1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Great In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

Tips kewangan bijak untuk pasangan berkahwin

Tips kewangan bijak untuk pasangan berkahwin

Pengurusan kewangan adalah sangat penting untuk kestabilan rumah tangga. Ikuti tips kewangan bijak bagi pasangan berkahwin & rancang masa depan bersama!

10 Mar 2025
Social Share XF (BM)
Tips kewangan bijak untuk pasangan berkahwin

Perkahwinan bukan sekadar menyatukan dua hati, tetapi juga impian dan tanggungjawab kewangan. Pengurusan kewangan keluarga yang bijak sangat penting bagi memastikan kehidupan yang lebih selesa, bebas daripada tekanan hutang, serta menyediakan perlindungan sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka.

Bagi pasangan berkahwin, langkah pertama dalam pengurusan kewangan selepas kahwin ialah membina asas kewangan yang kukuh. Ini termasuk menetapkan bajet, mengurus hutang dengan berkesan, dan mencari peluang pelaburan yang boleh memberikan pulangan dalam jangka panjang. Selain itu, memilih pelan perlindungan yang sesuai juga merupakan langkah penting bagi memastikan kestabilan kewangan keluarga.

1. Tetapkan matlamat kewangan bersama

Setiap pasangan mempunyai impian yang berbeza—ada yang ingin memiliki rumah pertama, ada yang ingin bebas daripada hutang, dan ada juga yang mahu mempersiapkan dana pendidikan anak. Oleh itu, amat penting untuk menetapkan matlamat kewangan bersama supaya kedua-dua pasangan selari dalam perancangan masa depan.

Beberapa langkah yang bileh diambil:

  1. Sediakan bajet bulanan yang merangkumi perbelanjaan tetap, simpanan dan dana kecemasan. Pastikan setiap sen yang dibelanjakan dapat dijejak dengan baik. 
  2. Fahami komitmen kewangan pasangan dengan menyenaraikan semua hutan sedia ada, termasuk pinjaman rumah, kereta, atau kad kredit. Dengan cara ini, pasangan suami isteri boleh merangka pelan pembayaran bakik yang lebih teratur. 
  3. Rancang simpanan dan pelaburan untuk menjamin masa deoan kewangan yang lebih stabil. Selain menyimpan dalam akaun biasa, pertimbangkan pelan pelaburan jangka panjang yang boleh memberikan pulangan lebih tinggi serta manfaat perlindungan.
Tips kewangan bijak untuk pasangan berkahwin: tetapkan matlamat kewangan
2. Maksimumkan pulangan pelaburan dengan Takaful 

Selain daripada menyimpan wang dalam akaun simpanan biasa, pasangan yang bijak akan mencari cara mengurus kewangan keluarga dengan lebih efektif melalui pelan perlindungan yang menawarkan manfaat pelaburan dan simpanan. Dengan mimilih pelan Takaful yang betul, pasangan bukan sahaja dapat menikmati perlindungan kewangan, tetapi juga membina dana pelaburan secara sistematik. 

Sesetengah pelan perlindungan memberikan manfaat rangsangan pelaburan, membolehkan peserta mengembangkan dana mereka dengan lebih konsisten. Terdapat juga pelan yang menawarkan lebihan pengunderaitan, di mana peserta berpeluang menerima pulangan lebihan daripada dana perlindungan sekiranya tiada tuntunan dibuat dalam tempoh tertentu. Dengan ciri ini, pasangan suami isteri boleh menikmati perlindungan dan pulangan kewangan dalam satu pelan yang sama. 

3. Dapatkan perlindungan optimum & pulangan tunai

Sebagai pasangan suami isteri, merancang kewangan bukan sahaja melibatkan penyimpanan dan pelaburan, tetapi juga mencari peluang untuk memaksimumkan manfaat kewangan. Salah satu cara terbaik ialah dengan menyertai pelan perlindungan semasa tempoh promosi, yang menawarkan insentif tambahan seperti pulangan tunai.

Sesetengah kempen membolehkan peserta menikmati pulangan tunai berdasarkan jumlah caruman terkumpul apabila menyertai pelan perlindungan terpilih dalam tempoh promosi​. Dengan menyertai pelan Takaful semasa tempoh ini, pasangan dapat memperoleh perlindungan kewangan dengan manfaat tambahan, sekaligus membantu mereka mengurus perbelanjaan dengan lebih efisien.

4. Ambil langkah bijak harini!

Masa depan kewangan yang stabil bermula dengan langkah bijak hari ini. Sama ada dalam bentuk pelaburan, simpanan, atau perlindungan Takaful, setiap keputusan kewangan yang bijak akan memberi kesan jangka panjang kepada kehidupan pasangan.

Bagi mereka yang ingin menikmati perlindungan yang lebih menyeluruh sambil memperoleh manfaat kewangan tambahan, terokai pilihan perlindungan anda hari ini dan manfaatkan promosi terkini untuk perlindungan dan pelaburan yang lebih baik!