1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Get In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.


4. Muat Turun Penyata 2025 Anda melalui i-Get In Touch (“IGIT”)”

 

5. Laporan Dana Berkaitan Pelaburan 2025 Kini Tersedia di sini

i-Great Mega Plus | Di mana perlindungan dan legasi bersatu

i-Great Mega Plus ialah pelan berkaitan pelaburan generasi baru yang direka untuk mereka yang mengutamakan perlindungan di samping perancangan kewangan yang menyeluruh. Dengan pilihan caruman dan tempoh yang fleksibel, pelan ini bersesuaian dengan perubahan gaya hidup dan aspirasi anda. Direka dengan teliti untuk memberikan keseimbangan antara perlindungan dan pertumbuhan, pelan ini bukan sahaja melindungi perkara yang paling penting, malah menawarkan potensi pertumbuhan pada masa hadapan - seterusnya menyokong legasi kewangan dan keyakinan yang berpanjangan.

Ringkasan produk Muat turun brosur Risalah pemberitahuan produk Risalah pemberitahuan produk

Manfaat-manfaat utama

  • Circle Image

    Jumlah Perlindungan Asas Tinggi

    Minimum: RM300,000

    Maksimum: Tertakluk kepada pengunderaitan

  • Circle Image

    Manfaat Hilang Upaya Penuh & Kekal (HUPK)

    Sekiranya Hilang Upaya Penuh & Kekal (HUPK) berlaku sebelum tempoh ulang tahun Sijil sebelum Orang yang Dilindungi mencapai umur 70 tahun hari lahir berikutnya, jumlah yang tertinggi di antara berikut akan dibayar:

    a) Jumlah Perlindungan Asas (BSC); atau

    b) Jumlah Nilai Akaun (TAV) dalam PUA.

    Had HUPK keseluruhan sebanyak RM8 juta akan dikenakan ke atas mana-mana Orang yang Dilindungi di bawah semua sijil individu dan berkaitan kredit (tidak termasuk sijil kumpulan) yang dikeluarkan oleh Pengendali Takaful. Had seumur hidup sebanyak RM8 juta akan dikenakan kepada kanak-kanak.

    Walaubagaimanapun, jika HUPK berlaku sebelum ulang tahun sijil di mana Orang yang Dilindungi mencapai umur 5 tahun hari lahir berikutnya, Lien Kanak-kanak akan dikenakan ke atas Jumlah Perlindungan Asas. Perlindungan HUPK penuh akan diberikan bermula pada umur 5 hari lahir berikutnya

  • Circle Image

    Manfaat Kesetiaan

    Pada setiap akhir tahun sijil ke-lima (ke-5) semasa tempoh pembayaran caruman, 5% daripada caruman tahunan akan dikreditkan ke dalam Akaun Unit Peserta (PUA), dengan syarat caruman dibayar tepat pada waktunya dan tiada pengeluaran separa dilakukan daripada PUA. Manfaat ini dibayar dari Dana Pengendali Takaful sebagai Hibah (hadiah) kepada Peserta.

  • Circle Image

    Manfaat Rangsangan Matang

    Apabila pelan anda matang, 1% daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dikreditkan ke dalam PUA dengan syarat carumah telah dibayar sepenuhnya dan dibayar tepat pada masanya. Manfaat ini dibayar dari Dana Pengendali Takaful sebagai Hibah (hadiah) kepada Peserta.

  • Circle Image

    Manfaat Kematian Akibat Kemalangan

    Apabila berlaku kematian Orang yang Dilindungi akibat kemalangan sebelum ulang tahun sijil iaitu Orang yang Dilindungi mencapai umur 70 tahun hari lahir berikutnya, jumlah peratusan tambahan daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar daripada Dana Tabarru’, di atas Manfaat Kematian, berdasarkan kemalangan seperti berikut:

    Kemalangan Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
    (% daripada Jumlah Perlindungan Asas)
    Kematian akibat kemalangan di Malaysia 100%

    Kematian akibat kemalangan di Malaysia yang disebabkan oleh kejadian-kejadian tertentu:


    i. sebagai penumpang dalam Pengangkutan Awam; atau

    ii. sebagai penumpang dalam lif atau lif elektrik (lif atau lif elektrik di lombong atau bangunan yang sedang dibina adalah dikecualikan); atau

    iii. akibat kebakaran hotel atau bangunan awam lain (kecuali teater dan pawagam) yang mana Orang yang Dilindungi berada di situ semasa kebakaran bermula.

    200%
    Kematian akibat kemalangan di luar Malaysia 300%

    Lien Kanak-kanak yang sama mengikut Manfaat Kematian terpakai ke atas Manfaat Kematian akibat Kemalangan.

  • Circle Image

    Lien Kanak-Kanak

    Sekiranya berlaku Kematian, atau Kematian akibat Kemalangan, atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal sebelum ulang tahun Sijil sebelum Orang yang Dilindungi mencapai umur 5 tahun, peratusan Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar seperti berikut:

    Umur Hari Lahir Berikutnya Jumlah Perlindungan Asas Selepas Lien
    1 20% daripada Jumlah Perlindungan Asas
    2 40% daripada Jumlah Perlindungan Asas
    3 60% daripada Jumlah Perlindungan Asas
    4 80% daripada Jumlah Perlindungan Asas

    Nota: Perlindungan penuh akan diberikan dari umur 5 tahun.

