1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Get In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

 

4. Waktu Operasi Sepanjang Bulan Ramadan

5. Muat Turun Penyata 2025 Anda melalui i-Get In Touch (“IGIT”)”

Soalan Lazim

Langkah interim


NOTA:


Nota: Sekiranya soalan anda tidak dijawab di dalam Soalan Lazim ini, kami menghargai kesabaran dan pemahaman anda dimana kami akan menyediakan kemas kini dari semasa ke semasa.


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana langkah-langkah interim akan memberi kesan kepada sijil anda, sila pilih ulang tahun sijil anda di bawah untuk maklumat lanjut. Anda boleh merujuk tarikh ulang tahun sijil anda dalam pek komunikasi anda di bawah endorsmen (Jadual Takaful L). 
 

i. Pengagihan (spread out) kuantum dalam semakan semula caj Tabarru’ dan caruman*

Semakan caj Tabarru’ dan caruman akan diagihkan sepanjang tempoh interim^ di mana sekurang-kurangnya 80% peserta Takaful dijangka mengalami kenaikan caj Tabarru’ dan caruman kurang daripada 10%. Semakan tersebut akan dinilai semula selepas tempoh interim berakhir dan mungkin lebih tinggi atau lebih rendah daripada unjuran semasa bergantung kepada keberkesanan strategi kawalan kos yang akan dilaksanakan.

^Tempoh Interim ditakrifkan sebagai semakan semula kadar MHIT yang bermula pada tahun 2024, 2025 dan 2026.

ii. Penangguhan sementara bagi semakan semula caj Tabarru' dan caruman*

Bagi Orang yang Dilindungi berusia 60 tahun dan ke atas yang menyertai pelan minimum, iaitu bilik dan penginapan yang paling rendah dalam rangkaian pelan perubatan yang ditawarkan (rujuk FAQ 3), semakan caj Tabarru’ dan caruman akan ditangguhkan sementara selama satu tahun. Semakan tersebut akan disambung semula pada tahun berikutnya dengan mengambil kira langkah interim.

*Ini adalah tidak terpakai sekiranya semakan caj Tabarru’ dan caruman disebabkan oleh perubahan dalam kumpulan umur.

iii. Penguatkuasaan semula Sijil

Peserta Takaful dengan sijil MHIT yang telah luput atau diserahkan pada tahun 2024 akibat semakan semula caj pelan perubatan boleh menghantar permohonan untuk menguatkuasakan semula dan tidak akan tertakluk kepada keperluan pengunderaitan tambahan.

iv. Pilihan produk MHIT alternatif

Terdapat pelbagai produk MHIT alternatif ditawarkan oleh GETB sebagai pilihan tambahan untuk pelan perubatan yang sedang disemak semula.

Caj Tabarru’ dan caruman yang disemak semula (dengan mengambil kira langkah interim) akan berkuat kuasa pada tarikh seperti yang berikut:

Jenis Pelan Name Pelan Tarikh Berkuatkuasa
Berkaitan Pelaburan
  • i-Medik Rider (H02U - H06U, A410 - A414)
  • i-Medik Xtra Rider (J27 - J30)
1 Januari 2025
 
  • i-Medik Xtender Rider (J33 - J37)
20 Februari 2026
Tradisional
  • i-Medi Rider (j94 -J95,J116 -J117,J122 - J123)
  • i-Medik Asas (J22 - J25)
  • i-Great MediCare (0727)
1 Januari 2025
 
  • i-Great MediMax (0718 - 0720)
  • i-Great MediHarapan (0739 & 0757)
1 Jun 2025  

 

Nota:

  • Bagi i-Medik Asas (J22 – J25) dengan tarikh ulang tahun sijil antara 1 hingga 31 Januari 2025, lebihan caj Tabarru’ akan dikembalikan semula kepada anda selepas itu.
  • Bagi i-Great Medi Care (0727) dengan tarikh ulang tahun sijil antara 1 Januari hingga 9 Febuari 2025, lebihan caj Tabarru’ akan dikembalikan semula kepada anda selepas itu.

