Perlindungan Penyakit Kritikal: Apa yang Dilindungi dan Adakah Anda Perlukannya?
Ketahui apa yang dilindungi takaful penyakit kritikal, cara manfaat dibayar, perbezaannya dengan insurans perubatan dan sama ada anda memerlukan perlindungan ini.
Ringkasan Utama
- Perlindungan penyakit kritikal menyediakan manfaat kewangan apabila anda didiagnosis dengan penyakit yang memenuhi definisi dan syarat perlindungan dalam sijil takaful.
- Manfaat yang diterima boleh membantu menampung perbelanjaan harian, komitmen keluarga dan keperluan kewangan lain sepanjang tempoh rawatan atau pemulihan.
- Setiap pelan takaful mempunyai senarai penyakit, jumlah manfaat, tahap keterukan dan syarat tuntutan yang berbeza.
- Keperluan perlindungan bergantung pada keadaan kewangan, tanggungan keluarga, simpanan serta perlindungan sedia ada.
Kesihatan yang baik merupakan sesuatu yang kita semua harapkan. Namun, apabila seseorang didiagnosis dengan penyakit serius seperti kanser, strok atau serangan jantung, kesannya bukan sahaja melibatkan kesihatan fizikal dan emosi, tetapi juga kestabilan kewangan diri serta keluarga.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), penyakit jantung iskemia kekal sebagai punca utama kematian yang disahkan secara perubatan di Malaysia pada tahun 2024, dengan 17,421 kematian direkodkan. Statistik ini menunjukkan betapa pentingnya untuk kita mengambil berat tentang kesihatan dan membuat persediaan menghadapi perkara yang tidak dijangka.
Bayangkan jika anda perlu mengambil cuti panjang daripada bekerja untuk menjalani rawatan. Walaupun bil hospital mungkin ditanggung oleh kad perubatan, bagaimana pula dengan ansuran rumah, perbelanjaan keluarga dan komitmen bulanan yang masih perlu dibayar?
Di sinilah perlindungan penyakit kritikal dapat membantu. Dengan manfaat kewangan yang disediakan, anda boleh mengurus keperluan tertentu sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada simpanan sendiri.
Namun, bagaimana perlindungan ini berfungsi, apakah penyakit yang dilindungi dan adakah anda benar-benar memerlukannya? Mari kita fahami dengan lebih lanjut.
Apakah perlindungan penyakit kritikal dan bagaimana manfaat dibayar?
Perlindungan penyakit kritikal merupakan sejenis perlindungan takaful yang menyediakan manfaat kewangan sekiranya orang yang dilindungi didiagnosis dengan penyakit kritikalyang memenuhi definisi dan syarat yang ditetapkan dalam sijil takaful.
Kebanyakan pelan menawarkan pembayaran manfaat secara sekali gus apabila tuntutan yang layak diluluskan. Walaubagaimanapun, jumlah serta kaedah pembayaran bergantung pada jenis pelan,penyakit yang dilindungi dan syarat tuntutan berkaitan.
Manfaat ini, yang juga sering disebut sebagai pampasan sakit kritikal, bukan sekadar bertujuan membayar bil rawatan. Ia boleh digunakan untuk membantu anda menampung pelbagai keperluan kewangan ketikakesihatan terjejas.
Antaranya termasuk:
- Menggantikan sebahagian pendapatan yang terjejas: Membantu menampung perbelanjaan jika anda terpaksa bercuti tanpa gaji, mengurangkan waktu bekerja atau berhenti bekerja sementara waktu.
- Membayar komitmen bulanan: Membantu mengurus ansuran rumah, kenderaan, bil utiliti dan perbelanjaan asas keluarga.
- Menampung kos penjagaan tambahan: Membantu membiayai penjagaan di rumah, pengangkutan ke pusat rawatan atau peralatan sokongan yang diperlukan.
- Melindungi simpanan keluarga: Mengurangkan keperluan menggunakan keseluruhan simpanan kecemasan untuk menampung perbelanjaan sepanjang tempoh pemulihan.
Sokongan kewangan ini dapat memberikan anda lebih fleksibiliti untuk mengurus tanggungjawab tanpa menambahkan beban kewangan keluarga.
Apakah perbezaan antara perlindungan penyakit kritikal dengan kad perubatan?
Walaupun kedua-duanya berkaitan dengan perlindungan kesihatan, fungsi kad perubatan dan takaful penyakit kritikal adalah berbeza. Kad perubatan lazimnya membantu menanggung kos rawatan dan kemasukan ke hospital yang layak, tertaklukpada had manfaat, pengecualian dan syarat pelan.
