Persekitaran (GET-Green)

Ke arah menjalani gaya hidup dan persekitaran yang lestari, inisiatif GET-Green bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar demi kualiti hidup yang lebih baik. Ia turut menitikberatkan amalan gaya hidup hijau di tempat kerja di samping menjadikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) sebagai misi utama untuk memperkasakan pendidikan mengenai penjagaan alam sekitar, kitar dan hasil semula agar aspirasi pembangunan persekitaran lestari dapat dicapai.

Majlis Penutupan GREAT KITARecycle Challenge 2024
Majlis Penutupan GREAT KITARecycle Challenge 2024

Cabaran GREAT KITARecycle Challenge 2024 telah menutup tirai dengan berlangsungnya Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah kepada peserta-peserta yang terdiri daripada 60 buah sekolah dari Negeri Sembilan dan Melaka.

Program yang bermula pada Julai sehingga November 2024 telah merekodkan sebanyak 107,239 kilogram kutipan barangan kitar semula menerusi salah satu kategori yang dipertandingkan dalam program ini.

Sebagai tanda penghargaan atas usaha luar biasa ini, Great Eastern Takaful Berhad turut menawarkan hadiah istimewa berupa fasiliti kitar semula kepada dua buah sekolah iaitu SMK Seri Pagi dan SRA Jaim Merlimau Pasir atas kejayaan mencatatkan kutipan lebih 5,000 kilogram sepanjang program GREAT KITARecycle Challenge 2024 berlangsung.

Great Eastern Takaful percaya bahawa inisiatif ini akan terus memupuk budaya kitar semula di kalangan generasi muda, menjadikan mereka agen perubahan untuk masa depan yang lebih lestari. 

Terima kasih kepada semua pihak terutamanya rakan strategik GETB, iaitu SWM Environment Sdn Bhd, serta para guru, pelajar dan ibu bapa atas sokongan kepada program yang berteraskan kelestarian alam sekitar ini.

Bersama, kita Mencapai Kejayaan dan mencipta masa depan yang lebih hijau dan juga mampan.

Perjalanan Pembelajaran Lestari: Siri Jelajah GREAT KITARecycle Berakhir di SK Lui Selatan
Perjalanan Pembelajaran Lestari: Siri Jelajah GREAT KITARecycle Berakhir di SK Lui Selatan

Siri Jelajah GREAT KITARecycle yang bermula pada Bulan Ogos lalu menyaksikan seramai lebih 2,000 orang pelajar dari Negeri Sembilan dan Melaka telah diberikan pendedahan mengenai inisiatif kitar semula dan hasil semula atau upcycling melalui mesin inovatif upcycling 2 dalam 1 yang diperkenalkan.

Sebagai penutup kepada siri jelajah upcycling ini, Skuad Hero Lestari GETB telah ke SK Lui Selatan, Negeri Sembilan bersama 3R Troppers SWM Environment bagi berkongsi pelbagai ilmu pengetahuan mengenai langkah ke arah hidupan lestari kepada para pelajar dan guru-guru.

Para pelajar turut memberikan maklumbalas yang baik terhadap taklimat yang diberikan membuktikan mereka sudah peka tentang inisiatif kitar semula dan amat teruja dengan pendedahan baharu mengenai inisiatif hasil semula atau upcycling. Mereka turut berpeluang mencuba mesin tersebut dan berjaya menghasilkan 30 produk upcycle seperti sikat, pembaris, dan klip beg.

Pertandingan GREAT KITARecycle Challenge 2024 sudah hampir tiba ke penghujung dan semoga SK Lui Selatan berjaya memenangi pertandingan terutamanya bagi kategori kutipan barangan kitar semula.

Skuad Hero Lestari Teruskan Siri Jelajah GREAT KITARecycle ke Negeri Sembilan
Skuad Hero Lestari Teruskan Siri Jelajah GREAT KITARecycle ke Negeri Sembilan

Dengan semangat memupuk kecintaan terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar, Skuad Hero Lestari Great Eastern Takaful, bersama SWM Environment meneruskan siri Jelajah Upcycling sekali lagi dan pada kali ini kami berkunjung ke SMK Tunku Syed Idrus bagi memberi taklimat kesedaran alam sekitar, hasil semula, serta pengenalan mesin upcycling 2-dalam-1.

