1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Get In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

 

4. Laporan Dana Berkaitan Pelaburan 2025 Kini Tersedia di sini

 

5. Pengumuman berhubung pengemaskinian pengaturan perkhidmatan bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad. Ketahui lebih lanjut.

Notis Perlindungan Data Peribadi Bagi Perunding Takaful (Ejen) dan Wakil

Great Eastern Takaful Berhad (“Great Eastern Takaful”) adalah sebahagian daripada Kumpulan Great Eastern, termasuk syarikat berkaitannya dan korporat berkaitan Kumpulan Great Eastern. Kumpulan Great Eastern terdiri daripada Great Eastern Holdings Limited dan anak-anak syarikatnya.

“Ejen” bermaksud mana-mana orang perseorangan yang mempelawa atau mendapatkan cadangan bagi pihak Syarikat, merundingkan kontrak takaful bagi pihak Syarikat, atau melakukan apa-apa tindakan lain bagi pihak Syarikat berkaitan dengan pengeluaran, pembaharuan atau penerusan sesuatu sijil takaful.

“Wakil” bermaksud mana-mana orang perseorangan yang mempelawa atau mendapatkan cadangan untuk takaful, atau yang memasarkan atau mengedarkan produk takaful Syarikat dalam kapasiti sebagai pekerja, pegawai atau wakil yang diberi kuasa bagi sesebuah perbadanan yang diberi kuasa untuk mewakili Syarikat atau mengedarkan produk Syarikat, dan yang tidak bertindak sebagai ejen atau pekerja Syarikat dalam kapasiti peribadinya.

Dengan berinteraksi bersama Great Eastern Takaful Berhad (“Syarikat”) dan menyerahkan maklumat kepada Syarikat, anda bersetuju (dan apabila perlu, persetujuan secara nyata) untuk menggunakan maklumat tersebut sepertimana tujuan yang dinyatakan di dalam notis ini. Persetujuan dan kebenaran tersebut merangkumi sebarang maklumat yang diperoleh daripada sejarah rekod kewangan atau rekod kredit anda, data atau maklumat samada diberikan secara peribadi atau tidak.

1. Data Peribadi

"Data Peribadi" bermaksud sebarang maklumat yang anda telah berikan atau akan berikan kepada Syarikat yang berkaitan dengan peranan anda sebagai Ejen atau Wakil samada diberikan oleh anda sendiri atau majikan atau prinsipal, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, nombor Kad Pengenalan, nombor pasport, alamat, nombor telefon, alamat emel, imej, pilihan peribadi anda, maklumat akaun kewangan dan perbankan dan sebarang maklumat yang mungkin boleh mengenal pasti anda, yang telah atau mungkin dikumpulkan, disimpan, digunakan dan diproses oleh Syarikat dari semasa ke semasa. Istilah "Data Peribadi" juga merangkumi data peribadi sensitif iaitu yang bermaksud sebarang data peribadi yang mengandungi maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, data biometrik, pendapat politik, kepercayaan agama atau lain-lain kepercayaan yang bersifat seumpamanya dan pelakuan atau pengataan pelakuan yang mendakwa anda bagi sebarang kesalahan.

Maklumat yang anda berikan kepada Syarikat adalah perlu. Sekiranya anda tidak memberikan Syarikat dengan maklumat tersebut, Syarikat mungkin tidak dapat memproses, mentadbir atau mengurus permohonan dan peranan anda sebagai Ejen atau Wakil Syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada kenaikan pangkat dan komisen anda.

Sekiranya anda memberikan kami Data Peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga, termasuk yang anda telah namakan sebagai ahli keluarga, dengan memberikan maklumat sedemikian kepada kami, anda menyatakan kepada kami bahawa anda telah memperoleh persetujuan daripada pihak ketiga untuk memberi kepada kami Data Peribadi mereka untuk tujuan yang berkaitan dengan anda seperti yang dinyatakan di dalam notis ini. Rujukan bagi "Data Peribadi anda" hendaklah merangkumi Data Peribadi pihak ketiga yang telah anda berikan.

Notis ini terpakai kepada individu yang masih hidup. Hak dan perlindungan di bawah Notis ini dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 tidak akan terpakai kepada individu yang telah meninggal dunia, walaupun begitu, kami boleh mengendali Data Peribadi sedemikian selaras dengan kewajipan undang-undang atau fidusiari yang berkenaan.

