Mengimbangi CSR, Tanggungjawab Korporat & Jaminan Kualiti
Terokai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) GETB, kepentingannya kepada masyarakat sambil mengekalkan keseimbangan antara kos & kualiti.
Apa itu CSR? Tanggungjawab sosial korporat (CSR) memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan yang mampan dan inklusif. Di Great Eastern Takaful Berhad, kami komited terhadap inisiatif yang memberi impak positif kepada masyarakat sambil mengekalkan prinsip patuh Syariah. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan usaha program CSR kami melalui inisiatif utama kami serta memastikan tanggungjawab korporat dan keseimbangan antara kemampuan dan kualiti.
GET-Green, GET-Pintar, dan GET-Care: Pemacu Perubahan

Sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap program CSR, kami memperkenalkan tiga inisiatif utama – GET-Green, GET-Pintar, dan GET-Care. Setiap inisiatif ini menyasarkan aspek penting dalam pembangunan sosial dan kesejahteraan masyarakat:
- GET-Green: Inisiatif ini memberi fokus kepada kelestarian alam sekitar melalui kempen kitar semula dan hasil semula, pengurangan sisa plastik, dan aktiviti mesra alam. Langkah ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan CSR dalam menangani perubahan iklim.
- GET-Pintar: Pendidikan merupakan kunci kejayaan masa depan. Melalui program ini, kami menyokong pelajar kurang berkemampuan dengan bantuan peralatan, program bimbingan, dan penyediaan bahan pembelajaran berkualiti.
- GET-Care: Kesejahteraan komuniti adalah keutamaan kami. Inisiatif ini merangkumi sokongan, bantuan kepada golongan memerlukan, serta kempen kesedaran kesihatan yang menekankan kepentingan pemeriksaan kesihatan berkala.
Komitmen Kami terhadap Tanggungjawab Korporat

Sebagai syarikat yang berpegang teguh prinsip patut Syariah, kami memahami bahawa tanggungjawab sosial korporat bukan sekadar satu kewajipan, tetapi satu amanah. Oleh itu, kami sentiasa memastikan setiap program CSR yang dilaksanakan memberi manfaat kepada masyarakat secara berterusan.
Komitmen kami bukan hanya tertumpu kepada impak jangka pendek tetapi juga memastikan pembangunan yang mampan. Dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pendidikan dan kesihatan, kami dapat memperluaskan manfaat inisiatif CSR kepada kumpulan sasar yang lebih luas.
Mengimbangi Kemampuan dan Kualiti

Salah satu cabaran utama dalam melaksanakan program CSR adalah memastikan keseimbangan antara kemampuan dan kualiti. Kami memahami bahawa tanggungjawab sosial korporat memerlukan pelaburan sumber yang besar, namun kami juga percaya bahawa keberkesanan sesuatu program bergantung pada tujuan dan kualiti pelaksanaannya.
Untuk itu, kami sentiasa menyesuaikan strategi agar setiap perbelanjaan CSR yang dilakukan dapat memberikan impak maksimum kepada masyarakat. Sebagai contoh, dalam GET-Green, kami memastikan setiap usaha kelestarian seperti kempen kitar semula dan hasil semula dan program pengurangan sisa plastik dijalankan secara berterusan untuk kesan jangka panjang kepada alam sekita. Dalam GET-Pintar, kami memastikan bantuan pendidikan tidak hanya tertumpu kepada penyediaan dana tetapi juga membangunkan sistem sokongan akademik yang berkesan. Begitu juga dengan GET-Care, di mana kami tidak hanya menawarkan sumbangan dan bantuan, tetapi juga mendidik masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan jangka panjang.
Kesimpulan
Di Great Eastern Takaful Berhad, kami percaya dalam mencipta impak positif dan berkekalan melalui inisiatif CSR kami. Dengan menyokong GET-Green, GET-Pintar, dan GET-Care serta mengekalkan tanggungjawab korporat dan keseimbangan antara kemampuan dan kualiti, kami berharap dapat membina masa depan yang lebih mampan untuk semua.
Sertai kami dalam perjalanan ke arah perubahan yang bermakna. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif kami, sila layari lawan web rasmi kami di sini.