1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.

2. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Get In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

 

3. Laporan Dana Berkaitan Pelaburan 2025 Kini Tersedia di sini

 

4. Pengumuman berhubung pengemaskinian pengaturan perkhidmatan bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad. Ketahui lebih lanjut.

 

5. Semak dan Kemaskini Penama Anda!
Kami menggalakkan anda untuk menyemak dan mengemaskini butiran penamaan yang sedia ada dari semasa ke semasa.
Log masuk i-Get In Touch → Permohonan Perkhidmatan Saya → Pelantikan/Penukaran Penama sebagai Benefisiari/Wasi.

 

6. Pastikan Butiran Anda Dikemaskini!
Alamat surat-menyurat, nombor telefon dan alamat e-mel anda adalah penting untuk memastikan kami dapat menghubungi anda serta menyampaikan maklumat dan notis penting berkaitan sijil Takaful anda.Log masuk ke i-Get In Touch → Permohonan Perkhidmatan Saya → Kemaskini Maklumat Peribadi untuk mengemas kini butiran anda.

 

Bagi ramai umat Islam, menunaikan tanggungjawab agama adalah satu matlamat yang sangat peribadi dan bermakna. Ianya merupakan impian yang ingin dicapai oleh ayah Saiyidah, namun beliau telah pergi terlebih dahulu akibat masalah jantung sebelum sempat menunaikannya. Pemergian beliau meninggalkan kekosongan yang mendalam dalam diri Saiyidah, bersama rasa kehilangan terhadap sesuatu yang belum sempat disempurnakan.

 

Apabila Saiyidah menerima manfaat takaful daripada sijil Takaful milik arwah ayahnya, dia berpeluang untuk menunaikan tanggungjawab terakhir itu bagi pihak beliau. Melaksanakan impian yang pernah diharapkan oleh arwah ayahnya memberikan kelegaan dan membantuSaiyidah menemui ketenangan dalam kesedihannya.

Walaupun berada di negeri yang berlainan, Perunding Great Eastern Takaful tetap membimbing Saiyidah dengan penuh perhatian dan memudahkan setiap langkah, menjadikan proses itu terasa lebih lancar di saat yang penuh emosi.

Pengalaman itu turut membuka mata Saiyidah tentang betapa pentingnya melindungi insan tersayang. Kini, dia dan abangnya saling menamakan satu sama lain sebagai penama dalam pelan Takaful masing-masing sebagai tanda komitmen bahawa mereka akan sentiasa ada untuk melindungi dan menjaga antara satu sama lain.

“Yang paling bermakna buat saya adalah dapat menunaikan segala tanggungjawab arwah dan memenuhi hak arwah.”

#MencapaiKejayaan #GreatEasternTakaful