SMK Tunku Syed Idrus merupakan salah sebuah sekolah yang bergiat aktif dalam inisiatif kitar semula dan pendedahan kepada inisiatif upcycling ini dapat membantu para pelajar memahami dengan lebih dalam mengenai langkah yang dapat diambil dalam menangani isu pencemaran plastik.

Seramai 650 orang pelajar dan guru telah berpeluang mencuba mesin upcycling 2-dalam-1 yang inovatif, yang dapat memproses sisa plastik jenis 2 dan jenis 5 menjadi produk baharu dan berkualiti tinggi seperti sikat rambut, pembaris, dan klip beg. Sebanyak 20 produk upcycle berjaya dihasilkan daripada sesi yang berjalan selama satu jam tersebut.

Bersama-sama, kita Mencapai Kejayaan dalam melindungi alam sekitar, diri, dan generasi akan datang.

Jelajah upcycling bersempena program GREAT KITARecycle Challenge 2024
Jelajah upcycling bersempena program GREAT KITARecycle Challenge 2024

Bersempena program GREAT KITARecycle Challenge 2024, iaitu sebuah program kolaborasi bersama pihak SWM Environment yang berteraskan kelestarian alam sekitar, Great Eastern Takaful telah menjelajah ke beberapa buah sekolah yang terlibat di Negeri Sembilan dan Melaka bagi memberikan taklimat kesedaran tentang penjagaan alam sekitar serta memperkenalkan inisiatif upcycling melalui mesin inovatif upcycling 2 dalam 1.

Program yang dijalankan pada bulan Ogos lalu melibatkan seramai lebih 2,000 orang pelajar daripada 7 buah sekolah iaitu SK Melekek, SK Bukit Beruang, SRA Jaim Batang Tiga Timur, SK Convent Infant Jesus 1, SK Tun Haji Abdul Malek, SRA Jaim Merlimau Pasir, dan SMK Seri Pagi.

Para Pelajar dan guru telah diberikan pendedahan proses hasil semula (upcycling) melalui demonstrasi pemprosesan barangan plastik terpakai kepada produk baharu yang lebih berkualiti tinggi seperti sikat rambut, pembaris dan klip beg. Menerusi program ini juga, para pelajar turut diberi peluang untuk menghasilkan sendiri produk upcycling yang bermula dengan pengasingan plastik mengikut jenis plastik, proses pengisaran plastik dan proses pencairan plastik ke dalam acuan produk. Melalui program ini juga, sebanyak 200 produk upcycle telah berjaya dihasilkan sekaligus membantu mengurangkan janaan sisa ke tapak pelupusan sampah.

Pengenalan inisiatif upcycling ini telah memberikan pendedahan dan pengetahuan baru dan unik kepada para pelajar yang rata-ratanya belum pernah melihat proses penghasilan semula barangan plastik terpakai.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak sekolah atas kesungguhan memupuk semangat cintakan alam sekitar di kalangan pelajar di samping menggalakkan amalan kitar semula. Great Eastern Takaful berharap untuk memperkasakan generasi muda dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi individu yang peka terhadap perlindungan alam sekitar. Bersama-sama, kita boleh Mencapai Kejayaan dan mencipta masa depan yang lebih lestari.

Skuad Hero Lestari Jelajah Tiga Sekolah di Melaka, Perkenalkan Inisiatif Upcycling
Skuad Hero Lestari Jelajah Tiga Sekolah di Melaka, Perkenalkan Inisiatif Upcycling

Memupuk semangat cintakan alam sekitar di kalangan pelajar amat penting kerana merekalah generasi yang akan meneruskan agenda kelestarian alam sekitar yang dapat membawa manfaat kepada generasi seterusnya.

Berteraskan misi penting ini, Skuad Hero Lestari Great Eastern Takaful sekali lagi telah dijemput ke Pulau Pinang bagi memberikan taklimat kesedaran alam sekitar, kitar semula dan hasil semula di tiga buah sekolah terpilih di negeri ini.