Anda boleh rujuk senarai di bawah bagi senarai pelan perubatan dan pelan minimum yang berkaitan:

  • i-Medik Rider: Bilik & Penginapan 100
  • i-Medik Xtra Rider: Bilik & Penginapan 150
  • i-Medi Rider: Bilik & Penginapan 150
  • i-Medik Asas: Bilik & Penginapan 150
  • i-Great Medi Care: Bilik & Penginapan 200

Bagi Umur Hari Lahir yang Berikutnya (ANB) 60 tahun dan ke atas dengan pelan minimum

Bagi Orang yang Dilindungi berusia 60 tahun dan ke atas dengan pemilihan pelan perubatan minimum, penangguhan sementara terhadap semakan caj Tabarru’ dan caruman akan dikenakan selama 1 tahun bermula dari tarikh ulang tahun sijil anda.

Selepas 1 tahun penangguhan sementara ini, pada ulang tahun sijil anda yang seterusnya , semakan semula akan disambung. Caj Tabarru’ dan caruman yang disemak semula akan mengambil kira pengagihan kuantum untuk semakan semula sepanjang tempoh interim.

Untuk Lain-lain

Semakan bagi caj Tabarru’ dan caruman anda akan mengambil kira pengagihan kuantum untuk semakan semula sepanjang tempoh interim. Semakan ini akan berkuat kuasa pada tarikh ulang tahun sijil anda yang seterusnya.

Bagi (ANB) 60 tahun dan ke atas dengan pelan minimum

Bagi Orang yang Dilindungi berusia 60 tahun dan ke atas dengan pemilihan pelan perubatan minimum, penangguhan sementara terhadap semakan caj Tabarru’ dan caruman akan dikenakan selama 1 tahun bermula dari tarikh ulang tahun sijil anda. Kami akan memaklumkan mengenai kelayakan anda melalui Whatsapp atau saluran bertulis yang lain dan anda boleh mengabaikan pek komunikasi yang diterima sebelum ini. Kami akan menghantar pek komunikasi yang baru apabila semakan semula untuk sijil anda disambung semula.

Sementara itu, kami mencadangkan agar anda terus membayar caruman seperti yang disarankan untuk memastikan sijil anda kekal berkuatkuasa. Lebihan caj Tabarru’ (jika ada) akan dikembalikan kepada sijil anda atau dikreditkan ke dalam akaun bank anda (yang mana berkenaan, bergantung kepada pelan anda).

Untuk Lain-lain

Semakan bagi caj Tabarru’ dan caruman akan mengambil kira pengagihan kuantum untuk semakan semula sepanjang tempoh interim. Semakan semula ini akan berkuat kuasa pada tarikh ulang tahun sijil anda seterusnya yang jatuh antara 1 Januari hingga 28 Februari 2025. Sekiranya anda telah menerima pek komunikasi mengenai semakan semula, kami akan menghantar pek komunikasi yang baru kepada anda dan notifikasi mengenai perkara ini dalam masa terdekat.

Sementara itu, kami mencadangkan agar anda terus membayar caruman seperti yang disarankan untuk memastikan sijil anda kekal berkuatkuasa. Lebihan caj Tabarru’ (jika ada) akan dikembalikan kepada sijil anda atau dikreditkan ke dalam akaun bank anda (yang mana berkenaan, bergantung kepada pelan anda).
 

Bagi ANB 60 tahun dan ke atas dengan pelan minimum

Bagi Orang yang Dilindungi berusia 60 tahun dan ke atas dengan pemilihan pelan perubatan minimum, penangguhan sementara terhadap semakan caj Tabarru’ dan caruman akan dikenakan selama 1 tahun bermula dari tarikh ulang tahun sijil anda pada 2024 hingga tarikh ulang tahun sijil anda yang seterusnya pada 2025. Lebihan caj Tabarru’ (jika ada) akan dikembalikan kepada sijil anda atau dikreditkan ke dalam akaun bank anda (yang mana berkenaan, bergantung kepada pelan anda).

