1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.

2. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Get In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

 

3. Laporan Dana Berkaitan Pelaburan 2025 Kini Tersedia di sini

 

4. Pengumuman berhubung pengemaskinian pengaturan perkhidmatan bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad. Ketahui lebih lanjut.

 

5. Semak dan Kemaskini Penama Anda!
Kami menggalakkan anda untuk menyemak dan mengemaskini butiran penamaan yang sedia ada dari semasa ke semasa.
Log masuk i-Get In Touch → Permohonan Perkhidmatan Saya → Pelantikan/Penukaran Penama sebagai Benefisiari/Wasi.

 

6. Pastikan Butiran Anda Dikemaskini!
Alamat surat-menyurat, nombor telefon dan alamat e-mel anda adalah penting untuk memastikan kami dapat menghubungi anda serta menyampaikan maklumat dan notis penting berkaitan sijil Takaful anda.Log masuk ke i-Get In Touch → Permohonan Perkhidmatan Saya → Kemaskini Maklumat Peribadi untuk mengemas kini butiran anda.

 

Perubahan alamat/telefon (hanya terpakai jika orang yang dilindungi bukan pemilik Sijil)

Nota penting:

Kami hanya menerima penghantaran borang/surat melalui i-Get In Touch ("iGIT"). Pemilik sijil dinasihatkan untuk memuat naik borang/surat tersebut dalam iGIT. Walau bagaimanapun, jika pemilik sijil tidak dapat memuat naik surat dalam iGIT, pemilik sijil boleh meminta ejen perkhidmatan untuk memuat naik surat tersebut melalui i-Great Partner dengan alasan yang sah dinyatakan dalam borang/surat.

Anda boleh mengemas kini alamat anda dengan menulis kepada kami, atau mengisi Borang Perubahan Butiran Diri (PSF01A) dan serahkan melalui e-mel, pos atau melalui ejen servis anda.

Sebagai alternatif, anda juga boleh menukar alamat anda melalui portal pelanggan - i-Get In Touch ("iGIT"). Pautan seperti di bawah:
iGIT > Akaun Saya > Lihat Profil > Alamat Sijil > Kemas kini

Sebaik sahaja kami menerima borang / surat, alamat baharu anda akan dikemas kini dalam masa 3 hari bekerja.

Permintaan Perkhidmatan melalui iGIT* akan dikemas kini serta-merta.

Nota: Jika transaksi permintaan perkhidmatan di atas dilakukan pada waktu perniagaan, maklumat akan dikemas kini terus ke dalam sistem masing-masing pada hari yang sama, dan jika transaksi dilakukan selepas waktu perniagaan, ia akan dikemas kini pada hari berikutnya.

Ibu bapa boleh meminta pertukaran alamat dengan syarat ibu bapa adalah pemilik sijil kerana hanya pemilik sijil berhak meminta perubahan pada sijil.

Pemegang serah hak mutlak boleh meminta untuk menukar alamat surat-menyurat.

Pemilik sijil perlu menyerahkan permintaan untuk mengemas kini alamat penama/pemegang amanah/penerima serah hak bersyarat.

Kebenaran daripada penama tidak diperlukan.