Dengan penglibatan seramai 900 orang pelajar daripada SMK Jalan Damai, SMK Seri Balik Pulau dan SK Bayan Baru, sebanyak lebih 80 produk upcycle telah berjaya dihasilkan menerusi sesi demonstrasi mesin upcycling 2 dalam 1 yang turut diperkenalkan semasa sesi taklimat. Selain itu, ketiga sekolah tersebut juga merupakan penutup bagi Jelajah Upcycling untuk tahun 2024.

Great Eastern Takaful berharap agar program ini dapat menjadikan setiap pelajar lebih cakna akan kepentingan penjagaan alam sekitar bersama. Bersama, mari kita Mencapai Kejayaan, dan menuju ke arah masa depan yang lebih hijau dan lestari.

Skuad Hero Lestari Jelajah Tiga Sekolah di Melaka, Perkenalkan Inisiatif Upcycling
Skuad Hero Lestari Jelajah Tiga Sekolah di Melaka, Perkenalkan Inisiatif Upcycling

Bersempena siri Jelajah Program GREAT KITARecycle Challenge 2024, iaitu program kolaborasi bersama pihak SWM Environment SDN BHD yang berteraskan alam sekitar melalui pendidikan dan penglibatan pelajar, Skuad Hero Lestari Great Eastern Takaful bersama-sama 3R Troopers SWM Environment telah mengadakan sesi taklimat kesedaran alam sekitar di salah sebuah sekolah yang menyertai pertandingan ini iaitu SK Lereh, Melaka.

Sesi taklimat bersama yang dijalankan ini telah menyaksikan penglibatan aktif para pelajar yang rata-ratanya amat teruja untuk melihat dan mencuba mesin Upcycling 2-dalam-1 yang diperkenalkan.

Pada masa yang sama, Skuad Hero Lestari turut meneruskan siri Jelajah Upcycling GETB ke SMKA Sharifah Rodziah dan SMK Dato Dol’ Said, Melaka, dengan penglibatan seramai 1,700 pelajar bagi ketiga-tiga buah sekolah tersebut. Program ini turut merekodkan penglibatan pelajar yang tertinggi sejak siri Jelajah Upcycling dijalankan, dimana program ini telah diubah dengan lebih inovatif, memberikan peluang kepada para pelajar berkongsi pendapat dan bertanyakan soalan kepada penceramah dari Skuad Hero Lestari.

Melalui program ini, para pelajar berjaya menghasilkan 72 produk upcycle seperti sikat rambut, pembaris, dan klip bag, dalam inisiatif mengurangkan sisa plastik di tapak pelupusan sampah.

Great Eastern Takaful akan terus komited membantu negara memberi kesedaran tentang penjagaan alam sekitar kepada setiap lapisan Masyarakat, terutamanya dalam kalangan pelajar kerana ia adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk sentiasa menyayangi alam, demi generasi akan datang.

Great Eastern Takaful Memperluaskan Siri Jelajah Upcycling ke Sekolah-sekolah di Pulau Pinang
Great Eastern Takaful Memperluaskan Siri Jelajah Upcycling ke Sekolah-sekolah di Pulau Pinang

Great Eastern Takaful menerusi Skuad Hero Lestari meneruskan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar dengan memperluaskan siri Jelajah Upcycling ke sekolah-sekolah di negeri Barat Laut Malaysia iaitu, Pulau Pinang. Dengan fokus utamanya adalah untuk memberikan kesedaran mengenai penjagaan alam sekitar kepada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk syarikat korporat, NGO, para pelajar universiti dan sekolah serta orang awam. Skuad Hero Lestari turut memperkenalkan mesin inovatif hasil semula, iaitu Mesin Upcycling 2-dalam-1 yang dapat menghasilkan produk berkualiti baharu daripada plastik terpakai kepada para pelajar dan guru-guru.

Siri Jelajah Upcycling di Pulau Pinang ini turut merekodkan seramai 900 orang pelajar dari SK Pengkalan Jaya dan SMK Convent (M) Bukit Mertajam yang terlibat dalam program kesedaran alam sekitar, yang dijalankan. Selain itu, para pelajar juga turut mempelajari ilmu baharu tentang inisiatif kitar semula dan hasil semula, yang dapat membantu mengurangkan pencemaran sisa plastik yang kian memimbangkan, di samping memberi idea baharu dalam menjana pendapatan melalui hasilan semula barangan terpakai.

