1. Gangguan Sementara terhadap Perkhidmatan yang Memerlukan Komunikasi Melalui E-mel: Susulan gangguan perkhidmatan Microsoft 365 yang sedang berlaku, kami sedang mengalami kelewatan dalam memberikan maklum balas terhadap pertanyaan melalui e-mel serta kesukaran mengakses perkhidmatan tertentu di i-Get In Touch yang memerlukan pengesahan Kata Laluan Sekali Guna (OTP) melalui e-mel. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama anda sementara isu ini sedang diselesaikan. Untuk mendapatkan bantuan, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1300-13-8338 sepanjang waktu operasi. Terima kasih.

 

2. Peringatan Keselamatan: Kekal Berwaspada dan lindungi maklumat peribadi anda. Jangan sekali-kali berkongsi kata laluan atau Kata Laluan Sekali Guna (OTP) anda dengan sesiapa pun, termasuk individu yang mendakwa mewakili Great Eastern Takaful. Jika anda menghadapi sebarang aktiviti yang mencurigakan atau mempunyai kebimbangan mengenai keselamatan maklumat peribadi anda, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1300-13-8338 atau emel kami di i-greatcare@greateasterntakaful.com untuk bantuan.

 

3. AMARAN PENIPUAN! Berhati-hati dengan penipu yang berpura-pura menawarkan pinjaman bank peribadi dengan perlindungan perlindungan takaful dengan syarat pembayaran caruman hendaklah dibayar sebelum jumlah pinjaman yang diluluskan dikeluarkan. Jangan jadi mangsa penipuan ini!

 

4. Kami menggalakkan anda untuk mengambil langkah berjaga-jaga apabila memberikan sebarang maklumat sulit melalui Internet. Anda tidak akan diminta untuk memberikan butiran peribadi dalam talian untuk mengakses maklumat produk kami.

Dapatkan kepastian dengan pelan perlindungan anda untuk menikmati kemasukan tanpa tunai

Dapatkan kepastian dengan pelan perlindungan anda untuk menikmati kemasukan tanpa tunai

Hubungi kami 24/7 di 1300-1300-18 atau e-mel kepada kami di healthcareservices@greateasternlife.com.

Selamat datang ke Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan

Peningkatan kos rawatan perubatan tidak seharusnya menghalang anda daripada menerima perkhidmatan perubatan yang berkualiti. Kami menawarkan pelan perubatan komprehensif yang dilengkapi dengan kad perubatan yang membayar bil perubatan anda. Nikmati kemudahan kemasukan tanpa tunai di senarai panel hospital swasta kami dengan hanya menunjukkan kad perubatan anda ke kaunter kemasukan hospital.

Panel klinik untuk pemeriksaan kesihatan

Panel klinik yang disenaraikan mengikut lokasi bertujuan untuk membantu memudahkan pemeriksaan kesihatan dibuat oleh permohonan baharu Takaful.

Tuntutan dan Kemasukan ke Hospital

Kami mempunyai rangkaian hospital panel yang luas yang terletak di lokasi strategik di seluruh negara untuk berkhidmat kepada pemegang sijil kami. Sila klik pada pautan berikut pada senarai lengkap hospital panel dan pakar kami.