1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Get In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.


4. Muat Turun Penyata 2025 Anda melalui i-Get In Touch (“IGIT”)”

Panduan e-filing : cara declare & fail cukai pendapatan langkah demi langkah

Panduan e-filing : cara declare & fail cukai pendapatan langkah demi langkah

Declare cukai pendapatan jadi lebih mudah dengan panduan yang tepat. Ketahui cara nak buat e-Filing, sediakan dokumen, dan semak pelepasan cukai dengan betul.

01 Mar 2026
Social Share XF (BM)
Panduan e-filing : cara declare & fail cukai pendapatan langkah demi langkah

Ringkasan utama

  • Persediaan dokumen lebih awal memudahkan cara nak buat e-filing dan mengurangkan kesilapan
  • Memahami aliran proses MyTax membantu dalam proses declare cukai pendapatan untuk menjadi lebih lancar.
  • Semak tuntutan pelepasan cukai dengan teliti sebelum menghantar borang.
  • Simpan resit dan dokumen penting bagi menyokong tuntutan jika diperlukan kemudian.

Memfailkan cukai pendapatan untuk buat kali pertama boleh menjadi agak mengelirukan. Pelbagai pertanyaan seperti borang mana yang perlu dipilih, dokumen apa yang perlu disediakan, atau bagaimana untuk mula dan melayari portal MyTax. Situasi seperti ini adalah biasa, dan anda tidak keseorangan.

Masih ramai rakyat Malaysia yang kurang pasti dengan cara untuk membuat e-filing, terutamanya mereka yang pertama kali ingin declare cukai pendapatan secara online. Sebenarnya, proses ini tidaklah serumit yang disangka. Dengan persediaan dokumen yang betul dan memahami langkah utama e-filing, proses daftar income tax secara online dan pemfailan cukai boleh dilakukan dengan mudah

Langkah dan panduan ini akan membantu dalam memahami cara untuk declare cukai pendapatan secara selangkah demi selangkah supaya proses pemfailan cukai lebih teratur dan memudahkan.

Sediakan dokumen terlebih dahulu

Step 1 of how to do e-filing in Malaysia: prepare required documents.

Langkah pertama untuk e-filing ialah menyediakan semua dokumen penting terlebih dahulu. Ramai yang terus log masuk ke portal MyTax tanpa membuat persediaan awal. Akibatnya, mereka terpaksa berhenti di tengah jalan kerana dokumen tidak lengkap.

Antara dokumen asas yang perlu disediakan termasuk:

  • Borang EA daripada majikan
  • Rekod pendapatan tambahan (jika ada)
  • Resit atau invois untuk tuntutan pelepasan cukai
  • Penyata sumbangan takaful atau insurans
  • Resit berkaitan perubatan atau pendidikan
  • Rekod sumbangan kepada organisasi yang diluluskan

Dokumen-dokumen ini penting untuk memastikan proses declare cukai pendapatan berjalan dengan lancar.

Selain itu, penyediaan awal juga membantu mengurangkan risiko kesilapan semasa memasukkan maklumat pendapatan atau tuntutan pelepasan. Secara ringkasnya, jangan log masuk dan tergesa-gesa; kumpulkan semua dokumen terdahulu sebelum mengikut langkah cara nak buat e-filing.

Maklumat lanjut mengenai pemfailan cukai boleh dirujuk di laman rasmi LHDN.

Ikuti proses e-filling langkah demi langkah

Step 2 of how to do e-filing in Malaysia: submit income tax via MyTax portal.

Setelah dokumen lengkap, langkah seterusnya ialah mengikuti proses daftar income tax online melalui portal MyTax. Apabila proses ini dipecahkan kepada beberapa langkah, ia menjadi lebih mudah untuk difahami.

Langkah 1: Log Masuk ke Portal MyTax

Layari portal rasmi MyTax dan log masuk menggunakan maklumat pengenalan diri.

Portal rasmi: https://mytax.hasil.gov.my

Langkah 2: Pilih Borang Cukai yang Betul

Memilih borang cukai yang tepat sangat penting dalam proses declare cukai pendapatan.

Sebagai contoh:

  • Borang BE – untuk individu yang mempunyai pendapatan penggajian sahaja
  • Borang B – untuk individu yang mempunyai pendapatan perniagaan

Memilih borang yang tepat membantu memastikan proses pemfailan cukai berjalan dengan betul.

Langkah 3: Isi Maklumat Peribadi dan Pendapatan

Seterusnya, anda perlu memasukkan maklumat penting seperti:

  • Maklumat peribadi
  • Maklumat majikan
  • Jumlah pendapatan tahunan
  • Pendapatan tambahan jika ada

Pastikan semua angka dimasukkan dengan tepat kerana kesilapan kecil boleh memberi kesan kepada pengiraan cukai anda. Langkah ini merupakan bahagian penting dalam cara nak declare income tax dengan betul.