Pada program yang sama, inisiatif soal jawab antara pelajar dan penceramah dari Skuad Hero Lestari turut dijalankan bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk bertanyakan sebarang soalan berkaitan alam sekitar, mahupun berkenaan Mesin Upcycling 2-dalam-1, yang diperkenalkan semasa program dijalankan. Melalui sesi praktikal mesin upcycling, para pelajar telah berjaya menghasilkan sebanyak 80 produk upcycle yang terdiri daripada sikat rambut, pembaris, dan klip beg, di mana mereka boleh membawa pulang barangan tersebut sebagai cenderahati.

Great Eastern Takaful berharap inisiatif yang dijalankan ini dapat memperkasakan para pelajar, dengan pengetahuan dan kemahiran khusus tentang menjaga alam sekitar. Bersama-sama kita Mencapai Kejayaan demi mencipta masa depan yang lebih hijau dan lestari.

Pelancaran GREAT KITARecycle Challenge 2024
Pelancaran GREAT KITARecycle Challenge 2024

Di bawah inisiatif kelestariannya, Great Eastern Takaful dengan usaha sama SWM Environment telah menganjurkan GREAT KITARecycle 2024. Program ini bertujuan untuk mempromosikan kelestarian alam sekitar melalui pendidikan dan penglibatan pelajar. Majlis pelancaran yang telah berlangsung di Melaka pada 19 Jun 2024 menandakan permulaan rasmi acara ini.

Kerjasama strategik ini melibatkan 60 sekolah rendah dan menengah terpilih dari Negeri Sembilan dan Melaka yang bersaing untuk memenangi hadiah wang tunai melebihi RM30,000.

Cabaran ini terdiri daripada 4 kategori untuk sekolah rendah dan 5 kategori untuk sekolah menengah, termasuk pertandingan pengumpulan bahan kitar semula, pertandingan rekaan arca 3R dengan menggunakan bahan kitar semula, pertandingan menulis esei, pertandingan bercerita, dan pertandingan video pendek.

Dengan melibatkan pelajar dalam pelbagai kategori ini, Great Eastern Takaful bermatlamat untuk memupuk kesedaran dan tanggungjawab terhadap alam sekitar daripada peringkat awal. Inisiatif ini bukan sahaja mempromosikan kepentingan kitar semula malah ia juga dapat memupuk kreativiti dan inovasi dalam pengurusan sisa plastik terpakai. Bersama, kita Mencapai Kejayaan!

Taklimat Kesedaran Alam Sekitar di SK Kg. Tun Razak, Melaka
Taklimat Kesedaran Alam Sekitar di SK Kg. Tun Razak, Melaka

Sekali lagi, Skuad Hero Lestari dijemput oleh sebuah sekolah di Melaka untuk melaksanakan Program Upcycling, sebuah inisiatif kelestarian oleh Great Eastern Takaful di bawah usaha tanggungjawab sosial korporat, GET-Green. Pada 11 Jun 2024, seramai 300 pelajar daripada SK Kg. Tun Razak telah menyertai progam ini.

Program Upcycling ini menampilkan taklimat yang menarik dan menyeronokkan, serta kuiz yang menekankan kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Mesin hasil semula turut diperkenalkan di mana ia dapat memproses sisa plastik kategori 2 dan 5 menjadi barangan baharu yang berguna seperti pembaris dan sikat rambut. Para pelajar turut berpeluang untuk mengendalikan mesin tersebut dan menghasilkan sebanyak 20 produk hasil semula termasuk sikat rambut dan pembaris. Aktiviti interaktif ini dilihat dapat memperkukuhkan prinsip kelestarian dan kitar semula.

