada untuk anda, dalam setiap langkah penjagaan kesihatan anda.

Laluan rawatan bergantung kepada terma dan syarat pelan perubatan yang berkenaan.

Bagi pelan perubatan yang mengguna pakai The Great Journey, pelanggan perlu mendapatkan rawatan awal di The Great Journey Clinic, dan mendapatkan rujukan ke The Great Journey Hospital sekiranya rawatan lanjut diperlukan.

Bagi pelan perubatan yang lain, rawatan awal di The Great Journey Clinic adalah tidak wajib, tetapi pelanggan adalah digalakkan untuk mengikuti laluan The Great Journey untuk pengalaman penjagaan kesihatan yang lebih teratur.

Pelanggan dinasihatkan untuk merujuk kepada dokumen sijil, atau berunding dengan ejen mereka, atau menghubungi talian penjagaan Perkhidmatan Kesihatan kami untuk mengesahkan butiran pelan perubatan mereka.

Pelanggan boleh hubungi talian penjagaan Perkhidmatan Kesihatan kami di 1300-1300-18.


Nota: Soalan Lazim ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.