Langkah 4: Masukkan Maklumat Pelepasan Cukai

Malaysia menyediakan pelbagai kategori pelepasan cukai yang boleh membantu mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar.

Antara pelepasan yang biasa dituntut termasuk:

  • Perbelanjaan gaya hidup
  • Perbelanjaan perubatan
  • Yuran pendidikan
  • Caruman takaful
  • Perbelanjaan penjagaan ibu bapa

Memahami cara claim income tax dengan betul membolehkan anda memanfaatkan pelepasan cukai yang layak.

Langkah 5: Semak Ringkasan Sebelum Menghantar

Sebelum menghantar borang, sistem MyTax akan memaparkan ringkasan maklumat yang telah dimasukkan.

Luangkan sedikit masa untuk menyemak:

  • Jumlah pendapatan yang dimasukkan
  • Tuntutan pelepasan cukai
  • Jumlah cukai yang perlu dibayar atau dipulangkan

Langkah semakan ini penting untuk memastikan proses declare cukai pendapatan dilakukan dengan tepat.

Semak semula resit tuntutan, resit dan penghantaran anda

Last step of how to do e-filing in Malaysia: check receipts and claims before submitting income tax submission

Walaupun borang sudah diisi, masih lagi penting untuk melakukan semakan terakhir sebelum menghantar fail.

Pastikan anda:

  • Menyemak semula jumlah yang dimasukkan
  • Memastikan tuntutan dibuat di bawah kategori yang betul
  • Mempunyai dokumen sokongan yang diperlukan

Selain itu, semua resit dan invois berkaitan juga perlu disimpan dengan baik

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, pembayar cukai perlu menyimpan dokumen sokongan sekurang-kurangnya 7 tahun sekiranya diperlukan untuk semakan.

Ini bermakna proses pemfailan bukan sekadar hanya untuk menghantar borang sahaja, tetapi juga memastikan rekod kewangan disimpan dengan teratur jika pihak LHDN ingin sebarang rekod dokumen setelah cukai pendapatan telah dihantar.

Selain itu, memfailkan cukai bukan hanya sekadar untuk menghantar borang, tetapi juga memainkan peranan dalam mengekalkan rekod kewangan yang bersih.

Fahami proses e-filling untuk pengurusan kewangan yang lebih baik

Income tax e-filing does not have to feel overwhelming when you approach it step by step. By preparing your documents early, understanding the basic process, and keeping the right receipts and invoices, you can complete your income tax submission with greater confidence.

While managing taxes is an important part of financial responsibility, protecting your family’s financial future is equally important. Explore Great Eastern Takaful’s protection solutions and speak to a Takaful Advisor today to strengthen your long-term financial planning.

Failkan cukai anda dengan lebih baik

e-Filing tidak perlu menjadi sesuatu yang merumitkan apabila dilakukan secara langkah demi langkah. Dengan menyediakan dokumen lebih awal, memahami proses asas, dan menyimpan resit serta invois yang betul, anda boleh declare cukai pendapatan dengan lebih mudah dan yakin.

Selain menguruskan cukai dengan baik, perlindungan kewangan jangka panjang juga penting untuk memastikan kestabilan kewangan keluarga. Terokai penyelesaian perlindungan Great Eastern Takaful dan hubungi Penasihat Takaful hari ini untuk membantu merancang masa depan kewangan anda dengan lebih yakin.

1. Apakah maksud e-Filing cukai pendapatan di Malaysia?
E-Filing cukai pendapatan merujuk kepada proses menghantar borang cukai pendapatan secara atas talian melalui portal MyTax yang disediakan oleh LHDN.

2. Bagaimana cara nak declare income tax buat kali pertama?
Cara untuk declare income tax, anda perlu mendaftar akaun di portal MyTax, menyediakan dokumen seperti borang EA dan resit pelepasan cukai, kemudian melengkapkan borang dan penyerahan secara atas talian.

3. Apakah dokumen yang diperlukan untuk e-Filing?
Dokumen penting termasuk:

  • Borang EA
  • Rekod pendapatan
  • Resit tuntutan pelepasan cukai
  • Penyata takaful

Dokumen ini membantu memastikan proses declare cukai pendapatan dilakukan dengan tepat.

4. Bila tarikh akhir pemfailan cukai di Malaysia?
Tarikh akhir biasanya sekitar 30 April hingga 15 Mei, bergantung kepada jenis borang dan sama ada pemfailan dibuat melalui e-Filing.

5. Mengapa perlu simpan resit selepas declare cukai pendapatan?
Resit perlu disimpan kerana LHDN boleh meminta dokumen sokongan untuk mengesahkan tuntutan pelepasan cukai selepas anda declare cukai pendapatan.