Kami akan terus mengenakan caj Tabarru’ yang disemak semula atau kenaikan caruman seperti yang dinyatakan dalam pek komunikasi semakan semula kadar perubatan atau berdasarkan pilihan yang telah anda hantar kepada kami. Kami mencadangkan agar anda terus membayar caruman seperti yang disarankan untuk memastikan sijil anda kekal berkuat kuasa.

Untuk Lain-lain

Kami akan terus mengenakan caj Tabarru’ yang disemak semula atau kenaikan caruman seperti yang dinyatakan dalam pek komunikasi semakan semula kadar perubatan atau berdasarkan pilihan yang telah anda hantar kepada kami. Kami mencadangkan agar anda terus membayar caruman seperti yang disarankan untuk memastikan sijil anda kekal berkuat kuasa.

Anda boleh menulis kepada kami sehingga 31 Disember 2025 untuk memohon langkah interim sekiranya anda mempunyai isu kemampuan. Langkah ini akan berkuat kuasa selepas tarikh permohonan anda dan tarikh caruman berikutnya bagi sijil Takaful anda. Lebihan caj Tabarru’ (jika ada) akan dikembalikan kepada sijil anda atau dikreditkan ke dalam akaun bank anda (yang mana berkenaan, bergantung kepada pelan anda).

 

Pelarasan semula kadar menggunakan pendekatan berperingkat bagi memastikan keadilan dan kelestarian untuk kedua-dua pelan perubatan utama dan pelan perubatan tambahan anda.

Pelarasan semula kadar dilaksanakan berdasarkan pengalaman tuntutan bagi setiap rider secara berasingan. Ini bermakna pelarasan semula kadar untuk pelan utama anda adalah tidak bergantung kepada pelan tambahan anda, dan sebaliknya.

Pendekatan ini membantu menguruskan pelarasan caruman secara beransur-ansur dan memastikan setiap pelan mencerminkan pengalaman tuntutannya sendiri, sambil memberikan komunikasi yang jelas dan telus mengenai perubahan pada masa hadapan.

Anda boleh memohon untuk menguatkuasakan semula sijil Takaful dalam tempoh setahun daripada tarikh luput atau tarikh serahan anda tanpa pengunderaitan tambahan. Untuk penguatkuasaan yang dibuat sebelum 31 Ogos 2025, tempoh menunggu adalah tidak terpakai. Walau bagaimanapun, tiada perlindungan akan diberikan semasa tempoh sijil luput atau diserahkan. Permohonan boleh dihantar secara bertulis dan dimuatnaik ke portal pelanggan i-GET In Touch atau melalui e-mel/surat dan dihantar ke i-greatcare@greateasterntakaful.com.

Sebaik sahaja sijil anda dikuatkuasakan semula, semakan bagi caj Tabarru’ dan caruman seperti yang ditetapkan dalam langkah interim akan berkuat kuasa serta merta.

Langkah interim hanya terpakai kepada sijil Takaful yang terkesan oleh semakan semula kadar pelan perubatan pada tahun 2024, 2025 dan 2026.

Langkah interim bertujuan untuk memberi bantuan serta merta kepada peserta Takaful, namun realitinya, caj Tabarru’ dan caruman memerlukan semakan semula dalam masa terdekat melainkan perubahan sistematik dilaksanakan dalam seluruh ekosistem penjagaan kesihatan.

