1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Great In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

The Great Journey: Penjagaan kesihatan lebih bijak, lebih mudah

The Great Journey: Penjagaan kesihatan lebih bijak, lebih mudah

Temui langkah penjagaan kesihatan yang lebih mudah dan berkesan dengan GETB. Sertai The Great Journey dan dapatkan rawatan kesihatan hari ini!

26 Jul 2025
Social Share XF (BM)
The Great Journey: Penjagaan kesihatan lebih bijak, lebih mudah

Pernah terfikir ke mana anda harus pergi apabila anda sakit dan tidak pasti langkah pertama yang betul? Apabila anda rasa tidak sihat, perkara terakhir yang anda perlukan ialah tekanan tambahan daripada bil rawatan yang tinggi, masa menunggu yang lama atau prosedur yang rumit dan mengelirukan. Di sinilah peranan The Great Journey, sebuah program rawatan berstruktur yang membantu anda mendapatkan rawatan yang betul, di tempat yang betul, bermula dengan rawatan awal dari klinik yang dipercayai. Ia bukan sahaja penjagaan kesihatan yang lebih mampu milik, malah jauh lebih bijak dan mudah.

Kenapa perlu mula di klinik?

Ramai pesakit menganggap hospital sebagai destinasi pertama untuk dituju apabila sakit, sedangkan rawatan awal di klinik lebih praktikal dan berkesan. Melalui The Great Journey, anda boleh mendapatkan rawatan awal di klinik untuk 8 jenis penyakit seperti selesema, demam denggi, bronkitis, influenza A dan B, dan lain-lain. Dengan rawatan awal ini, anda boleh elakkan komplikasi serius dan kemasukan hospital yang memakan masa serta kos yang lebih tinggi. 

Bayangkan situasi ini: anda berasa demam dan letih. Anda pergi ke The Great Journey Clinic. Doktor mendiagnosis denggi dan memberikan ubat serta arahan untuk berehat di rumah. Tiada kemasukan ke hospital diperlukan — dan anda baru sahaja menjimatkan masa, wang, dan tekanan yang tidak perlu. 

Pendekatan ini amat sesuai bagi mereka yang mencari pilihan penjagaan kesihatan mampu milik tanpa menjejaskan kualiti rawatan.

Apa anda bayar, dan apa anda jimat

Di sinilah penjagaan kesihatan mampu milik menjadi nyata. Inilah antara manfaat utama The Great Journey, dimana penjagaan kesihatan menjadi berpatutan. Katakan bil rawatan anda di klinik ialah RM100, anda hanya perlu bayar RM5 sahaja (iaitu 5% ko-takaful bagi keadaan rawatan luar yang dilindungi), manakala baki RM95 ditanggung sepenuhnya oleh pelan perubatan anda. Dan sekiranya anda dirujuk untuk kemasukan ke The Great Journey Hospital selepas itu, anda hanya perlu membayar baki jumlah deduktibel selepas penolakan jumlah ko-takaful yang telah dibayar di klinik sebentar tadi. Sebagai contoh, dengan jumlah deduktibel RM500 terpakai di bawah pelan perubatan anda – bil hospital RM10,000, anda hanya bayar RM495 (Deduktibel RM500 – RM5 ko-takaful yang telah dibayar di klinik)!

Namun jika anda mendapatkan rawatan di klinik dan hospital di luar rangkaian The great Journey, anda munkin perlu:

  • Bayar keseluruhan bil klinik dahulu (100%)
  • Bayaran balik hanya 80% daripada bil klinik (RM800 daripada bil RM1,000)
  • Atau, jika anda dimasukkan ke hospital yang tidak disenaraikan di bawah The Great Journey Hospital,bayar jumlah deduktibel penuh + 20% ko-takaful ke atas jumlah bil selepas penolakan deduktibel. Sebagai contoh, dengan jumlah deduktibel RM500 terpakai di bawah pelan perubatan anda – contohnya, bil hospital RM10,000 = anda bayar RM2,400 (RM500 + RM1,900) sendiri!

Bezanya sangat besar — jadi, ikuti The Great Journey untuk rawatan berkualiti dengan penjimatan kos yang efektif!

Akses rawatan yang lebih mudah dan pantas

Selain penjimatan kos, The Great Journey juga memudahkan urusan rawatan anda:

  • Tiada deposit atau caj pentadbiran
  • Kemasukan lebih cepat untuk kanak-kanak (Program Kiddo Express)
  • Discaj mudah tanpa tunggu surat jaminan
  • Pek kemasukan & buah tangan
  • Pasukan Great Assist khas untuk bantu anda sepanjang rawatan di hospital

Semua ini direka khas untuk memastikan anda mendapat pengalaman rawatan yang lancar, tidak membebankan dan lebih teratur.

Pilihan bijak bermula hari ini

Lain kali apabila anda rasa tidak sihat dan tertanya-tanya ke mana harus pergi apabila sakit, pilihlah jalan yang lebih bijak. Mulakan dengan The Great Journey — pantas, boleh dipercayai, dan disokong pada setiap langkah.

Program ini bukan sahaja memberikan kemudahan rawatan perubatan yang selesa dan cepat, tetapi juga menjamin anda mendapat rawatan berpatutan, efisien dan menyeluruh.