Nasihat Keselamatan
Great Eastern komited untuk melindungi keselamatan semua pelanggan kami di internet dan/atau melalui peranti mudah alih anda.
Memandangkan penipuan di atas talian sentiasa berkembang, kita harus sentiasa peka dengan trend terkini dan mengenal pasti tanda-tanda amaran.
Kami menyeru semua pelanggan supaya sentiasa berwaspada untuk melindungi diri daripada penipuan. Berhati-hati terhadap individu yang menyamar sebagai wakil atau ejen kewangan Great Eastern.
Wakil/Ejen Kewangan Great Eastern tidak akan:
- Meminta pelanggan melakukan pemindahan wang ke Bank Negara Malaysia (BNM).
- Meminta pelanggan melakukan pemindahan wang ke mana-mana akaun melalui panggilan telefon. Pelanggan mesti merujuk surat rasmi atau laman web rasmi Great Eastern untuk maklumat pembayaran premium.
- Menelefon pelanggan bagi pihak BNM. Individu yang disenaraikan sebagai Wakil yang Berdaftar bukan dari BNM.
Jangan klik sebarang pautan dalam mesej teks atau e-mel yang kelihatan seperti dari Great Eastern yang meminta butiran akaun, ID pengguna, PIN atau OTP anda.
Jika anda mengesyaki anda telah menjadi mangsa penipuan melibatkan polisi Great Eastern anda, sila sahkan dengan wakil/ejen kewangan anda atau hubungan talian khidmat pelanggan kami di:
- Great Eastern Life: +603 48133738 / 1300 1300 88 (Talian Bebas Tol)
- Great Eastern General: +603 42597828 / 1300 1300 88 (Talian Bebas Tol)
- GreatEastern Takaful: +603 42598380 / 1300 13 8338 (Talian Bebas Tol)
Anda juga boleh melaporkan kejadian kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
Kami sedang mengambil langkah berjaga-jaga tambahan untuk menangani serangan pemancingan data (Phishing) dan memahami bahawa langkah ini mungkin menyebabkan sedikit kesulitan. Kami menghargai kesabaran dan kefahaman anda dalam usaha kami membanteras aktiviti penipuan.
Soalan Lazim:
1. Saya syak saya telah menjadi mangsa penipuan atau serangan pemancingan data (Phishing). Apa yang perlu saya lakukan?
a. Ya, saya telah klik pautan dan memberikan GREAT ID, butiran log masuk atau OTP saya.
Sila hubungi Great Eastern dengan segera melalui talian khidmat pelanggan atau kunjungi mana-mana pusat khidmat pelangan kami:
- Great Eastern Life: +603 48133738 / 1300 1300 88 (Talian Bebas Tol)
- Great Eastern General: +603 42597828 / 1300 1300 88 (Talian Bebas Tol)
- Great Eastern Takaful: +603 42598380 / 1300 13 8338 (Talian Bebas Tol)
Kami mengesyorkan agar anda membuat laporan polis untuk rekod dan siasatan mereka bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. Maklumat yang boleh anda berikan termasuklah:
- Tarikh dan masa anggaran kejadian.
- Saluran yang digunakan (SMS/E-mel/Panggilan telefon).
- Tangkapan skin SMS/E-mel penipuan atau nombor telefon yang telah menghubungi anda.
Sementara itu, sekiranya anda memerlukan akses kepada maklumat polisi anda atau ingin melakukan sebarang transaksi ke atas polisi anda, sila hubungi talian Khidmat Pelangan kami atau lawati mana-mana pusat perkhidmatan pelanggan kami dan kami sedia membantu anda. Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi wakil/wakil kewangan anda yang dilantik untuk bantuan lanjut.
b. Tidak, saya tidak klik pautan atau memberikan butiran akaun saya.
Sila abaikan mesej tersebut dan jangan klik pautan. Jika perlu bantuan lanjut, sila hubungi talian khidmat pelanggan atau kunjungi pusat khidmat pelanggan kami. Anda juga boleh membuat laporan polis.
Untuk keselamatan yang lebih baik, kami ingin mengingatkan pelanggan agar tidak mengklik sebarang pautan yang disertakan dalam SMS atau e-mel yang mencurigakan
2. Saya tidak mahu menerima SMS/E-mel daripada Great Eastern lagi. Apa yang boleh saya lakukan?
Untuk berhenti menerima SMS/e-mel pemasaran, hubungi talian khidmat pelanggan kami dan kami akan membantu anda untuk berhenti menerima komunikasi pemasaran. Namun, sila ambil perhatian bahawa anda mungkin masih akan menerima SMS daripada kami berkaitan perkhidmatan pelanggan atau polisi.
Untuk mendapat maklumat terkini tentang polisi anda, sila akses melalui Aplikasi Great Eastern atau portal pelanggan dalam talian kami.
3. Saya terima SMS/E-mel daripada Great Eastern. Bagaimana saya boleh sahkan kesahihanya?
Sentiasa bersikap waspada apabila menerima SMS/e-mel yang mendakwa dari Great Eastern. Jangan klik sebarang pautan kerana pihak kami tidak akan meminta butiran akaun, ID pengguna, PIN atau OTP melalui SMS/e-mel.
Hubungi talian khidmat pelanggan atau kunjungi pusat khidmat pelanggan kami untuk pengesahan.
4. Saya diberikan pautan laman web Great Eastern. Bagaimana saya bolej sahkan kesahihannya?
Jangan klik pada sebarang pautan dalam SMS atau e-mel yang kelihatan seperti daripada Great Eastern kerana kami tidak akan meminta butiran akaun anda, ID pengguna, PIN atau OTP melalui SMS atau e-mel.
Dengan cubaan penipuan terkini yang melibatkan serangan pemancingan data laman web melalui SMS, kami ingin mengingatkan pelanggan supaya sentiasa berwaspada, terutamanya apabila menerima pautan (hyperlink), sama ada melalui SMS, e-mel, mesej media sosial atau hantaran media sosial. Jika anda ingin mengakses laman web rasmi Great Eastern, sila taip alamat berikut secara terus di pelayar anda:
- www.greateasternlife.com
- www.greateasterngeneral.com
- www.greateasterntakaful.com
Selain itu, anda juga boleh klik pada ikon ‘kunci’ di bar alamat untuk menyemak kesahihan sijil laman web tersebut dan memastikan bahawa maklumat yang dihantar dari komputer anda ke sistem kami adalah selamat dan disulitkan mengikut piawaian penyulitan terkini
5.Bagaimana saya boleh lindungi akaun dalam talian Great Eastern saya?
Untuk melindungi akaun anda, sila pastikan perkara-perkara berikut:
- Jangan klik pautan dalam e-mel/SMS yang mencurigakan
- Sahkan mesej mencurigakan dengan menghubungi talian rasmi kami.
- Jangan kongsi maklumat sulit anda seperti Great ID, kata laluan atau OTP dengan sesiapa pun, atau memasukkan maklumat log masuk anda ke dalam laman web yang tidak disahkan atau mana-mana komputer/peranti yang anda tidak percaya.
- Taip alamat URL laman web secara manual atau guna aplikasi rasmi Great Eastern untuk perkhidmatan dalam talian
6. Siapa yang boleh saya hubungi jika saya terima pautan mencurigakan?
Hubungi talian khidmat pelanggan kami atau kunjungi pusat khidmat pelanggan:
- Great Eastern Life: +603 48133738 / 1300 1300 88
- Great Eastern General: +603 42597828 / 1300 1300 88
- Great Eastern Takaful: +603 42598380 / 1300 13 8338
Atau hubungi wakil/ejen kewangan anda untuk bantuan lanjut.