Penglibatan Skuad Hero Lestari dalam program ini adalah melangkaui sekadar inisiatif kelestarian atau program pendidikan, yang mana ia adalah pencetus kepada tindakan bermanfaat. Great Eastern Takaful berhasrat untuk memberikan lebih pengetahuan serta Kemahiran kepada anak muda demi membentuk individu yang bertanggungjawab untuk memelihara alam sekitar. Bersama, mari kita Mencapai Kejayaan, dan menuju ke arah masa depan yang lebih hijau dan lestari

Taklimat Kesedaran Alam Sekitar di Karnival Kerjaya Graduan Aspire 2024
Taklimat Kesedaran Alam Sekitar di Karnival Kerjaya Graduan Aspire 2024

Great Eastern Takaful meneruskan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar, Skuad Hero Lestari telah menyertai Karnival Kerjaya GRADUAN ASPIRE 2024, yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 25 dan 26 Mei 2024. Program ini merangkumi sesi taklimat menarik yang menekankan kepentingan pemeliharaan alam sekitar di samping memperkenalkan inisiatif hasil semula, sebagai usaha kelestarian GETB yang menjadikan sisa plastik kategori 2 dan 5, menjadi barang berguna.

Sepanjang program dua hari tersebut, inisiatif ini telah menarik lebih daripada 1000 pengunjung, melibatkan sesi praktikal dan telah menghasilkan 100 barangan seperti pembaris dan sikat rambut. Pengalaman interaktif ini dapat mempromosikan prinsip kitar semula dan kelestarian dalam kalangan pengunjung.

Matlamat Great Eastern Takaful adalah untuk menanamkan tanggungjawab alam sekitar kepada semua peserta. Melalui inisiatif ini, para peserta dapat memahami tentang pengurangan sisa plastik dan penggunaan semula bahan yang boleh dikitar semula, sekali gus menggalakkan budaya kitar semula. 

Taklimat Kesedaran Alam Sekitar di SK (P) Methodist dan SK Semabok, Melaka
Taklimat Kesedaran Alam Sekitar di SK (P) Methodist dan SK Semabok, Melaka

Great Eastern Takaful “Upcycling Champion”, atau yang baru diperkenalkan sebagai Skuad Hero Lestari, meneruskan Program Jelajah Upcycling untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah dan komuniti.

Pada 21 Mei 2024, lebih 500 pelajar dari SK (P) Methodist dan SK Semabok di Melaka terlibat dalam sesi praktikal mengenai cara mengendalikan mesin upcycling 2-dalam-1 yang mengubah sisa plastik menjadi produk baharu. Lebih daripada 100 barangan hasil semula yang terhasil sepanjang sesi tersebut berlangsung. Inisiatif ini yang bertujuan untuk mempromosikan kelestarian dan gaya hidup hijau, telah diterima baik oleh para pelajar dengan peluang yang diberikan kepada mereka untuk menghasilkan barangan hasil semula serta terinspirasi untuk menghasilkan lebih banyak lagi produk hasil semula di rumah. Skuad Hero Lestari juga mengambil peluang ini untuk meningkatkan literasi kewangan terutamanya dalam menyimpan dan menjana pendapatan tambahan daripada aktiviti kitar dan hasil semula.

Program Jelajah Upcycling adalah melangkaui program pendidikan kebiasaannya yang mana ia merupakan seruan untuk tindakan berterusan oleh para pelajar. Great Eastern Takaful berharap untuk memperkasakan generasi muda dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi individu yang peka terhadap perlindungan alam sekitar. Bersama-sama, kita boleh Mencapai Kejayaan dan mencipta masa depan yang lebih lestari.

 

Taklimat kesedaran alam sekitar di Alor Mengkudu, Kedah
Taklimat kesedaran alam sekitar di Alor Mengkudu, Kedah

Great Eastern Takaful Berhad (GETB) telah berpeluang untuk terlibat sama dalam program Takaful Masuk Kampung anjuran Persatuan Takaful Malaysia (MTA) di Alor Mengkudu, Kedah dan meneruskan misi meningkatkan kesedaran mengenai inisiatif hasil semula (upcycling) serta penjagaan alam sekitar kepada seramai 1000 komuniti tempatan dengan penghasilan lebih 50 produk hasil semula sepanjang program berlangsung.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YB. Muhamad Radhi Mat Din, Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan Negeri Kedah DUN Alor Mengkudu yang turut cuba mengendalikan mesin hasil semula 2-dalam-1 di tapak pameran program. Taklimat kesedaran alam sekitar juga telah diberikan untuk mengetengahkan isu pencemaran plastik yang semakin membimbangkan serta bagaimana kita dapat memainkan peranan demi persekitaran yang lebih hijau.

