1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Get In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.


4. Muat Turun Penyata 2025 Anda melalui i-Get In Touch (“IGIT”)”

 

5. Laporan Dana Berkaitan Pelaburan 2025 Kini Tersedia di sini

 

6. Pengumuman berhubung pengemaskinian pengaturan perkhidmatan bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad. Ketahui lebih lanjut.

Live Great di Great Eastern Takaful

Kami komited untuk memperkasa warga kerja kami untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka.

Ganjaran dan Faedah

Kami memberi ganjaran kepada pekerja kami melalui program imbuhan yang berasaskan prestasi. Tawaran kami kompetitif dengan pasaran manakala bonus berubah yang diberikan adalah berdasarkan prestasi individu serta prestasi keseluruhan syarikat.

Di samping itu, kami menyediakan manfaat pakej yang komprehensif termasuk perlindungan takaful, manfaat rawatan pesakit luar dan dalam, ganjaran persaraan, manfaat optikal dan pergigian, keahlian gim bersubsidi, cuti khas berbayar, serta bantuan bersalin.

Pembangunan Kerjaya

Kami komited untuk memperkasa kerjaya anda. Rangka Kerja Kerjaya kami membekalkan anda dengan pengetahuan, kompetensi dan panduan yang diperlukan untuk memajukan kerjaya ke tahap yang lebih tinggi, sama ada anda berada dalam laluan Pengurusan, Profesional atau Sokongan Perniagaan.

Integrasi Kerja dan Kehidupan

Fleksibiliti adalah amalan utama kami. Kami komited untuk menyediakan persekitaran kerja yang inklusif dan progresif bagi membolehkan anda mengimbangi kerjaya dan kehidupan peribadi secara bermakna. Amalan Waktu Kerja Fleksibel dan Kod Pakaian Fleksibel kami mewujudkan persekitaran kerja yang anjal sekali gus menggalakkan kolaborasi, kreativiti dan produktiviti.

Pembelajaran dan Pembangunan

Di Great Eastern Takaful, pembelajaran merupakan satu perjalanan berterusan. Kami menawarkan pelbagai peluang latihan dan pembangunan, serta sokongan pendidikan seperti program bayaran balik yuran dan cuti belajar bagi pekerja yang melanjutkan kelayakan profesional.

Kesihatan dan Kesejahteraan

Program LIFE kami yang memenangi anugerah direka untuk menyokong kesejahteraan anda sepanjang kerjaya. Melalui pelbagai inisiatif berteraskan kesihatan seperti sesi senaman, kejohanan sukan, saringan kesihatan serta taklimat kesihatan, anda boleh mengumpul mata LIFE yang boleh digunakan untuk menebus yuran keahlian gim, membuat pembelian daripada rakan niaga terpilih, atau ditukar kepada GREAT Points untuk menebus produk bagi anda dan orang tersayang.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai keluarga Great Eastern, sila hantar CV anda ke humancapital@greateasterntakaful.com atau klik di sini untuk melihat kekosongan jawatan semasa.

Ikuti kami di Linkedin untuk mendapatkan perkembangan terkini.