" Bila Perlu Semak Semula Pelan Perlindungan Takaful | GETB

1. Ketahui Soalan Lazim terkini mengenai langkah interim penetapan semula harga pelan perubatan.
 

2. Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

3. Pergantungan Sementara Permohonan Kebenaran Direct Debit (DDA) Baharu

Dimaklumkan bahawa permohonan baharu untuk Kebenaran Direct Debit (DDA) akan ditangguhkan sementara bermula 16 Januari 2025 sehingga diberitahu kelak. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

4. Penyata Caruman 2024 tersedia

Penyata Caruman bagi tahun 2024 kini telah tersedia. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Bilakah saya perlu semak semula pelan perlindungan takaful?

Bilakah saya perlu semak semula pelan perlindungan takaful?

Ketahui bila masa terbaik untuk menyemak semula pelan perlindungan takaful anda untuk memastikan ianya relevan dengan masa terkini. Baca disini!

28 Oct 2024
Social Share XF (BM)
Bilakah saya perlu semak semula pelan perlindungan takaful?

Bilakah kali terakhir anda menyemak pelan perlindungan anda? Ramai di antara kita mungkin cenderung mengabaikan pelan takaful atau perlindungan kewangan yang telah diambil sejak bertahun tahun lalu. Namun demikian, dengan perubahan dalam kehidupan dan keadaan kewangan, ia adalah penting untuk memastikan bahawa pelan tersebut masih memenuhi keperluan semasa kita. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan bila dan mengapa anda perlu menyemak semula pelan perlindungan anda untuk memastikan ia kekal relevan dan berkesan.

1. Berlaku perubahan dalam kewangan

Bilakah saya perlu semak semula pelan perlindungan takaful: berlaku perubahan dalam kewangan

Salah satu sebab utama untuk menyemak semula pelan perlindungan takaful anda adalah apabila terdapat perubahan dalam situasi kewangan anda. Sebagai contoh, jika anda telah menerima kenaikan gaji atau dinaikkan pangkat, kemampuan kewangan anda telah meningkat. Pelan semasa anda mungkin tidak lagi memberikan perlindungan yang mencukupi. Begitu juga, jika anda mempunyai komitmen kewangan baharu seperti pinjaman rumah atau kereta, anda mungkin memerlukan perlindungan tambahan untuk memastikan liabiliti ini dilindungi sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka.

Jika anda mengalami penurunan pendapatan kerana kehilangan pekerjaan atau sebab-sebab lain, anda juga harus menyemak semula pelan anda. Ini untuk memastikan ia masih mampu ditanggung. Pelarasan mungkin diperlukan untuk disesuaikan dengan kemampuan kewangan anda yang baharu, sambil tetap memberikan perlindungan yang mencukupi untuk anda dan keluarga.

2. Perubahan dalam pelan perlindungan 

Bilakah saya perlu semak semula pelan perlindungan takaful: berlaku perubahan dalam pelan perlindungan

Pengendali takaful secara berkala akan membuat penyesuaian atau memperkenalkan pelan baharu yang mungkin menawarkan manfaat yang lebih baik atau caruman yang lebih rendah. Apabila terdapat perubahan dalam produk yang ditawarkan oleh pengendali takaful, ia berbaloi untuk mempertimbangkan sama ada bertukar kepada pelan yang lebih baharu boleh memberikan anda nilai wang yang lebih baik.

Menyemak semula pelan anda apabila pengendali takaful mengumumkan kemas kini juga membantu anda kekal dimaklumkan tentang ciri-ciri baharu. Ini termasuk jumlah pembayaran yang meningkat, rider baharu, atau pilihan perlindungan yang tidak tersedia ketika anda mula-mula mendaftar. Penyesuaian ini lebih sejajar dengan keperluan semasa dan masa depan anda. Anda juga perlu mengambil kira tempoh menunggu atau terma dan syarat syarat lain yang terpakai bagi pelan baru yang ditawarkan dan seterusnya berbincang dengan ejen ada dengan lebih lanjut untuk memastikan perlindungan anda tidak terjejas.

3. Berapa banyak pelan perlindungan yang saya perlukan?

Berapa banyak pelan perlindungan takaful yang saya perlu?

Kadang kala, sesetengah orang mengumpul beberapa pelan perlindungan dari masa ke masa tanpa menyedari bahawa manfaat pelan-pelan tersebut mungkin bertindih. Adalah penting untuk memeriksa berapa banyak pelan yang anda ada dan menilai sama ada pelan-pelan tersebut saling melengkapi satu sama lain. Anda tidak mahu membayar lebih untuk perlindungan yang sama atau terlepas sebarang perlindungan yang diperlukan.

Sebagai contoh, jika anda sudah mempunyai pelan takaful keluarga asas, anda mungkin hanya perlu menambah rider tertentu atau perlindungan tambahan untuk penyakit kritikal atau ketidakupayaan. Kajian komprehensif terhadap semua pelan sedia ada memastikan anda dilindungi sepenuhnya tanpa perlindugan berlebihan yang tidak diperlukan.

Menyemak semula pelan takaful perlindungan anda secara berkala adalah penting untuk memastikan ia selari dengan perubahan dalam kehidupan, kewangan dan keperluan anda. Dengan mengambil langkah-langkah proaktif ini, anda dapat melindungi diri dan keluarga anda dengan lebih baik. Jangan tunggu sehingga sesuatu yang tidak diingini berlaku; pastikan pelan takaful perlindungan anda sentiasa terkini dan berkesan dalam menghadapi cabaran yang mungkin timbul.