1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.

2. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Get In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

 

3. Laporan Dana Berkaitan Pelaburan 2025 Kini Tersedia di sini

 

4. Pengumuman berhubung pengemaskinian pengaturan perkhidmatan bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad. Ketahui lebih lanjut.

 

5. Semak dan Kemaskini Penama Anda!
Kami menggalakkan anda untuk menyemak dan mengemaskini butiran penamaan yang sedia ada dari semasa ke semasa.
Log masuk i-Get In Touch → Permohonan Perkhidmatan Saya → Pelantikan/Penukaran Penama sebagai Benefisiari/Wasi.

 

6. Pastikan Butiran Anda Dikemaskini!
Alamat surat-menyurat, nombor telefon dan alamat e-mel anda adalah penting untuk memastikan kami dapat menghubungi anda serta menyampaikan maklumat dan notis penting berkaitan sijil Takaful anda.Log masuk ke i-Get In Touch → Permohonan Perkhidmatan Saya → Kemaskini Maklumat Peribadi untuk mengemas kini butiran anda.

 

Perubahan alamat/telefon (hanya terpakai jika orang yang dilindungi bukan pemilik Sijil)

Nota penting:

Kami hanya menerima penghantaran borang/surat melalui i-Get In Touch ("iGIT"). Pemilik sijil dinasihatkan untuk memuat naik borang/surat tersebut dalam iGIT. Walau bagaimanapun, jika pemilik sijil tidak dapat memuat naik surat dalam iGIT, pemilik sijil boleh meminta ejen perkhidmatan untuk memuat naik surat tersebut melalui i-Great Partner dengan alasan yang sah dinyatakan dalam borang/surat.

Sila nasihatkan pelanggan anda untuk mengemas kini alamat e-mel/ no telefon melalui i-Get In Touch (iGIT).

Pautan seperti di bawah:
iGIT > Akaun Saya > Melihat Profil > Maklumat Profil > Kemas Kini

Sebagai alternatif, pemilik sijil boleh mengemas kini alamat e-mel dengan menulis kepada kami, atau mengisi Borang Perubahan Butiran Diri (PSF01A) dan hantar melalui e-mel atau ejen servis. Anda boleh klik pautan ini untuk memuat turun borang.

Sebaik sahaja kami menerima borang/surat permohonan, alamat e-mel/no hubungan akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja. 

Persetujuan daripada penama/pemegang amanah/penerima serah hak tidak diperlukan.

Pemilik sijil boleh menulis atau mengisi Borang Perubahan Butiran Diri (PSF01A) dan mengemukakan kepada Great Eastern Takaful melalui e-mel atau ejen bersama dengan salinan kad pengenalan yang telah disahkan.

Sebagai alternatif, pemilik sijil juga boleh memuat
naik borang tersebut di halaman portal pelanggan i-Get In Touch ("iGIT") di Penghantaran Borang Saya > Perubahan Sijil.