Memandangkan caj Tabarru’ semasa tidak mencukupi untuk menampung peningkatan kos penjagaan kesihatan dan inflasi perubatan, kami mungkin perlu mempergiatkan inisiatif pengawalan kos sebagai sebahagian daripada komitmen industri Takaful untuk menyediakan perlindungan penjagaan kesihatan yang boleh diakses, mampu milik, dan berkesan 

Ya, anda boleh berbincang dengan perunding Takaful anda untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pilihan-pilihan berikut:

  • Mengekalkan caruman semasa – Anda boleh menulis kepada GETB untuk permohonan keluar dari kenaikan caruman. Sila ambil maklum bahawa kemampanan sijil anda akan terjejas dan sijil mungkin luput lebih awal jika nilai tunai tidak mencukupi untuk menampung caj Tabarru’ yang disemak semula;
  • Menurunkan taraf pelan perubatan anda kepada pelan perlindungan yang lebih rendah untuk mendapatkan caj Tabarru’ yang lebih rendah;
  • Bertukar kepada pelan perubatan yang lain dengan pilihan bayaran bersama;
  • Mengurangkan jumlah perlindungan bagi pelan asas dan/atau rider(-rider) lain; atau
  • Menamatkan rider(-rider) atau manfaat(-manfaat) tambahan yang lain.

Walau bagaimanapun, adalah diingatkanbahawa sebarang perubahan pada manfaat Takaful anda akan memberi kesan kepada kelangsungan dan kelengkapan perlindungan anda.

Nota:
(i) Senarai pelan perubatan dengan pilihan pembayaran bersama:

  • i-Medi Shield Rider
  • i-Medi Shield Step Up Rider
  • i-Medi Shield Link Rider
  • i-Medi Evolusi Rider

(ii) Pengunderaitan akan dikecualikan dan tempoh menunggu tidak terpakai untuk pertukaran kepada pelan perubatan baru dengan had Bilik & Penginapan (R&B) yang sama atau lebih rendah (kecuali untuk pertukaran kepada i-Medi Evolusi Rider, kerana ia menyediakan Had Tahunan Keseluruhan yang lebih tinggi bagi semua pelan). Walau bagaimanapun, pengunderaitan dan tempoh menunggu akan terpakai sekiranya penukaran kepada R&B dan/atau Had Tahunan Keseluruhan yang lebih tinggi.

(iii) Penukaran hanya terpakai kepada produk berikut:

  • i-Medik Rider & i-Medik Xtra Rider: Pilihan untuk penukaran kepada i-Medi Shield Link Rider
  • i-Medi Rider & i-Medi Step Up Rider: Pilihan untuk penukaran kepada i-Medi Shield Rider atau i-Medi Shield Step Up Rider atau i-Medi Evolusi Rider

Kadar untuk pelan perubatan adalah berdasarkan peringkat umur yang telah dicapai. Kenaikan mungkin berlaku disebabkan oleh peningkatan kadar apabila umur anda mencapai kumpulan umur seterusnya.

Kenaikan caj Tabarru’ akan diagihkan mengikut langkah interim dan anda mungkin perlu menambah caruman untuk memastikan kemampanan sijil anda.

Semakan caj Tabarru’ (iaitu semakan semula kadar pelan perubatan) terutamanya didorong oleh pengalaman tuntutan yang semakin merosot disebabkan peningkatan kos perubatan, peningkatan diagnosis penyakit kronik atau gaya hidup yang membawa kepada kekerapan yang lebih tinggi untuk orang mendapatkan rawatan penjagaan kesihatan, peningkatan dalam yuran doktor atau caj makmal dan rawatan perubatan dan preskripsi ubat yang baharu/lebih maju.

Memandangkan tuntutan dibayar daripada Dana Tabarru’, trend tuntutan yang semakin meningkat telah mengurangkan Dana Tabarru’ dengan ketara dan ia mungkin tidak mencukupi untuk menampung tuntutan masa hadapan. Caj Tabarru’ untuk pelan perubatan yang berkenaan perlu disemak semula untuk memastikan kemampanannya. Tanpa pelaksanaan semakan semula kadar pelan perubatan, Dana Tabarru’ mungkin akan luput dan menimbulkan risiko sebenar dimana ia akan menjadi sukar untuk membayar pada tuntutan masa hadapan.

