1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Get In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.
 

4. Kami sedia membantu 
Hubungi kami pada bila‑bila masa.

Bersedia dengan yuran sekolah 2026: tip bajet untuk Ibu Bapa

Bersedia dengan yuran sekolah 2026: tip bajet untuk Ibu Bapa

Ketahui cara bijak untuk membayar yuran sekolah agar perbelanjaan sekolah anak lebih teratur dan stabil. Bacalah tip bajet ini sekarang untuk persediaan awal.

24 Nov 2025
Social Share XF (BM)
Bersedia dengan yuran sekolah 2026: tip bajet untuk Ibu Bapa

Ringkasan Utama

  • Perancangan awal membantu ibu bapa mengurus yuran sekolah tanpa tekanan saat akhir.
  • Menyimpang secara bulanan lebih mudah daripada membanyar sekaligus.
  • Persediaan untuk situasi luar jangka memastikan pendidikan anak tidak terganggu. 
  • Pelan Takaful boleh melindungi kesinambungan pendidikan serta kewangan keluarga. 

Setiap tahun persekolahan baharu membawa realiti kewangan yang sudah biasa — yuran sekolah, kelengkapan belajar, pakaian seragam, dan pelbagai keperluan tambahan yang perlahan-lahan menambah beban pada bajet keluarga. Bagi ramai ibu bapa, permulaan tahun 2026 mungkin terasa lebih mencabar kerana kos berkaitan pendidikan terus meningkat. Namun dengan persediaan awal, penyusunan bajet yang bijak, serta strategi perlindungan yang sesuai, semua perbelanjaan ini boleh diurus dengan yakin dan jelas.

Sama ada anda sedang mencari cara untuk menyimpan bagi yuran sekolah atau ingin merancang pendidikan anak dengan lebih teratur, kuncinya adalah bermula awal dan kekal konsisten.

Fahami apa yang bakal datang untuk perbelanjaan sekolah

Tip bajet yuran sekolah: Fahami apa yang bakal datang

Sebelum anda memulakan apa-apa bentuk perancangan yuran sekolah, adalah penting untuk mengetahui apa yang perlu anda sediakan. Mulakan dengan menyenaraikan keseluruhan kos berkaitan pendidikan untuk tahun 2026. Ini selalunya merangkumi:

  • Yuran sekolah (yuran pengajian, yuran pembangunan, yuran makmal, dan yuran peperiksaan)
  • Pakaian seragam dan kasut
  • Buku teks dan buku latihan
  • Alat tulis dan peralatan pembelajaran digital
  • Yuran bas sekolah atau kos pengangkutan
  • Yuran kokurikulum dan aktiviti luar bilik darjah

Banyak sekolah mengumumkan kemas kini yuran pada penghujung tahun, jadi pastikan anda peka terhadap sebarang pengumuman. Anda juga boleh mengambil kira inflasi atau purata kenaikan kos tahunan sekitar 3–5%, seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mewujudkan “Dana Sekolah” khas dalam bajet isi rumah anda juga boleh membantu ibu bapa mengelakkan tekanan kewangan pada saat akhir. Dengan memperuntukkan jumlah tetap lebih awal, anda akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang kedudukan kewangan anda dan perkara yang perlu diutamakan untuk persediaan buka sekolah.

Rancang bajet persekolahan secara bulanan, bukan tahunan

Tip bajet yuran sekolah: Rancang secara bulanan, bukan tahunan 

Salah satu strategi paling berkesan untuk ibu bapa, terutamanya mereka yang bergelut membayar yuran sekolah, adalah dengan memecahkan perbelanjaan pendidikan tahunan kepada komitmen bulanan yang lebih mudah diurus. Daripada terkejar-kejar untuk membayar semuanya sekaligus, bahagikan jumlah anggaran tahunan kepada amaun bulanan yang lebih kecil.

Begini caranya:

  • Tukarkan anggaran tahunan anda kepada 12 sasaran simpanan bulanan.
  • Tetapkan pemindahan automatik ke akaun simpanan pendidikan yang berasingan.
  • Gunakan aplikasi bajet keluarga untuk menjejak perkembangan.
  • Semak dan laraskan simpanan anda setiap suku tahun.

Konsistensi jauh lebih berkesan daripada intensiti. Walaupun jumlah bulanan kecil, ia tetap boleh menghasilkan simpanan yang ketara menjelang hujung tahun. Pendekatan ini juga mengurangkan beban mental, menjadikan proses penyediaan bajet lebih mudah dan tidak memenatkan.