Sebaliknya, manfaat penyakit kritikal menyediakan bantuan kewangan apabila penyakit yang dialami memenuhi syarat tuntutan. Wang yang diterima boleh digunakan untuk pelbagai keperluan, termasuk perbelanjaan yang tidak ditanggung oleh kad perubatan.
Sebagai contoh, seseorang yang menjalani rawatan kanser mungkin mempunyai kad perubatan untuk menampung kos rawatan yang
layak. Namun, jika dia tidak dapat bekerja untuk suatu tempoh, perlindungan penyakit kritikal boleh membantu menampung sebahagian perbelanjaan keluarga.
Oleh itu, kedua-dua perlindungan ini boleh saling melengkapi, bergantung pada keperluan dan kemampuan kewangan anda.
Perlu diingat bahawa diagnosis penyakit sahaja tidak menjamin pembayaran manfaat. Penyakit tersebut mesti memenuhi definisi, tahap keterukan serta syarat lain yang dinyatakan dalam sijil takaful.
Apakah penyakit kritikal yang dilindungi?
Tidak semua penyakit serius dilindungi secara automatik di bawah pelan takaful penyakit kritikal. Setiap pelan mempunyai senarai penyakit dan definisi perlindungan tersendiri.
Antara contoh penyakit kritikal yang boleh dilindungi termasuk:
- Kanser: Tertakluk pada jenis, tahap dan definisi kanser yang dinyatakan dalam sijil.
- Serangan jantung: Perlindungan bergantung pada kriteria perubatan khusus yang ditetapkan.
- Strok: Bergantung pada definisi penyakit dan tahap kesan neurologi yang memenuhi syarat.
- Kegagalan buah pinggang: Lazimnya melibatkan keadaan serius yang memenuhi kriteria rawatan tertentu.
- Pemindahan organ utama: Melibatkan prosedur pemindahan organ yang dinyatakan dalam senarai perlindungan.
- Trauma kepala major: Tertakluk pada tahap kecederaan dan syarat perubatan yang ditetapkan.
Senarai di atas hanyalah contoh. Untuk mengetahui penyakit yang dilindungi sepenuhnya, anda perlu merujuk senarai penyakit kritikal dalam dokumen produk dan sijil takaful yang berkaitan.
Sebagai contoh, i-Great Critical Care menyediakan perlindungan untuk 50 penyakit kritikal. Sementara itu, i-Great Yaqeen menawarkan perlindungan bagi 61 jenis penyakit kritikal yang merangkumi kanak-kanak dan orang dewasa, iaitu 11 penyakit khusus kanak-kanak dan 50 penyakit bagi orang dewasa.
Walau bagaimanapun, bilangan penyakit yang lebih banyak tidak semestinya bermaksud sesuatu pelan lebih sesuai untuk anda. Tahap penyakit yang dilindungi, jumlah manfaat dan syarat tuntutan juga perlu diberi perhatian.
Adakah semua tahap penyakit kritikal dilindungi?
Sesetengah pelan menyediakan perlindungan untuk penyakit pada peringkat awal, manakala pelan lain hanyamembayar manfaat apabila penyakit mencapai tahap keterukan tertentu.
Sebagai contoh, diagnosis kanser pada peringkat awal tidak semestinya memenuhi definisi kanser yang dilindungi di bawah setiap sijil takaful. Begitu juga, bukan semua prosedur berkaitan penyakit jantung melayakkan peserta menerima manfaat penuh.
Bagi i-Great Critical Care, manfaat untuk angioplasti dan rawatan invasif lain bagi penyakit arteri koronari dihadkan kepada 10% daripada jumlah perlindungan, sehingga maksimum RM25,000. Pembayaran tuntutan tersebut juga akan mengurangkan baki jumlah perlindungan.
Maklumat ini menunjukkan mengapa penting untuk memahami manfaat yang ditawarkan, bukan sekadar melihat bilangan penyakit dalam senarai.
Sebelum memilih pelan, pastikan anda menyemak perkara berikut:
- Tempoh menunggu: Tempoh selepas sijil berkuat kuasa sebelum perlindungan bagi penyakit
tertentu bermula. - Tempoh kelangsungan hidup: Syarat untuk orang yang dilindungi terus hidup bagi tempoh tertentu
selepas diagnosis, jika berkenaan. - Penyakit sedia ada: Keadaan kesihatan atau simptom sebelum penyertaan yang mungkin
dikecualikan. - Had dan syarat pembayaran: Sama ada manfaat dibayar sepenuhnya atau sebahagiannya, serta kesannya terhadap baki perlindungan.
