Buat tuntutan untuk kemalangan
Dapatkan pampasan jika anda telah cedera akibat kemalangan. Ikuti langkah-langkah ini untuk membuat tuntutan baru.
Langkah 1: Dapatkan dokumen-dokumen berikut
Untuk tujuan bukti dan pengesahan, sila lengkapkan dokumen-dokumen yang berkaitan berdasarkan tuntutan yang dibuat. Dokumen yang diperlukan untuk tuntutan kemalangan:
| Dokumen | Maklumat tambahan |
| Borang Tuntutan Kemalangan - pemilik sijil / penuntut | Dilengkapkan oleh pemilik sijil / penuntut |
| Borang Tuntutan Kemalangan | Kenyataan doktor yang merawat |
| Surat Pemberikuasaan / Kebenaran | Untuk mendapatkan maklumat lanjut |
| Senarai Semak Keperluan Penyerahan Tuntutan Keluarga | - |
| Borang Kemudahan Kemasukan Kredit | - |
Langkah 2: Menyerah dokumen
| Penyerahan atas talian | Penyerahan dokumen fizikal |
1. Portal pelanggan i-Get In Touch (iGIT) 2. Perunding Great Eastern Takaful anda | 1. Cawangan Great Eastern Takaful yang terdekat Ibu pejabat: Klik di sini untuk menetapkan temujanji Waktu Operasi (Isnin hingga Jumaat) |