Bersedia untuk perkara yang tidak dijangka

Tip bajet yuran sekolah: Bersedia untuk perkara yang tidak dijangka

Walaupun bajet dirancang rapi, realiti kehidupan adakalanya menguji ketahanan kewangan keluarga. Keadaan luar jangka seperti masalah kesihatan, kehilangan pekerjaan atau kecemasan lain boleh menjejaskan kemampuan ibu bapa untuk bayar yuran sekolah. Apabila ini berlaku, persediaan kewangan yang kukuh memastikan pendidikan anak anda tidak terjejas.

Berikut adalah langkah proaktif yang boleh anda ambil:

  • Membina dana kecemasan sekurang-kurangnya 3–6 bulan perbelanjaan asas.
  • Menilai semula komitmen kewangan dan mengenal pasti risiko yang mungkin berlaku.
  • Meneroka pelan Takaful Keluarga yang melindungi pendapatan, terutamanya yang direka khas untuk memastikan kesinambungan pendidikan.

Sesetengah pelan perlindungan menawarkan manfaat pendidikan berterusan walaupun berlaku perkara di luar jangka. Kekuatan kewangan sebenar bukan sekadar mampu menampung kos yang dijangka, tetapi juga mampu menghadapi situasi yang tidak dijangka.

Penutup

Pendidikan kekal sebagai salah satu pelaburan paling bermakna yang boleh dibuat oleh mana-mana ibu bapa. Dengan perancangan yuran sekolah yang awal, pengurusan bajet yang berhemah dan perlindungan kewangan , anda dapat memberikan anak anda kestabilan yang mereka perlukan untuk cemerlang secara akademik pada tahun 2026 dan seterusnya.

Sekarang ialah masa yang paling sesuai untuk bermula. Terokai bagaimana Great Eastern Takaful dapat menyokong perjalanan anda daripada perlindungan pendapatan hinggalah kesinambungan pendidikan jangka panjang, sekali gus memberi anda ketenangan fikiran dan asas kewangan yang lebih kukuh untuk masa depan keluarga anda.

1. Bagaimana cara membuat bajet sebagai ibu bapa dengan kenaikan kos sekolah?
Perancangan bajet sebagai ibu bapa bermula dengan menilai jumlah yuran sekolah tahunan, membahagikannya kepada komitmen bulanan, dan menjejak setiap perbelanjaan berkaitan pendidikan. Mulakan dengan menyenaraikan semua kos yang dijangka (yuran, pakaian seragam, pengangkutan) dan tetapkan jumlah bulanan tetap untuk setiap satunya. Alat seperti aplikasi bajet, pemindahan automatik, dan Dana Sekolah berasingan boleh membantu anda lebih berdisiplin. Selain itu, pertimbangkan pelan perlindungan yang menyokong kesinambungan pendapatan.

2. Apa itu peraturan 50-30-20 untuk keluarga?
Peraturan 50-30-20 mencadangkan bahawa:

  • 50% pendapatan digunakan untuk keperluan asas (sewa, barang dapur, pengangkutan, dan yuran sekolah)
  • 30% untuk kehendak (membeli-belah dan hiburan)
  • 20% untuk simpanan atau pembayaran hutang

Keluarga boleh menyesuaikan peraturan ini dengan memasukkan perancangan pendidikan, contohnya memperuntukkan sebahagian daripada 20% simpanan untuk menabung bagi yuran sekolah atau dana pendidikan anak.

3. Bagaimana cara menyimpan yuran sekolah dengan berkesan?
Simpanan yang berkesan bermula dengan mengetahui jumlah sasaran dan membahagikannya kepada matlamat bulanan yang lebih kecil. Automasikan simpanan anda, elakkan menggunakan dana pendidikan kecuali perlu, dan semak semula bajet anda secara berkala. Sesetengah ibu bapa juga mempelbagaikan simpanan mereka melalui deposit tetap, skim simpanan pendidikan atau rider pendidikan Takaful . Kuncinya ialah merancang awal dan kekal konsisten.

4. Apa yang boleh dilakukan jika ibu bapa tidak mampu bayar yuran sekolah?
Bagi ibu bapa yang menghadapi kesukaran membayar yuran sekolah, langkah pertama ialah menilai semula perbelanjaan semasa dan mengenal pasti bahagian yang boleh dikurangkan. Pertimbangkan untuk menghubungi pihak sekolah bagi pelan ansuran atau struktur bayaran awal. Membina dana kecemasan dan meneroka perlindungan pendapatan melalui Takaful juga boleh memberikan kelegaan dan kestabilan jangka panjang. Sesetengah keluarga mendapat manfaat daripada mengautomasikan sumbangan bulanan kecil bagi mengelakkan tekanan kewangan di hujung tahun.