Nikmati pilihan Bilik & Penginapan premium dengan pelan RM250 atau RM400, dengan Had Tahunan Keseluruhan sehingga RM2 juta atau RM3 juta mengikut pelan yang dipilih, untuk tahap perlindungan perubatan yang lebih menyeluruh apabila anda paling memerlukannya
Sesuaikan perlindungan anda dengan pilihan deduktibel yang fleksibel bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan dan perancangan kewangan anda.
| Pilihan 1 | RM1,000 |
| Pilihan 2 | RM3,000 |
| Pilihan 3 | RM20,000 (dengan pengurangan automatik kepada RM1,000 apabila mencapai umur 60 tahun pada hari lahir yang berikutnya) |
Dapatkan rawatan di hospital TGJ dan nikmati kadar deduktibel yang lebih rendah, membantu anda mengoptimumkan kos penjagaan kesihatan tanpa menjejaskan akses kepada rawatan yang berkualiti.
| Jumlah Bayaran Deduktibel | ||
| Pilihan Deduktibel | Hospital Panel Biasa (Bukan Hospital TGJ) | Hospital TGJ |
| Pilihan 1 | RM1,000 | RM500 |
| Pilihan 2 | RM3,000 | RM1,500 |
| Pilihan 3 | RM20,000 | RM15,000 |
Manfaatkan perlindungan perubatan yang komprehensif, menyokong anda dari peringkat diagnosis dan rawatan sehingga proses pemulihan serta penjagaan susulan.
Perlindungan yang seiring dengan kemajuan teknologi perubatan, membantu anda mendapatkan akses kepada pelbagai rawatan perubatan khusus dan moden.
Nota: *Sila layari laman web kami untuk senarai rawatan yang dilindungi.
Perunding Takaful kami akan menjawab sebarang soalan yang anda ada mengenai perancangan kewangan dan produk kami.
Risalah ini adalah untuk maklumat am sahaja dan bukanlah satu pelan Takaful keluarga. Anda dinasihatkan untuk merujuk Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri penting dan manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini. Jika terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan terjemahan lain untuk risalah ini, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
i-Medi Signature Rider merupakan produk yang patuh Syariah.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Great Eastern Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).