1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Great In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

Takaful Tempoh Berkelompok (Basic) | Pelan penyelesaian takaful dengan perlindungan mencukupi untuk pekerja

Produk Takaful berkelompok boleh baharu tahunan yang memberikan bayaran sekaligus jika berlaku kematian, Hilang Upaya Penuh dan Kekal atau penyakit membawa maut akibat semulajadi atau kemalangan.

Manfaat-manfaat utama

  • Circle Image

    Kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK)

    Jika berlaku kematian atau HUPK, pemilik sijil induk akan menerima amaun manfaat untuk melindungi mereka daripada masalah kewangan.

  • Circle Image

    Ganjaran lebihan pengunderaitan dan keuntungan pelaburan

    Anda akan menerima lebihan pengunderaitan dan keuntungan pelaburan (jika ada) yang akan dikira dan diagihkan setiap tahun.

  • Circle Image

    Penyakit yang membawa maut

    Terima sehingga maksimum RM100,000 sekaligus jika didiagnos Penyakit yang membawa maut1.

Tingkatkan perlindungan anda

Dapatkan pelan Group Term Takaful (Basic) khusus anda dengan perlindungan-perlindungan tambahan ini. Jika anda ingin menambah perlindungan untuk kemalangan diri atau Penyakit Kritikal, berikut adalah rider-rider yang anda boleh pilih:

Fahami sebelum sertai

1 Penyakit membawa maut
Jika didiagnos dengan Penyakit yang membawa maut selepas 30 hari daripada Tempoh Menunggu, Jumlah Perlindungan Asas akan didahulukan sehingga maksimum RM100,000 sekaligus.

Maklumat ini hanyalah untuk pemberitahuan am sahaja. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri-ciri dan manfaat-manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini.

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)  sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Great Eastern Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).