Adakah anda memerlukan perlindungan penyakit kritikal dan bagaimana memilih pelan yang sesuai?
Tiada satu jumlah atau jenis perlindungan yang sesuai untuk semua orang. Keperluan anda bergantung padakeadaan kewangan, tanggungjawab keluarga dan perlindungan yang sudah dimiliki.
Jika anda masih bujang dan tidak mempunyai banyak komitmen, keperluan perlindungan mungkin berbeza berbanding seseorang yang menanggung pasangan, anak-anak atau ibu bapa.
Begitu juga jika anda bekerja sendiri atau tidak mempunyai cuti sakit berbayar yang mencukupi. Gangguan pendapatan akibat penyakit boleh memberi kesan yang lebih besar terhadap kemampuan anda untuk meneruskan perbelanjaan harian.
Sebelum memilih pelan, pertimbangkan beberapa persoalan berikut:
1.Adakah anda mempunyai tanggungan keluarga? Fikirkan siapa yang
bergantung pada pendapatan anda dan bagaimana perbelanjaan mereka akan ditanggung jika anda tidak dapat bekerja.
2.Berapakah komitmen bulanan anda? Ambil kira perbelanjaan asas, ansuran pembiayaan dan tanggungjawab kewangan lain.
3.Berapa lama simpanan kecemasan anda mampu bertahan? Nilai sama ada simpanan mencukupi untuk menampung keperluan kewangan jika pendapatan
berkurangan.
4.Apakah perlindungan yang sudah anda miliki? Semak kad perubatan, pelan takaful sedia ada serta manfaat kesihatan atau perlindungan pendapatan daripada majikan.
5.Mampukah anda membayar caruman secara berterusan? Pilih jumlah perlindungan yang memenuhi keperluan tanpa membebankan kewangan jangka panjang.
Berapakah jumlah perlindungan penyakit kritikal yang anda perlukan?
Salah satu cara untuk menganggarkan keperluan perlindungan adalah dengan meneliti perbelanjaan penting yang masih perlu dibayar jika anda tidak dapat bekerja.
Sebagai contoh, katakan perbelanjaan asas keluarga anda ialah RM3,000 sebulan. Jika anda ingin menyediakan dana untuk menampung perbelanjaan tersebut bagi tempoh perancangan selama 12 bulan:
RM3,000 × 12 bulan = RM36,000
Jumlah RM36,000 ini merupakan anggaran perbelanjaan asas sahaja. Anda masih perlu mempertimbangkan kos penjagaan tambahan, simpanan sedia ada, manfaat majikan serta sumber pendapatan lain.
Tempoh 12 bulan dalam contoh ini hanyalah untuk tujuan perancangan kewangan. Ia bukan ramalan tempoh pemulihan atau jumlah perlindungan yang disyorkan kepada setiap individu.
Yang penting, pilih jumlah perlindungan berdasarkan keperluan sebenar dan kemampuan anda, bukannya semata-mata mengikut formula umum.
Pelan kendiri atau rider penyakit kritikal: mana yang sesuai?
Secara umum, terdapat dua pendekatan yang boleh anda pertimbangkan apabila memilih perlindungan penyakit kritikal.
1. Pelan takaful penyakit kritikal kendiri
Pelan takaful kendiri menyediakan perlindungan penyakit kritikal tanpa memerlukan anda menyertai pelan takaful asas yang berasingan.
Sebagai contoh, i-Great Critical Care ialah pelan takaful kendiri yang menawarkan manfaat perlindungan penyakit kritikal tanpa elemen simpanan atau pelaburan.
Pelan ini mungkin boleh dipertimbangkan sekiranya keutamaan anda adalah untuk mendapatkan perlindungan kewangan terhadap penyakit kritikal tertentu.
2. Rider penyakit kritikal
Rider ialah manfaat tambahan yang boleh dilampirkan pada pelan takaful asas tertentu, sekiranya ditawarkan dan dibenarkan di bawah syarat pelan tersebut. Pilihan ini boleh dipertimbangkan jika anda sudah mempunyai sijil takaful yang serasi dan ingin menambah perlindungan penyakit kritikal. Namun, tidak semua pelan asas membenarkan penambahan rider. Kelayakan, manfaat, kos tambahan dan syarat perlindungan perlu disemak terlebih dahulu.