Takaful adalah berdasarkan konsep Tabarru’ di mana sebahagian daripada caruman yang dikumpul didermakan ke dalam Dana Tabarru’ untuk menyediakan membayar tuntutan.

Oleh yang demikian, semua peserta Takaful akan terjejas untuk memastikan Dana Tabarru’ dapat bertahan untuk membayar tuntutan kepada semua peserta Takaful. Ini adalah selaras dengan konsep kerjasama untuk membantu satu sama lain apabila berlaku musibah tanpa mengambil kira sama ada anda pernah membuat tuntutan sebelumnya atau tidak.

Untuk menampung kenaikan caruman, berikut adalah beberapa langkah yang perlu diambil oleh pelanggan kami yang terjejas. 

Cara Pembayaran Caruman kini Tindakan Diperlukan
Kad Kredit/ Kad Debit
Kad kredit/ debit anda akan dibilkan mengikut jumlah caruman yang disemak semula. Sila hubungi bank pengeluar kad anda untuk memastikan bahawa had pengeluaran harian kad membolehkan potongan caruman.  
Arahan Tetap Bank (Bank's Order) Sila berhubung dengan bank pilhan anda untuk meneruskan pembayaran jumlah caruman yang disemak semula.  
Biro
Perkhidmatan Angkasa (BPA)

Jika jumlah kenaikan caruman melebihi RM 50.00, anda dikehendaki menghantar salinan sah slip gaji pencarum yang terkini kepada kami untuk menukar jumlah potongan BPA anda.
 
Ia akan mengambil masa kira-kira 2 bulan untuk mendapatkan kelulusan daripada BPA untuk potongan caruman. Jika sijil anda mempunyai bayaran caruman tertunggak sebelum jumlah potongan BPA baru berkuat kuasa, anda boleh membuat potongan pembayaran caruman melalui JomPAY. Untuk pembayaran JomPAY, sila rujuk jadual penyelesaian pembayaran “Tunai / Cek” di bawah.

 
GIRO

Sila serahkan borang GIRO salinan cetak yang lengkap kepada kami bersama-sama dengan bayaran untuk caruman pendahuluan 2 bulan. Anda boleh membuat pembayaran caruman pendahuluan melalui JomPAY. Untuk pembayaran melalui JomPAY, sila rujuk jadual penyelesaian pembayaran “Tunai / Cek” di bawah.

Borang GIRO boleh didapati daripada bank-bank yang mengambil bahagian dan mesti disahkan dan diluluskan oleh bank sebelum diserahkan kepada Great Eastern Takaful Berhad

 
Tunai / Cek

Memandangkan kami tidak lagi menerima bayaran tunai/cek, anda dinasihatkan untuk meneruskan pembayaran melalui JomPAY. Anda boleh merujuk kepada langkah dibawah untuk pembayaran melalui JomPAY

Step 1: Login to Internet or Mobile Banking and look for: JomPAY
Step 2: Enter 16899 in the Biller Code field for Great Eastern Takaful - Family
Step 3: Enter your 10-digit Certificate Number in "Ref-1" field
Step 4: Enter Mobile Phone Number in "Ref-2" field
Step 5: Enter your Payment Amount
Step 6: Confirm and Pay

 

Sebagai alternatif, anda mungkin ingin menukar cara pembayaran caruman kepada kad kredit/debit untuk proses pembayaran yang lancar melalui platform layan diri kami (i-Get In Touch).

 

 

 

 

Direct Debit Authorisation (DDA)

Penghantaran permohonan Baharu untuk Direct Debit Authorisation (DDA) akan ditangguhkan buat sementara waktu berkuat kuasa mulai 16 Januari 2025 sehingga dimaklumkan kemudian.