Kami berharap agar inisiatif ini menjana idea kreatif dalam menguruskan sisa plastik di rumah dan bekerjasama untuk mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan sihat demi kualiti hidup yang lebih baik.

Taklimat kesedaran alam sekitar di SK Ampang
Taklimat kesedaran alam sekitar di SK Ampang

Pada 6 Disember 2023, Great Eastern Takaful Berhad (GETB) meneruskan misi untuk meningkatkan kesedaran mengenai kelestarian alam sekitar serta memperkenalkan inisiatif kitar dan hasil semula (upcyling) menggunakan sisa plastik terpakai kepada 100 orang pelajar SK Ampang.

Para pelajar memberi tumpuan penuh sepanjang program berlansung serta berpeluang untuk mengendalikan mesin hasil semula dan menghasilkan sendiri produk baharu. Ini menunjukkan inisiatif hasil semula ini bukan sahaja menarik minat golongan dewasa namun termasuk juga golongan kanak-kanak.

Semoga program ini dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang betapa pentingnya amalan kitar dan hasil semula ini demi melestarikan alam sekitar kita.

Hari Pembersihan Sedunia 2023 di Pantai Saujana, Port Dickson
Hari Pembersihan Sedunia 2023 di Pantai Saujana, Port Dickson

Dalam menyambut Hari Pembersihan Sedunia dan Hari Ozon Sedunia 2023, Great Eastern Takaful Berhad (GETB) mengambil bahagian dalam aktiviti pembersihan di Pantai Saujana, Port Dickson sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).

Dengan kerjasama daripada pihak SMW Environment dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, aktiviti pembersihan pantai serta usaha meningkatkan kesedaran awam mengenai perlindungan alam sekitar itu melibatkan seramai lebih 360 orang sukarelawan daripada pelbagai organisasi serta para pelajar institusi pengajian tinggi.

Para sukarelawan telah berjaya mengumpul sebanyak 19,260 sisa pepejal termasuk puntung rokok, sudu dan garfu plastik, botol plastik serta penutup botol hasil daripada aktiviti pembersihan tersebut.

Great Eastern Takaful juga berpeluang untuk memperkenalkan inisiatif upcycling serta melaksanakan demonstrasi mesin dengan harapan untuk meningkatkan kesedaran terhadap pengurusan sisa plastik serta penghasilan barangan baharu yang berkualiti tinggi daripada sisa plastik tersebut.

Taklimat kesedaran alam sekitar di SK Subang
Taklimat kesedaran alam sekitar di SK Subang

Great Eastern Takaful Berhad (GETB) telah menyampaikan taklimat kesedaran alam sekitar dan memperkenalkan inisiatif upcycling kepada seramai 257 pelajar SK Subang pada 7 September 2023.

Lebih istimewa, program ini juga disertai oleh lima sukarelawan daripada pasukan Skuad Hijau SMK Abdul Jalil. Mereka turut membantu dalam mengendalikan sesi  demonstrasi mesin upcycling kepada para pelajar di samping berpeluang memainkan peranan penting dalam melindungi alam sekitar.

Pengenalan kepada inisiatif Upcycling kepada pelajar SMK Abdul Jalil
Pengenalan kepada inisiatif Upcycling kepada pelajar SMK Abdul Jalil

Great Eastern Takaful Berhad (GETB) amat berbesar hati kerana dapat berkongsi ilmu dan memberi kesedaran alam sekitar dan pengenalan kepada inisiatif upcycling  kepada 183 pelajar dari SMK Abdul Jalil pada 12 September 2023.

Sepanjang program tersebut berlangsung, para pelajar dan ahli pasukan Skuad Hijau SMK Abdul Jalil turut diberi panduan untuk menggunakan mesin upcycling 2 dalam 1 dalam usaha memberi pengajaran baru kepada mereka untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti dengan hanya menggunakan bahan plastic terpakai.

Semoga aktiviti bermanfaat ini dapat mencetuskan lebih banyak idea baru untuk amalan gaya hidup lestari di kalangan pelajar. 

