1. Gangguan Sementara terhadap Perkhidmatan yang Memerlukan Komunikasi Melalui E-mel: Susulan gangguan perkhidmatan Microsoft 365 yang sedang berlaku, kami sedang mengalami kelewatan dalam memberikan maklum balas terhadap pertanyaan melalui e-mel serta kesukaran mengakses perkhidmatan tertentu di i-Get In Touch yang memerlukan pengesahan Kata Laluan Sekali Guna (OTP) melalui e-mel. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama anda sementara isu ini sedang diselesaikan. Untuk mendapatkan bantuan, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1300-13-8338 sepanjang waktu operasi. Terima kasih.

 

2. Peringatan Keselamatan: Kekal Berwaspada dan lindungi maklumat peribadi anda. Jangan sekali-kali berkongsi kata laluan atau Kata Laluan Sekali Guna (OTP) anda dengan sesiapa pun, termasuk individu yang mendakwa mewakili Great Eastern Takaful. Jika anda menghadapi sebarang aktiviti yang mencurigakan atau mempunyai kebimbangan mengenai keselamatan maklumat peribadi anda, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1300-13-8338 atau emel kami di i-greatcare@greateasterntakaful.com untuk bantuan.

 

3. AMARAN PENIPUAN! Berhati-hati dengan penipu yang berpura-pura menawarkan pinjaman bank peribadi dengan perlindungan perlindungan takaful dengan syarat pembayaran caruman hendaklah dibayar sebelum jumlah pinjaman yang diluluskan dikeluarkan. Jangan jadi mangsa penipuan ini!

 

4. Kami menggalakkan anda untuk mengambil langkah berjaga-jaga apabila memberikan sebarang maklumat sulit melalui Internet. Anda tidak akan diminta untuk memberikan butiran peribadi dalam talian untuk mengakses maklumat produk kami.

Memberi Impak kepada Komuniti

Memperkasa manusia dan memperkukuh komuniti ke arah membina masyarakat yang dinamik dan berdaya tahan.

Menghargai Warga Kerja Kami

Sebagai sebuah penyedia Takaful yang dipercayai, kami komited untuk memupuk persekitaran kerja yang menyokong dan kolaboratif, di mana warga kerja kami dihargai, berkembang secara peribadi, serta membina kerjaya yang bermakna. Dengan mengamalkan kepelbagaian, kami mewujudkan persekitaran inklusif yang memperkasa individu untuk mengambil pemilikan terhadap sumbangan mereka serta memacu kejayaan bersama.

Menyumbang Kembali kepada Komuniti

Kami berhasrat untuk menjadi pemacu kebaikan serta memperkasa komuniti untuk Reach for A Greater Tomorrow dengan secara aktif mencari peluang dan menjalin kerjasama yang dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Di seluruh Great Eastern Malaysia, kami telah melancarkan program Great Eastern Cares yang memberi tumpuan kepada empat bidang utama: meningkatkan literasi kewangan, memperluaskan akses kepada perlindungan takaful, mempertingkatkan kualiti hidup dan melindungi alam sekitar.