Sepanjang tempoh ini, anda disarankan untuk mendaftar Kad Kredit/ Kad Debit sebagai kaedah pembayaran alternatif melalui portal i-Get in Touch layan diri kami dengan mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan di bawah. Pilihan pembayaran DDA yang sedia ada tidak akan terjejas.

https://igetintouch.greateasterntakaful.com (i-Get In Touch) > Permohonan Perkhidmatan Saya > Tukar Kaedah Caruman > Memilih kaedah caruman yang Baharu sebagai Kad Kredit

   

 

Anda dinasihatkan untuk memantau status pembayaran caruman anda melalui platform layan diri kami (i-Get In Touch) seperti dalam panduan yang disediakan dalam pautan di bawah untuk memastikan semua caruman yang dibayar adalah terkini.

https://igetintouch.greateasterntakaful.com > Lihat Butiran Sijil > Maklumat Caruman

Bagi pelanggan dengan ulang tahun sijil 2024

Sila rujuk pautan di bawah:

Pelan Berkait Pelaburan
Pelan Tradisional

 

Anda boleh merujuk kepada pek komunikasi semakan semula caruman. Borang Kebenaran (di bawah Pilihan 3) untuk mengetahui nama pelan yang sesuai dengan anda.

Berikut adalah kadar penggunaan, purata amaun tuntutan dan purata inflasi kos perubatan berdasarkan pelan perubatan

Pelan Traditional

Pelan Perubatan  Kadar Penggunaan Purata Amaun Tuntutan  Purata Inflasi Kos Perubatan Dalam Tempoh 3 Tahun
Rider i-Medi 121 daripada 1,000 peserta takaful telah membuat tuntutan berbanding dengan 28
daripada 1,000 peserta takaful pada 3 tahun lepas
Meningkat daripada RM3,880 ke RM3,964 110% setahun
i-Great Medi Care 64 daripada 1,000 peserta takaful telah membuat tuntutan berbanding dengan 0
daripada 1,000 peserta takaful pada 5 tahun lepas
Meningkat daripada RM0 ke RM4,786. 63% setahun 
i-Great MediMax 207
daripada 1,000 peserta takaful telah membuat tuntutan berbanding dengan 204
daripada 1,000 peserta takaful pada 1 tahun lepas
Meningkat daripada RM5,895 ke RM6,699 25% setahun
i-Great MediHarapan 170
daripada 1,000 peserta takaful telah membuat tuntutan berbanding dengan 63
daripada 1,000 peserta takaful pada 5 tahun lepas
Meningkat daripada RM4,546 ke RM5,586 37% setahun
Pelan Perubatan Kadar penggunaan  Purata Amaun Tuntutan Purata Inflasi Kos Perubatan Dalam Tempoh 4 Tahun
i-Medik Asas 59 daripada 1,000 peserta takaful telah membuat tuntutan berbanding dengan 50
daripada 1,000 peserta takaful pada 4 tahun lepas
Meningkat daripada RM4,887 ke RM8,800 28% setahun

Pelan Berkait Pelaburan

Pelan Perubatan Kadar Penggunaan Purata Amaun Tuntutan Purata Inflasi Kos Perubatan Dalam Tempoh 3 Tahun
i-Medik Rider (H02U-H06U) 109 daripada 1,000 peserta takaful telah membuat tuntutan berbanding dengan 95
daripada 1,000 peserta takaful pada 3 tahun lepas
Meningkat daripada RM6,372 ke RM7,646 11% setahun
i-Medik Rider (A410-A440) 110 daripada 1,000 peserta takaful telah membuat tuntutan berbanding dengan 110
daripada 1,000 peserta takaful pada 4 tahun lepas
Meningkat daripada RM4,734 ke RM5,751 19% setahun
i-Medik Xtra Rider 168 daripada 1,000 peserta takaful telah membuat tuntutan berbanding dengan 152
daripada 1,000 peserta takaful pada 5 tahun lepas
Meningkat daripada RM4,007 ke RM5,110 48% setahun
i-Medik Xtender Rider 8 daripada 1,000 peserta takaful telah membuat
tuntutan berbanding dengan 2 daripada 1,000 peserta takaful pada 4 tahun lepas
Menurun daripada RM17,208 ke RM14,574 62% setahun