 

Pertandingan GET-Up Battle di GETB
Pertandingan GET-Up Battle di GETB

Great Eastern Takaful Berhad (GETB) terus menerapkan budaya kitar semula dalam kalangan warga kerjanya dengan menganjurkan GET-Up Battle, iaitu pertandingan kitar semula dalam usaha untuk menggalakkan semua pekerja membuat pilihan yang baik dalam menguruskan plastik yang tidak digunakan lagi.

Melalui pertandingan ini, lebih ramai pekerja telah dilatih untuk mengendalikan mesin upcycling 2 dalam 1 dan seterusnya menghasilkan produk baharu yang lebih berkualiti seperti pembaris, sikat, bekas sabun dan klip beg.

Pertandingan yang berlangsung selama sebulan yang bermula pada bulan Mac 2023 ini bertujuan memupuk kerjasama di kalangan pekerja di samping memupuk semangat cintakan alam sekitar yang akan memberi kembali kepada masyarakat di mana setiap produk yang dihasilkan akan diedarkan semula kepada orang ramai melalui program-program kesedaran yang bakal dijalankan. 

Program kesedaran pencemaran plastik dan pengenalan inisiatif Upcycling kepada kru mySalam
Program kesedaran pencemaran plastik dan pengenalan inisiatif Upcycling kepada kru mySalam

Great Eastern Takaful Berhad (GETB) amat berbesar hati dapat memberi kesedaran tentang penjagaan alam sekitar kepada lebih 230 kru mySalam bertempat di Putrajaya dan Sarawak pada bulan Mac 2023.

GETB turut melakukan demonstrasi proses upcycling menggunakan mesin upcycling dan mereka turut diberi peluang untuk mencuba sendiri mesin upcycling tersebut bagi menghasilkan produk baharu.

Melalui program ini, sebanyak 236 produk hasil semula telah berjaya dihasilkan sekaligus menyelamatkan bahan plastik terpakai dari dilupuskan ke tapak pelupusan sampah. 

Program kesedaran pencemaran plastik kepada pelajar SMK Lembah Subang
Program kesedaran pencemaran plastik kepada pelajar SMK Lembah Subang

Great Eastern Takaful telah menjayakan program kesedaran alam sekitar kepada 100 orang pelajar di SMK Lembah Subang dengan kerjasama Eco Garage dan Sea Monkey Project pada 26 Januari 2023 untuk taklimat alam sekitar yang menarik dan demonstrasi untuk menghasilkan produk dari plastik terpakai dan beg plastik.

Sepanjang program tersebut berlangsung, para pelajar telah diberikan pendedahan tentang krisis pencemaran plastik di laut dan risiko kepada hidupan laut dan diberikan panduan mengenai langkah yang boleh diambil untuk menangani isu ini.

Program ini turut mencetuskan minat dalam kalangan pendidik untuk terus mendidik pelajar mereka tentang kepentingan penjagaan alam sekitar. 

 

Great Eastern Takaful mencatatkan Malaysia Book of Records atas penghasilan arca pasir penyu terbesar di Malaysia
Great Eastern Takaful mencatatkan Malaysia Book of Records atas penghasilan arca pasir penyu terbesar di Malaysia

Bertemakan ‘Berani Menjadi Berbeza, Kami Melakukannya Dengan Betul’, Great Eastern Takaful Berhad (GETB) telah mencatatkan Malaysia Book of Records yang baharu dengan penghasilan arca pasir penyu terbesar di Malaysia yang dibina di Cherating, Pahang sempena acara Agensi Headstart 2023 pada January 2023.

Dengan kehadiran sekitar 1,200 pasukan agensi, acara itu menyaksikan semangat hebat penasihat takaful untuk membantu memelihara alam sekitar selain menyediakan perkhidmatan terbaik dalam melindungi lebih 1.5 juta rakyat Malaysia.

Ini merupakan inisiatif pembukaan tahun yang hebat kerana arca pasir berbentuk penyu terbesar di Malaysia berukuran 8.8 meter panjang dan 6.4 meter lebar dibina  untuk meningkatkan kesedaran dan masyarakat tentang isu alam sekitar dan pencemaran plastik yang membahayakan pelbagai hidupan marin.