2. Pengumpulan Data Peribadi

Syarikat akan mengumpulkan Data Peribadi anda menerusi cara-cara, termasuk tetapi tidak terhad kepada cara-cara berikut:

  • Apabila anda menghantar sebarang borang, termasuk tetapi tidak terhad kepada, borang pendaftaran Ejen atau Wakil, permohonan dan/atau borang deklarasi;
  • Apabila anda membuat sebarang perjanjian, memberi dokumen atau maklumat berkaitan dengan interaksi dan transaksi anda dengan Syarikat, atau menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat.
  • Apabila anda berhubung dengan kakitangan Syarikat termasuk pegawai perkhidmatan pelanggan dan wakil Syarikat yang lain menerusi panggilan telefon (yang mungkin dirakam), surat, faksimile, perjumpaan bersemuka, platform digital (termasuk media sosial), dan email;
  • Apabila anda menggunakan perkhidmatan disediakan oleh Syarikat menerusi dalam talian atau platform teknologi lain, seperti laman sesawang dan aplikasi termasuk semasa anda mendaftar sebarang akaun dalam talian dengan Syarikat;
  • Apabila anda meminta Syarikat untuk menghubungi anda, disertakan ke dalam email atau senarai mel lain, membalas permintaan Syarikat bagi Data Peribadi tambahan, atau tawaran dan/atau inisiatif disediakan oleh Syarikat;
  • Apabila Syarikat memerlukan atau menerima maklumat berkenaan dengan permohonan perlantikan Ejen atau Wakil anda, sebagai contoh, maklumat melalui bekas majikan anda atau/dan mana-mana badan berkuasa.
  • Apabila imej anda ditangkap oleh Syarikat melalui kamera CCTV semasa anda berada di dalam premis Syarikat, atau melalui gambar atau video yang diambil oleh Syarikat atau wakil yang dibenarkan apabila anda menghadiri acara yang dihoskan oleh Syarikat; and/or
  • Apabila anda memberikan Data Peribadi anda bagi sebab-sebab yang lain.

Syarikat boleh mengumpul dan/atau mengesahkan Data Peribadi anda daripada pihak ketiga, termasuk agensi rujukan kredit, Kumpulan Great Eastern, persatuan-persatuan insuran dan takaful.

3. Tujuan Pengumpulan dan Penggunaan Data Peribadi

Sebarang Data Peribadi yang anda berikan dan/atau akan berikan, boleh digunakan, direkodkan, disimpan, diarkibkan, dizahirkan atau diproses oleh atau bagi pihak Syarikat, termasuk pengganti hak miliknya untuk tujuan berikut:

  • Pemprosesan borang permohonan atau borang pendaftaran Ejen atau Wakil anda (termasuk semua dokumen sokongan), mengikut mana yang berkenaan;;
  • untuk tujuan pentadbiran dan pengurusan dalaman, termasuk menjalankan semakan karakter/kredit yang mungkin merangkumi penilaian dan penyiasatan menyeluruh terhadap latar belakang, kelayakan, pengalaman, pendidikan, sejarah pekerjaan, rujukan dan maklumat lain (termasuk rekod sejarah jenayah);
  • untuk pemantauan, pentadbiran dan pengurusan peranan anda sebagai Ejen atau Wakil Syarikat;
  • untuk tujuan promosi termasuk memaparkan dan menerbitkan gambar atau imej video anda;
  • untuk penyelidikan, penilaian risiko dan audit termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan Sejarah statistik atau tujuan aktuari, analisis data atau pembelajaran;
  • untuk mencegah, menyiasat atau melaporkan sebarang pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, sogokan, rasuah, konspirasi, penipuan yang berlaku atau yang disyaki termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan takaful, pengelakan cukai atau sekatan ekonomi atau perdagangan, dan lain-lain kegiatan jenayah atau yang menyalahi undang-undang;
  • untuk memadankan dan mengemaskini Data Peribadi anda yang terdapat di dalam rekod Syarikat apabila perlu, atau bagi memenuhi permintaan anda untuk mengemaskini Data Peribadi;
  • memohon maklum balas atau penyertaan dalam kaji selidik, serta menjalankan penyelidikan pasaran dan/atau analisis menggunakan analitik data, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin bagi tujuan statistik, pemprofilan, ramalan atau tujuan lain untuk kami mereka bentuk produk, memahami tingkah laku individu, prestasi, keutamaan dan trend pasaran, menjalankan penilaian dalaman untuk menambah baik proses perniagaan, serta untuk menyemak, membangunkan dan meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada anda, dan menyertai kajian industri bagi kepentingan awam dan pendidikan, sebagai tambahan kepada tujuan yang dinyatakan di dalam Notis ini;
  • seperti yang dikehendaki undang-undang, peraturan, pengawalan, kod amalan atau garis panduan yang mengikat ke atas Syarikat;
  • bagi tujuan melaksanakan kewajiban di bawah mana-mana skim pemindahan perniagaan yang sah menurut undang-undang.
  • untuk sistem-sistem perkongsian maklumat, termasuk untuk membantu dalam siasatan bagi mana-mana syarikat takaful atau insuran, atau mana-mana persatuan takaful atau insuran
  • untuk pemasaran langsung dan pemasaran umum produk dan perkhidmatan takaful daripada Syarikat, Kumpulan Great Eastern atau syarikat berkaitan masing-masing, atau pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada rakan niaga, yang patuh Syariah yang mungkin menarik minat anda. Sila yakini bahawa maklumat pemasaran yang berkenaan dengan Kumpulan Great Eastern dan syarikat berkaitan masing-masing, serta produk dan perkhidmatan daripada pihak ketiga hanya akan dihantar kepada anda sekiranya anda telah bersetuju secara rasmi untuk menerima perkara yang sama;
  • untuk tindakan undang-undang atau yang berpotensi untuk dikenakan tindakan undang-undang;
  • jika dikehendaki oleh undang-undang atau dengan niat yang jujur, sekiranya tindakan itu perlu:
    • untuk mematuhi mana-mana penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses perundangan, dan / atau
    • untuk melindungi dan mempertahankan hak atau harta Syarikat dan Great Eastern.


