Bahasa
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Lindungi diri anda dan orang tersayang dengan pelan takaful MikroSayang

Takaful Atas Talian

MikroSayang | Pelan Takaful dibawah Perlindungan Tenang

Sumbangan kecil, besar kasih sayang

Budaya saling membantu sudah sebati di dalam masyarakat kita. Apabila kita mendengar terdapat orang di luar sana yang memerlukan bantuan, kita tidak teragak-agak untuk menghulurkan tangan bagi memastikan mereka menerima bantuan yang mereka perlukan. Tidak kira seberapa kecil sumbangan yang diberikan, nilainya amat besar kepada penerima.

 

Mengambil konsep ini, Great Eastern Takaful menawarkan pelan takaful atas talian yang mengamalkan konsep serupa bernama MikroSayang. Apabila anda mencarum dengan MikroSayang, anda bukan sahaja melindungi diri anda dan orang tersayang, malah anda juga melindungi pencarum lain melalui dana yang dikenali sebagai dana Tabarru'. Tabarru' adalah sebuah konsep di mana pemberian ikhlas diberikan kepada pihak yang memerlukan tanpa mengharapkan balasan. Nilai-nilai inilah yang mengukuhkan lagi ikatan kita dan mendefinisikan kita sebagai masyarakat yang bersatu. Seperti kata pepatah, sepakat membawa berkat.

 

MikroSayang menawarkan enam jenis pelan takaful atas talian yang boleh anda pilih, dari serendah RM50 setahun. Anda boleh mendapatkan pelan ini tanpa perlu melalui proses pengunderaitan dan permohonan anda dijamin akan diterima. MikroSayang juga merupakan produk Perlindungan Tenang yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

Manfaat-manfaat utama

MikroSayang

Penyertaan yang dijamin

Dapatkan pelan ini tanpa sebarang kerumitan melalui proses pengunderaitan. Ambil peluang keemasan ini agar anda dapat melindungi diri anda daripada sebarang musibah.

MikroSayang

Manfaat Kematian Akibat Kemalangan sebanyak RM5,000

Sekiranya berlaku kematian kepada Orang Yang Dilindungi akibat kemalangan, waris akan menerima bayaran sekali gus sebanyak RM5,000 bagi mengurangkan beban akibat kehilangan orang yang tersayang.

MikroSayang

Manfaat Hospitalisasi sebanyak RM50 sehari

Sekiranya Orang Yang Dilindungi dimasukkan ke hospital, Orang Yang Dilindungi akan menerima elaun sebanyak RM50 sehari, terhad kepada 14 hari setahun.

MikroSayang

Manfaat Penyakit Kritikal Sebanyak RM5,000

Orang Yang Dilindungi layak menerima pembayaran sekali gus berjumlah RM5,000 sekiranya didiagnos dengan penyakit kritikal dalam tempoh perlindungan.

Kalkulator

Kalkulator analisis keperluan
Klik di sini untuk anggaran amaun perlindungan yang diperlukan.

Kalkulator bajet kewangan
Klik di sini untuk mengetahui caruman yang perlu dibayar mengikut kemampuan anda.

 

Dokumen

Risalah Pemberitahuan Produk
Klik di sini untuk muat turun risalah pemberitahuan produk MikroSayang.


Dokumen Sijil
Klik di sini untuk muat turun dokumen sijil MikroSayang.
 

Soalan Lazim
Klik di sini untuk muat turun soalan-soalan lazim mengenai MikroSayang.

 

Bagaimanakah MikroSayang berfungsi

Nota dan penafian

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh produk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi pegawai kami di 03-4259 8335 atau emel kepada mikrosayang@greateasterntakaful.com.

Kembali ke atas