Anda juga boleh meneroka i-Great Yaqeen, yang menawarkan perlindungan penyakit kritikal bersama manfaat lain yang tertakluk pada syarat pelan. Sebaik-baiknya, bandingkan manfaat, pengecualian, tempoh perlindungan dan kemampuan membayar caruman sebelum membuat keputusan.
i-Great Critical Care berbanding i-Great Yaqeen: mana satu yang sesuai untuk anda?
Kedua-dua pelan menawarkan perlindungan penyakit kritikal, namun terdapat perbezaan dari segi struktur perlindungan, manfaat dan aturan caruman. Memahami perbezaan ini dapat membantu anda memilih pelan yang lebih sesuai dengan keperluan dan kemampuan kewangan.
Ciri-ciri | i-Great Critical Care | i-Great Yaqeen |
Struktur pelan | Pelan takaful penyakit kritikal kendiri | Perlindungan penyakit kritikal berserta manfaat tambahan |
Perlindungan penyakit kritikal | 50 penyakit kritikal | 61 penyakit kritikal, merangkumi 50 penyakit kritikal bagi orang dewasa dan 11 penyakit kritikal khusus untuk kanak-kanak |
Pembayaran manfaat | Menyediakan manfaat kewangan apabila penyakit yang dilindungi memenuhi syarat tuntutan dalam sijil takaful | Menyediakan manfaat kewangan bagi penyakit kritikal yang layak, tertakluk pada syarat sijil takaful |
Pembayaran manfaat separa | Angioplasti dan rawatan invasif lain bagi penyakit arteri koronari dilindungi pada kadar 10% daripada jumlah perlindungan, sehingga maksimum RM25,000. Baki jumlah perlindungan akan dikurangkan sewajarnya | Bergantung pada definisi penyakit dan peruntukan manfaat yang berkenaan |
Manfaat tambahan | Memberikan tumpuan kepada perlindungan penyakit kritikal tanpa elemen simpanan atau pelaburan | Merangkumi manfaat penjagaan tambahan berkaitan kemasukan ke hospital dan manfaat matang, tertakluk pada syarat |
Struktur caruman | Caruman meningkat secara berperingkat setiap tahun berdasarkan umur orang yang dilindungi | Caruman kekal sepanjang tempoh perlindungan, jumlah caruman bergantung kepada umur dan jumlah perlindungan yang dipilih semasa kemasukan |
Tempoh tenggang | 30 hari | 30 hari |
Boleh dipertimbangkan jika… | Anda mengutamakan perlindungan kewangan kendiri terhadap penyakit kritikal tertentu | Anda ingin mendapatkan perlindungan penyakit kritikal berserta manfaat tambahan |
Sumber: Risalah Pemberitahuan Produk i-Great Critical Care dan Risalah Pemberitahuan Produk i-Great Yaqeen.
Sebelum membuat keputusan, bandingkan manfaat, pengecualian, tempoh perlindungan dan aturan caruman bagi setiap pelan. Anda juga boleh berbincang dengan perunding takaful untuk memahami pilihan yang lebih sesuai dengan keperluan perlindungan dan keadaan kewangan anda.
Lindungi kewangan anda dengan perancangan yang bersesuaian
Diagnosis penyakit kritikal boleh membawa perubahan besar dalam kehidupan, terutamanya apabila rawatan dan pemulihan menjejaskankemampuan anda untuk bekerja atau meneruskan rutin harian.
Walaupun kita tidak dapat menjangka bila masalah kesihatan akan berlaku, perancangan kewangan yang baik dapat membantu mengurangkan tekanan yang mungkin dihadapi oleh diri sendiri dan keluarga.
Dengan perlindungan penyakit kritikal yang sesuai, anda boleh membuat persediaan untuk menampung keperluan kewangan tertentu ketika menjalani rawatan atau pemulihan, tertakluk pada manfaat dan syarat perlindungan yang dipilih.
Sebelum membuat keputusan, luangkan masa untuk menilai komitmen keluarga, perlindungan sedia ada serta jumlah caruman yang mampu ditanggung. Untuk mengetahui pilihan yang ditawarkan, terokai i-Great Critical Care atau berbincang dengan perunding takaful kami bagi memahami pelan yang bersesuaian dengan keperluan anda.
*Semua manfaat, kelayakan dan pembayaran tuntutan adalah tertakluk pada terma, syarat, had serta pengecualian dalam sijil takaful masing-masing.