4. Penyimpanan Data Peribadi

Syarikat boleh menyimpan Data Peribadi anda untuk tempoh masa yang dianggap perlu bagi tujuan yang disenaraikan dalam bahagian “Tujuan Pengumpulan dan Penggunaan Data Peribadi” di atas dan/atau bagi memenuhi sebarang keperluan operasi, audit, penyiasatan, undang-undang, pengawalseliaan, cukai atau perakaunan, termasuk tetapi tidak terhad bagi sebarang potensi tindakan guaman.

5. Penzahiran Data Peribadi

Syarikat mungkin menzahirkan dan/atau memberi Data Peribadi anda kepada pihak-pihak berikut (di dalam dan di luar Malaysia) untuk tujuan yang dinyatakan di atas:

  • wakil-wakil Syarikat yang diberi kuasa, pegawai dan / atau pegawai atasan dan jika berkenaan, majikan atau prinsipal bagi mana-mana Wakil tersebut;
  • pembekal perkhidmatan pihak ketiga (yang menyediakan pentadbiran, telekomunikasi, kemudahan berkaitan komputer termasuk tetapi tidak terhad kepada pembelian perkakasan atau perisian, penambahbaikan sistem, penghijrahan atau penyelenggaraan, jika ada, pembayaran, pemprosesan data, penyimpanan atau perkhidmatan lain kepada Syarikat yang berkaitan dengan perlakuan atau cara operasi perniagaan kami) untuk memenuhi kewajipan Syarikat kepada anda, atau kepada majikan atau prinsipal;
  • pengendali takaful, perkhidmatan pengesanan dan pencegahan penipuan, pengendali retakaful, persatuan takaful dan pihak berkuasa kawal selia industri takaful;
  • mana-mana agensi rujukan kredit atau, sekiranya berlaku kegagalan pembayaran kredit, mana-mana agensi kutipan hutang;
  • mana-mana individu yang berperanan untuk menjaga kerahsiaan dan telah memberi akujanji untuk menyimpan data sulit tersebut, yang dilantik Syarikat untuk memenuhi tanggungjawabnya kepada anda;
  • mana-mana orang yang menjadi tanggungjawab Syarikat untuk membuat penzahiran kepadanya mengikut sebarang kehendak undang-undang, peraturan, tataamalan atau garis panduan yang mengikat Syarikat.
  • mana-mana pihak berkuasa kawal selia, badan-badan kerajaan, badan-badan yang diiktiraf industry serta dalam keadaan lain yang dikehendaki oleh undang-undang.
  • syarikat-syarikat lain di bawah Kumpulan Great Eastern, termasuk syarikat berkaitannya dan korporat berkaitannya;
  • mana-mana rakan niaga Syarikat; dan
  • pihak-pihak lain yang anda telah bersetuju untuk penzahiran Data Peribadi anda.


6. Langkah Keselamatan pada Data Peribadi Anda

Syarikat akan mengambil usaha yang munasabah untuk melindungi Data Peribadi dalam milikan atau kawalan dengan membuat pengaturan keselamatan yang munasabah untuk menghalang akses, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pengubahsuaian, pelupusan tanpa kebenaran atau risiko serupa. Walau bagaimanapun, Syarikat tidak dapat menjamin sepenuhnya keselamatan sebarang Data Peribadi yang mungkin kami kumpulkan daripada atau tentang anda, atau sebagai contoh tiada kod berbahaya akan memasuki tapak web Syarikat (sebagai contoh virus, pepijat, kuda trojan, perisian pengintip atau perisian iklan). Anda harus sedar tentang risiko yang berkaitan dengan menggunakan tapak web.

