Dari 10 Mac - 31 Mac 2025
Kehidupan senang boleh berubah menjadi sukar dalam sekelip mata sahaja. Bukan sahaja diri anda sendiri yang perlu anda jaga. Apabila anda memulakan kehidupan berkeluarga, anda barangkali bakal menghadapi tekanan kewangan yang paling sukar anda pernah hadapi selama ini. Bukan lagi anda seorang, malah pasangan dan anak-anak juga kini bergantung kepada pendapatan anda untuk memenuhi keperluan kehidupan.
Perbelanjaan seperti sewa atau pinjaman perumahan, yuran persekolahan, penjagaan anak-anak dan perbelanjaan seharian sememangnya memakan belanja yang besar, dan anda pula mungkin masih awal lagi dalam kerjaya anda, jauh dari potensi menjana pendapatan tinggi. Pada masa yang sama, anda perlu mula menabung untuk masa hadapan - pendidikan untuk anak-anak dan juga tempat berteduh untuk pasangan anda sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anda. Bagaimanakah anda menggalas kesemua tanggungjawab ini sekaligus?
Dengan #HarapanLagi, yakinlah bahawa keluarga anda tidak akan ditinggalkan dengan beban kewangan jika anda sudah tiada. Menawarkan perlindungan yang tinggi sehingga hampir RM1 juta dengan caruman bulanan yang amat berpatutan, kempen #HarapanLagi adalah harapan kehidupan masa depan keluarga anda. Jangan lepaskan tawaran terhad ini, sah sehingga 31 Mac 2025 sahaja!
Manfaat
Penyertaan mudah
Dapatkan perlindungan dengan hanya menjawab 6 soalan mudah.
Caruman rendah dengan perlindungan yang tinggi
Dapatkan perlindungan serendah RM0.50 sehari bagi Jumlah Perlindungan sehingga RM400,000.
Jumlah perlindungan yang tinggi
Jumlah perlindungan bermula dari RM100,000 hingga RM249,000.
Manfaat hilang upaya penuh dan kekal (HUPK)
Sekiranya berlaku HUPK kerana apa sahaja akibat sebelum tempoh Ulang Tahun Sijil sebelum umur 70 tahun hari lahir berikutnya, Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar.
Pembayaran HUPK akan dibayar kepada Orang Yang Dilindungi dan seterusnya membatalkan kontrak Sijil tersebut.
Manfaat kematian
Sekiranya berlaku kematian sebelum tempoh matang Sijil, Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar. Sekiranya jumlah caruman yang dibayar adalah lebih tinggi daripada Jumlah Perlindungan Asas ketika kematian berlaku, jumlah caruman akan dibayar.
Manfaat kematian akibat kemalangan
Selain Manfaat Kematian, waris anda akan menerima sehingga 300% daripada Jumlah Perlindungan Asas sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan sebelum tempoh matang Sijil sebelum umur 70 tahun hari lahir berikutnya, jika kemalangan berlaku:
di dalam Malaysia | Tambahan 100% daripada BSC |
akibat kejadian-kejadian berikut ● akibat kejadian-kejadian berikut:ketika mengembara sebagai seorang penumpang pengangkutan awam; atau; ● ketika berada di dalam lif penumpang atau lif elektrik (tidak termasuk lif penumpang atau lif elektrik di kawasan perlombongan atau do dalam bangunan yang sedang dalam pembinaan); atau ● akibat kebakaran mana-mana hotel atau bangunan awam (kecuali teater atau pawagam) di mana Orang Yang Dilindungi berada ketika kebakaran bermula |
Tambahan 200% daripada BSC |
di luar Malaysia | Tambahan 300% daripada BSC |
Terma dan syarat
Kadar mungkin akan lebih tinggi atau rendah bergantung kepada jantina, umur dan Jumlah yang Dilindungi yang dipilih.
1Jumlah Perlindungan Asas dibayar daripada Dana Tabarru'. Dana Tabarru' merujuk kepada kumpulan dana yang diwujudkan bagi tujuan perpaduan dan kerjasama antara peserta yang digunakan untuk membantu semua peserta seandainya berlaku perkara yang tidak diingini.
2Jumlah Pembayaran ialah amaun yang lebih tinggi antara Jumlah Perlindungan atau Caruman yang Dibayar.