Ketua Pegawai Eksekutif GETB, Shahrul Azlan Shahriman berkata, “Sebagai pengendali takaful keluarga yang sangat prihatin dengan isu yang semakin meruncing ini, kami melangkah ke hadapan dengan tindakan luar biasa untuk menarik perhatian pasukan agensi kami mengenai isu pencemaran plastik. Laporan berkaitan hidupan laut yang terjejas teruk akibat plastik bukanlah perkara baharu, malah ia sudah lama berlaku dan kes sebegini semakin meningkat sehinggakan haiwan marin berdepan risiko kepupusan. Kami percaya dengan tindakan kolektif dan kerjasama oleh semua pasukan agensi yang disokong oleh lebih ramai rakyat Malaysia, kami boleh mencapai kejayaan bersama.”

Acara unik ini menawarkan peluang kepada para peserta untuk merasai keseronokan aktiviti kitar semula dengan panduan yang baik tentang langkah pengurusankan sisa plastik dengan efektif. 

Bengkel Upcycling bersama pelajar Universiti Malaya
Bengkel Upcycling bersama pelajar Universiti Malaya

Great Eastern Takaful telah menganjurkan Upcycling Workshop khas buat mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Malaya pada bulan Disember 2022.

Bengkel tersebut bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pencemaran plastik, malah ia turut memberi satu pendedahan baharu kepada mereka tentang mesin kitar dan guna semula 2 dalam 1.

Para pelajar turut berpeluang mengendalikan mesin tersebut dan menghasilkan barangan baharu daripada plastik yang tidak lagi digunakan. 

Great Eastern Takaful lancarkan bilik lestari
Great Eastern Takaful lancarkan bilik lestari

Memanfaatkan amalan pendigitalan dan perniagaan mampan, Great Eastern Takaful mengambil langkah yang lebih besar ke arah operasi perniagaan lestari berdasarkan Takaful Perantaraan Berasaskan Nilai (VBIT), yang dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). VBIT memberi tumpuan kepada perkembangan industri Takaful dengan menyepadukan konsep berasaskan nilai seiring dengan operasi Perniagaan.

Pada bulan November 2022, GETB telah mengambil langkah proaktif  dengan memulakan kerjasama bersama Sea Monkey Projek, sebuah organisasi yang menyokong pengurangan pencemaran plastik, dan menukar bahan plastik tidak terpakai kepada bahan yang boleh diguna semula seterusnya mengitar semula bahan plastik untuk kelestarian alam sekitar.

GETB telah melancarkan Bilik Lestari yang menempatkan mesin kitar semula dan hasil semula 2 dalam 1 sebagai satu komitmen besar syarikat dalam memelihara alam sekitar. Pembelian mesin upcycling ini dapat dimanfaatkan untuk memberi kesedaran kepada pelbagai lapisan masyarakat mengenai inisiatif upcycling dan seterusnya menggalakkan aktiviti kitar semula melalui siri bengkel kitar semula yang bakal dilaksanakan.

Bengkel Upcyling di Taman Tugu Malaysia
Bengkel Upcyling di Taman Tugu Malaysia

Great Eastern Takaful dengan kerjasama Sea Monkey Project telah menganjurkan bengkel Upcycling bersama komuniti setempat yang hadir ke Taman Tugu Malaysia pada bulan Oktober 2022.

Program tersebut telah dilaksanakan kepada seramai 80 orang awam dan mereka diberikan penerangan mengenai inisiatif upcycling dan kitar semula.

Para peserta yang hadir telah diberikan peluang untuk mengendalikan mesin upcycling 2 dalam 1 untuk menghasilkan produk pilihan mereka seperti loket, rantai kunci dan gelang tangan.

Latihan teknikal buat Upcycling Champion di GETB
Latihan teknikal buat Upcycling Champion di GETB

Great Eastern Takaful telah mengambil langkah yang lebih proaktif dalam membendung isu pencemaran plastik dengan mengadakan sesi latihan teknikal mengenai penggunaan mesin upcycling kepada warga kerja GETB.

Melalui sesi ini, seramai 47 orang pekerja yang dipilih untuk menjadi Upcycling Champion telah diberikan latihan untuk mengendalikan mesin upcycling dan penerangan mengenai plastik yang sesuai untuk digunakan dalam menghasilkan produk upcycling.