Walaupun Syarikat berusaha untuk melindungi Data Peribadi anda, Syarikat tidak dapat memastikan keselamatan maklumat yang anda hantar kepada Syarikat melalui Internet, dan Syarikat menyarankan anda untuk mengambil setiap langkah berjaga-jaga untuk melindungi Data Peribadi anda apabila anda berada di Internet. Syarikat mengesyorkan agar anda menukar kata laluan anda dengan kerap, menggunakan gabungan huruf dan nombor, dan pastikan anda menggunakan penyemak imbas yang selamat.

Di mana berkenaan, anda berjanji untuk memastikan nama pengguna dan kata laluan anda selamat dan sulit serta tidak akan mendedahkan atau membenarkan ia didedahkan kepada mana-mana orang yang tiada kebenaran, dan memaklumkan Syarikat secepat mungkin jika anda mengetahui atau mengesyaki bahawa orang lain mengetahui nama pengguna anda serta kata laluan atau percaya kerahsiaan nama pengguna dan kata laluan anda telah hilang, dicuri atau dikompromi dalam apa jua cara atau bahawa transaksi sebenar atau kemungkinan transaksi tanpa kebenaran telah berlaku. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan akibat daripada sebarang pelanggaran keselamatan yang berkaitan dengan penggunaan nama pengguna dan kata laluan anda tanpa kebenaran dan/atau penipuan.

7. Penggunaan Kuki dan Teknologi Berkaitan

Laman web dan platform Syarikat menggunakan kuki dan teknologi lain. Kuki ialah fail teks kecil yang disimpan dalam pengkomputeran anda atau peranti elektronik lain apabila anda melawati tapak web dan platform Syarikat untuk tujuan penyimpanan rekod. Kuki disimpan dalam direktori fail penyemak imbas anda, dan pada kali seterusnya anda melawati tapak web atau platform, penyemak imbas anda akan membaca kuki dan menyampaikan kembali maklumat ke tapak web, platform atau elemen yang pada asalnya menetapkan kuki. Bergantung pada jenis kuki itu, kuki mungkin menyimpan pilihan pengguna dan maklumat lain.

Suar web (juga dikenali sebagai tag piksel dan GIF jelas) melibatkan grafik yang tidak nyata kepada pengguna. Pautan penjejakan dan/atau teknologi serupa terdiri daripada beberapa baris kod pengaturcaraan dan boleh dibenamkan dalam tapak web atau platform Syarikat. Suar web biasanya digunakan bersama dengan kuki dan digunakan terutamanya untuk tujuan analisis statistik. Teknologi ini juga boleh digunakan untuk menjejaki corak trafik pada tapak web dan platform, serta mengetahui sama ada e-mel telah diterima dan dibuka dan untuk melihat sama ada terdapat sebarang respons.

Syarikat mungkin menggunakan kuki dan teknologi lain seperti berikut:

  • maklumat penjejakan seperti bilangan pelawat dan kekerapan penggunaan mereka, profil pelawat dan tapak pilihan mereka;
  • menjadikan tapak web dan platform Syarikat B lebih mudah digunakan. Sebagai contoh, kuki boleh digunakan untuk membantu mempercepatkan interaksi masa depan anda dengan tapak web dan platform Syarikat;
  • untuk menyesuaikan produk dan perkhidmatan Syarikat dengan lebih baik mengikut minat dan keperluan anda. Sebagai contoh, maklumat kuki mungkin dikenal pasti dan didedahkan kepada vendor dan rakan niaga Syarikat untuk menjana pandangan pengguna;
  • mengumpul maklumat tentang carian dan sejarah penyemakan imbas pengguna;
  • mengumpul maklumat untuk tujuan analisis, statistik dan maklumat berkaitan tapak termasuk, tanpa had, maklumat yang berkaitan dengan cara pelawat tiba di tapak web atau platform, pelayar yang digunakan oleh pelawat, system pengendalian yang digunakan pelawat, alamat IP pelawat, dan maklumat strim klik pelawat dan cap masa (yang mungkin termasuk sebagai contoh, maklumat tentang halaman yang mereka telah lihat, masa halaman itu diakses dan masa yang dihabiskan untuk setiap halaman web);
  • menggunakan maklumat sedemikian untuk memahami cara orang menggunakan tapak web dan platform Syarikat, dan untuk membantu Syarikat menambah baik struktur dan kandungan mereka;
  • membolehkan tapak web dan platform Syarikat beroperasi, sebagai contoh, kuki yang membolehkan anda log masuk ke bahagian selamat tapak web dan platform Syarikat; dan/atau
  • memperibadikan laman web dan platform untuk anda, termasuk menyampaikan iklan yang mungkin menarik minat anda dan menggunakan maklumat berkaitan kuki untuk membolehkan kami memahami keberkesanan iklan Syarikat.