Bagaimanakah i-Great Mega Plus berfungsi?

Great Eastern

Kami hubungkan anda dengan perunding Takaful yang berkelayakan

Perunding Takaful kami akan menjawab sebarang soalan yang anda ada mengenai perancangan kewangan dan produk kami.

Bagaimana kami boleh bantu anda?

Nama produk

Terima Kasih

Penghantaran anda telah berjaya dihantar.

Ok

Ralat

Penghantaran anda gagal. Sila cuba lagi.

Ok

Fahami sebelum sertai

1. i-Great Mega Plus adalah Pelan Takaful Keluarga Berkaitan Pelaburan (“ILT”) caruman berkala, yang menyediakan perlindungan apabila berlaku Kematian atau Hilang Upaya Penuh & Kekal, Kematian akibat Kemalangan dan membayar nilai TAV apabila pelan matang ke atas Orang yang Dilindungi. Pelan ini adalah produk Takaful berlandaskan prestasi yang mendasari aset, dan bukan suatu produk pelaburan semata-mata seperti unit amanah.

2. Umur merujuk kepada umur hari lahir berikutnya. Caruman perlu dibayar mengikut tempoh pembayaran caruman – bayaran terhad atau bayaran penuh, atau sehingga kematian atau Hilang Upaya Penuh & Kekal terhadap Orang Yang Dilindungi, atau penamatan Sijil, yang mana terdahulu. Jumlah Caruman juga adalah tetap selama tempoh pembayaran caruman.

3. Anda boleh berhenti membayar caruman dan masih menikmati perlindungan selagi terdapat nilai yang mencukupi dalam PUA untuk membayar Tabarru’, yang mana berkenaan. Walau bagaimanapun, Manfaat Kesetiaan mungkin tidak akan dibayar dan ada kemungkinan Sijil akan luput sekiranya caj yang dikenakan,
termasuk Tabarru’, melebihi jumlah TAV yang terdapat di dalam PUA. Caruman yang anda bayar menyumbang kepada unsur simpanan dan perlindungan bagi produk, contohnya manfaat kematian. Jika anda sedang mencari produk kewangan dengan unsur simpanan, anda mungkin ingin membandingkan pulangan tahunan Sijil Takaful ini dengan pulangan efektif bagi alternatif pelaburan lain.

4. Anda seharusnya yakin bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah Sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar.

5. “Tempoh rujukan percuma” selama 15 hari daripada tarikh anda menerima Sijil diberikan kepada anda untuk meneliti kesesuaian pelan. Jika Sijil ini dikembalikan kepada kami dalam tempoh ini, kami akan mengembalikan suatu jumlah yang bersamaan dengan jumlah caruman yang dibayar bersamaan:
i. Sebarang caruman yang tidak diperuntukkan;
ii. Jumlah Nilai Akaun Sijil ini;
iii. Sebarang Tabarru’ dan Caj Perkhidmatan yang telah ditolak;
di mana Sijil dianggap batal dan tanggungjawab kami ditamatkan. Tolak bayaran yang dikenakan untuk pemeriksaan kesihatan (jika ada).

6. Anda boleh menerima baki Jumlah Nilai dalam PUA (jika ada) setelah pelan ditamatkan, diserahkan, atau mencapai tempoh matang yang mungkin lebih rendah daripada jumlah caruman yang diperuntukkan ke dalam PUA. Tiada manfaat akan dibayar dari Dana Tabarru’ sekiranya pelan ditamatkan atau matang.

7. PUA akan berdasarkan prestasi sebenar dana tersebut dan tidak dijamin. Risiko pelaburan di bawah pelan ini ditanggung sepenuhnya oleh anda dan PUA. Sijil mungkin luput sekiranya caj-caj yang diperlukan (termasuk Tabarru’) melebihi jumlah nilai yang ada dalam PUA. Kelangsungan pelan ini bergantung kepada prestasi aset dasar.

8. Menyertai sebuah pelan Takaful Keluarga adalah satu komitmen kewangan jangka panjang. Sekiranya anda tidak membayar caruman anda di dalam tempoh tenggang selama 30 hari, Sijil anda akan luput. Nilai tunai terkumpul yang anda mungkin perolehi sekiranya anda menamatkan Sijil sebelum tempoh matang akan berjumlah jauh lebih rendah daripada jumlah caruman yang telah anda bayar.

9. Jika Sijil anda beralih daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atau anda mengganti Sijil semasa anda dengan Sijil lain dengan Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu menghantar permohonan di mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian Sijil.

Risalah ini adalah untuk maklumat am sahaja dan bukanlah satu kontrak Takaful Keluarga. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk, Risalah Penyataan Dana, dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri penting dan manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini. i-Great Mega Plus merupakan produk yang patuh Syariah.


Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)  sehingga had perlindungan. PERLINDUNGAN PIDM UNTUK MANFAAT YANG DIBAYAR DARIPADA BAHAGIAN UNIT SIJIL/PRODUK INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT TERTENTU. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Great Eastern Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).