1. Gangguan Sementara terhadap Perkhidmatan yang Memerlukan Komunikasi Melalui E-mel: Susulan gangguan perkhidmatan Microsoft 365 yang sedang berlaku, kami sedang mengalami kelewatan dalam memberikan maklum balas terhadap pertanyaan melalui e-mel serta kesukaran mengakses perkhidmatan tertentu di i-Get In Touch yang memerlukan pengesahan Kata Laluan Sekali Guna (OTP) melalui e-mel. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama anda sementara isu ini sedang diselesaikan. Untuk mendapatkan bantuan, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1300-13-8338 sepanjang waktu operasi. Terima kasih.

 

2. Peringatan Keselamatan: Kekal Berwaspada dan lindungi maklumat peribadi anda. Jangan sekali-kali berkongsi kata laluan atau Kata Laluan Sekali Guna (OTP) anda dengan sesiapa pun, termasuk individu yang mendakwa mewakili Great Eastern Takaful. Jika anda menghadapi sebarang aktiviti yang mencurigakan atau mempunyai kebimbangan mengenai keselamatan maklumat peribadi anda, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1300-13-8338 atau emel kami di i-greatcare@greateasterntakaful.com untuk bantuan.

 

3. AMARAN PENIPUAN! Berhati-hati dengan penipu yang berpura-pura menawarkan pinjaman bank peribadi dengan perlindungan perlindungan takaful dengan syarat pembayaran caruman hendaklah dibayar sebelum jumlah pinjaman yang diluluskan dikeluarkan. Jangan jadi mangsa penipuan ini!

 

4. Kami menggalakkan anda untuk mengambil langkah berjaga-jaga apabila memberikan sebarang maklumat sulit melalui Internet. Anda tidak akan diminta untuk memberikan butiran peribadi dalam talian untuk mengakses maklumat produk kami.

Kepentingan perlindungan takaful kesihatan untuk pekerja gig & PKS

Kepentingan perlindungan takaful kesihatan untuk pekerja gig & PKS

Adakah anda seorang pekerja gig atau pemilik PKS? Pelajari kepentingan perlindungan kesihatan untuk ekonomi gig & PKS demi ketenangan masa depan.

23 May 2025
Social Share XF (BM)
Kepentingan perlindungan takaful kesihatan untuk pekerja gig & PKS

Dalam dunia ekonomi masa kini yang semakin terbuka, semakin ramai individu memilih kerjaya yang fleksibel dan bebas. Sama ada pekerja ekonomi gig, pemilik perniagaan kecil (PKS), atau pekerja bebas (freelancer), mereka menikmati kebebasan masa, kawalan terhadap pendapatan, serta peluang untuk mengejar minat sendiri. Namun begitu, di sebalik kelebihan ini, wujud juga risiko yang besar - antaranya ialah ketiadaan pendapatan tetap dan manfaat majikan seperti perlindungan kesihatan atau simpanan persaraan. 

Bayangkan situasi di mana seorang penulis bebas tiba-tiba didiagnos menghidap penyakit kronik, atau seorang penghantar makanan mengalami kemalangan semasa bekerja. Tanpa perlindungan pekerja yang sesuai, mereka mungkin terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi atau hilang punca pendapatan sepenuhnya. Inilah antara kepentingan perlindungan Takaful yang semakin relevan dalam dunia moden. 

Artikel ini menerangkan kepentingan perlindungan Takaful bagi golongan ini, dan bagaimana ia dapat membantu. 

1. Cabaran kewangan pekerja gig & pemilik PKS

Golongan ini sering berhadapan dengan pendapatan yang tidak menentu. Mereka juga tidak menikmati manfaat seperti KWSP atau pelan perubatan syarikat. Ini menjadikan mereka lebih terkesan jika berlaku kecemasan seperti kemalangan, kecederaan, atau penyakit serius.

Lebih membimbangkan, ramai antara mereka tidak mempunyai simpanan kecemasan yang mencukupi untuk menampung kos rawatan atau perbelanjaan semasa tempoh tidak bekerja. Keadaan ini memberi tekanan kewangan yang besar kepada mereka dan keluarga

2. Takaful sebagai jaminan kewangan

Konsep Takaful berasaskan prinsip saling membantu, di mana setiap peserta menyumbang ke dalam satu dana bersama. Jika berlaku musibah, dana ini digunakan untuk membantu peserta yang terjejas. Ia adalah satu bentuk perlindungan yang bersifat inklusif dan patuh syariah, sesuai untuk masyarakat Malaysia. 

Perlindungan pekerja melalui Takaful bukan sekadar pelan perlindungan biasa, tetapi satu rangkaian sokongan yang memberikan ketenangan dan kepastian kepada mereka yang bekerja sendiri. 

3. Perlindungan khusus untuk pekerja fleksibel

Pilih pelan yang berbeza dengan manfaat utama seperti berikut:

  • Pampasan kematian, Hilang Upaya Penuh dan Kekal atau kematian akibat kemalangan.
  • Elaun harian ketika dimasukkan ke hospital.
  • Perlindungan penyakit kritikal seperti kanser, serangan jantung dan strok.

Pelan seperti ini mudah untuk disertai, tidak membebankan dari segi bayaran bulanan dan disesuaikan dengan bajet pengguna. Ia menawarkan perlindungan kesihatan yang realistik dan berpatutan.

Ketenteraman jiwa semasa anda berusaha keras untuk perniagaan anda

Memilih Takaful bukan hanya soal perlindungan hari ini, tetapi juga perancangan masa depan. Anda tidak akan tahu bila musibah akan datang, tetapi anda boleh
bersedia dari sekarang. Dengan mengambil langkah bijak hari ini, anda bukan sahaja melindungi diri sendiri, tetapi juga keluarga dan sumber rezeki anda. Kepentingan perlindungan Takaful adalah satu bentuk tanggungjawab terhadap diri dan insan tersayang. 

Jika anda sedang mencari perlindungan yang khusus untuk pekerja gig, pekerja bebas (freelancer) dan PKS, Great Eastern Takaful Berhad menawarkan pelan Takaful patuh syariah yang mudah dimohon dan direka untuk melindungi anda dalam situasi tidak terduga. Hubungi kami hari ini dan ketahui lebih lanjut dalam melindungi masa depan anda hari ini