Beberapa kuki yang Syarikat B gunakan adalah daripada syarikat pihak ketiga untuk memberikan Syarikat analisis web dan risikan tentang tapak web dan platform Syarikat. Syarikat-syarikat ini mengumpulkan maklumat tentang interaksi anda dengan tapak web dan platform Syarikat. Syarikat menggunakan maklumat sedemikian untuk menyusun statistik tentang pelawat yang berinter`aksi dengan tapak web, platform dan kandungan dalam talian Syarikat yang lain, untuk mengukur keberkesanan komunikasi Syarikat, dan untuk memberikan maklumat yang lebih berkaitan kepada pelawat.

Jika anda tidak bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi lain oleh Syarikat seperti yang dinyatakan dalam Notis ini, anda harus memadam atau melumpuhkan kuki yang dikaitkan dengan tapak web dan platform Syarikat dengan menukar tetapan pada penyemak imbas anda dengan sewajarnya. Melainkan anda telah melaraskan tetapan penyemak imbas anda untuk menyekat kuki, sistem Syarikat akan mengeluarkan kuki sebaik sahaja anda melawat tapak Syarikat B atau mengklik pada pautan dalam e-mel sasaran yang telah Syarikat hantar kepada anda, walaupun anda telah memadamkan kuki sebelum ini. Walau tbagaimanapun, anda mungkin tidak dapat memasuki bahagian tertentu tapak web atau platform Syarikat. Ini juga boleh memberi kesan kepada pengalaman pengguna anda semasa berada di tapak web atau platform Syarikat.

Cara kuki boleh diuruskan bergantung pada penyemak imbas anda. Untuk maklumat lanjut tentang cara mengkonfigurasi atau melumpuhkan kuki, sila rujuk pilihan 'Bantuan' pelayar internet anda.

Analisis data, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin boleh digunakan untuk beberapa tujuan yang dinyatakan dalam perenggan di atas.
 

8. Hak Anda pada Data Peribadi Anda

Anda boleh mengakses Data Peribadi tertentu yang disimpan oleh Syarikat berdasarkan undang-undang perlindungan data yang terpakai di Malaysia. Anda boleh mengakses Data Peribadi tertentu melalui portal i-Great Partner atau menerusi permintaan kepada jabatan “Agency Distribution” Syarikat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan seperti mengehadkan pemprosesan maklumat tertentu, anda boleh menghubungi Syarikat melalui Modul Komunikasi Internet (ICM) di dalam portal i-Great Partner atau anda boleh menghubungi jabatan “Agency Distribution” Syarikat.

Syarikat boleh mengenakan bayaran yang berpatutan untuk pemberian akses. Jika anda boleh menunjukkan bahawa Data Peribadi yang disimpan oleh Syarikat adalah tidak tepat, lengkap dan terkini, Syarikat akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan ia tepat, lengkap dan terkini apabila menerima pengesahan atau maklum balas anda.

Jika anda mempunyai sebarang aduan atau maklum balas berkenaan Data Peribadi anda, anda boleh menulis kepada Pegawai Perlindungan Data Syarikat.

Alamat Pegawai Perlindungan Data,
Level 20, Menara Great Eastern,
303 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur Malaysia.
Email: GETBDPO@greateasterntakaful.com

Syarikat boleh menyemak dan mengemaskini Notis Perlindungan Data Peribadi ini dari semasa ke semasa untuk menunjukkan perubahan dari sudut undang-undang, perubahan amalan perniagaan, prosedur dan struktur, serta perubahan di dalam jangkaan komuniti terhadap privasi. Adalah tidak praktikal untuk kami memaklumkan kepada anda sekiranya ada sebarang perubahan kepada Notis Perlindungan Data Peribadi ini. Oleh itu, anda boleh melayari laman sesawang syarikat di www.greateasterntakaful.com untuk mendapatkan versi terkini Notis Perlindungan Data Peribadi pada bila-bila masa.

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia pada notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Terakhir dikemaskini pada: 15/07/2026