" Barang terpakai dan cara guna semula

1. Ketahui Soalan Lazim terkini mengenai langkah interim penetapan semula harga pelan perubatan.
 

2. Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

3. Pergantungan Sementara Permohonan Kebenaran Direct Debit (DDA) Baharu

Dimaklumkan bahawa permohonan baharu untuk Kebenaran Direct Debit (DDA) akan ditangguhkan sementara bermula 16 Januari 2025 sehingga diberitahu kelak. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

4. Penyata Caruman 2024 tersedia

Penyata Caruman bagi tahun 2024 kini telah tersedia. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Barang terpakai dan cara guna semula

Barang terpakai dan cara guna semula

Salah satu daripada 5R adalah “reuse”, iaitu guna semula barangan. Berikut adalah antara barangan terpakai yang anda boleh guna semula dan cara menggunakannya.

Social Share XF (BM)
Barang terpakai dan cara guna semula

Berdasarkan Solid Waste Management and Public Cleansing  Corporation (SWCorp),  sisa pepejal yang dibuang oleh rakyat Malaysia adalah kira-kira 39,078 ton – iaitu 1.17kg seseorang! Sisa makanan merupakan komponen yang terbesar (30.6%) daripada sisa domestik, diikuti plastik (21.9%), kertas (15.3%), lampin pakai buang (8.2%) dan sisa perumahan berbahaya (4.2%).

Walaupun sampah tidak boleh dilupuskan, gaya hidup lestari boleh membantu dalam pengurangan sampah di tapak pelupusan sampah, bermula dengan 5R. Salah satu daripada 5R adalah “reuse”, iaitu guna semula barangan dengan tujuan asal ataupun memenuhi tujuan berbeza melalui memberi barangan kegunaan baharu. Anda akan mendapati bahawa memberi barangan kegunaan baharu bukan susah seperti anda fikirkan. Berikut adalah antara barangan terpakai yang anda boleh guna semula dan cara menggunakannya.

Bekas dan botol plastik pakai buang

Satu komponen utama sisa domestik adalah plastik, dan ia ada sebab nyata! Perhatikan budaya membungkus makanan atau “tapau”, kebanyakan bekas, cawan dan botol plastik dibuang ke tong  sampah. Selain itu, masyarakat berkemungkinan tidak  memahami proses kitar semula plastik yang betul. Maka,  pertimbangkan untuk mencuci dan menyimpan barangan tersebut apabila membungkus makanan dan minuman nanti.

Bagaimanakah untuk guna semula barangan plastik?

  • Solusi penyimpanan
    Bekas and botol plastik bungkusan makanan dan minuman boleh dijadikan kaedah penyimpanan untuk rumah anda. Anda disarankan untuk tidak menyimpan makanan di dalam bekas plastik terpakai; tetapi, boleh gunakan laci dapur untuk menyusun alatan masak dan kutleri. Gunakan ia sebagai pemegang pen dan wayar di pejabat ataupun untuk menyimpan span bersih.
  • Bekas tanaman
    Botol air pakai buang boleh dipotong di sisinya untuk menanam potongan tumbuhan baharu, atau untuk menyemai anak pokok buah-buahan/sayur-sayuran daripada benih hingga menjadi pucuk tumbuhan. Anda juga boleh menjadikan botol tersebut sebagai bekas tanaman yang yang boleh menakung air siraman. Cawan plastik bungkusan boleh dijadikan bekas tanaman atau pasu untuk tumbuhan kecil.
  • Penyiram pokok
    Juga berkaitan dengan tanaman, anda boleh membentuk botol plastik kepada penyiram pokok. Anda hanya perlu menebuk  beberapa lubang pada penutup botol dengan alat yang tajam.

Cara-cara di atas adalah baik untuk memberi kegunaan baharu kepada barangan plastik, daripada kaedah penyimpanan hingga ke alat tanaman. Organisasi seperti kami di Great Eastern Takaful juga berinisiatif dalam memberi fungsi baharu kepada barangan plastik terpakai, demi pengurangan sisa plastik, serta pendidikan lestari di sekolah.

Pakaian lama

Konsumerisme dan trend fesyen mikro telah menyebabkan lambakan pakaian di tapak pelupusan sampah. Ini amat membahayakan kerana kebanyakan penghasilan pakaian berskala besar diperbuat daripada poliester, yang merupakan sejenis mikroplastik, di mana ia boleh meresap ke dalam tanah dan air dalam jangka panjang. Oleh itu, adalah amat penting untuk ambil maklum tentang jenis tekstil pakaian anda pastikan penggunaan pakaian sekadarnya dengan mengurangkan pembelian pakaian baharu. Bagaimana pula dengan pakaian lama?

Selain daripada membeli ataupun saling bertukar baju terpakai untuk diri sendiri, pakaian lama anda boleh dijadikan sebagai seni dinding (“wall art”), dengan memotong grafik kemeja-t terpakai kegemaran anda dan muatkannya ke dalam bingkai foto. Kemeja-t juga boleh dijadikan beg beli belah dan tikar, dengan cara memotong dan menyimpulnya. Jika anda boleh menjahit, anda boleh membuat pakaian baharu, ataupun membuat sarung bantal dan selimut.

Alat solekan yang mencapai tempoh luput

Anda tidak patut menggunakan alat persolekan yang bertempoh lebih daripada 3 tahun kerana ia boleh menyebabkan jerawat, alahan dan jangkitan bakteria. Ini adalah berita buruk kepada kaum wanita,
lebih-lebih lagi setelah mengetahui nombor produk yang tidak lagi boleh digunakan dan tidak pasti apa yang perlu dilakukan.

Walaupun ia tidak boleh digunakan pada wajah, alat solek tersebut boleh digunakan pada kanvas atau kertas lukisan! Kembangkan bakat seni anda dengan melukis menggunakan alat solek sebagai medium lukisan dalam projek “do-it-yourself” (DIY). Anda juga boleh melakukan aktiviti ini dengan keluarga, di mana karya tersebut boleh dipaparkan di rumah. 

 

Sebagai ringkasnya, terdapat keperluan untuk mengurangkan sisa terutamanya sisa yang merbahaya, dan salah satu caranya adalah melalui guna semula barangan seperti bekas dan botol plastik pakai buang, pakaian lama dan juga alat solek yang telah luput tempohnya. Banyak lagi barangan yang boleh diguna semula, seperti perabot lama. Anda akan menikmati manfaatnya apabila anda ketahui lebih lanjut dan dengan menggunakan kreativiti anda – mungkin anda akan mendapat hobi baharu! Tambahan pula, mempunyai hobi adalah baik untuk anda dan kesihatan mental anda. 

 

Rujukan: