" Kestabilan kewangan tahun baru dengan pelan bijak | GETB

1. Ketahui Soalan Lazim terkini mengenai langkah interim penetapan semula harga pelan perubatan.
 

2. Kami mengambil maklum kenyataan media terkini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai langkah sementara untuk semakan caruman pelan perubatan. Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami mengambil berat tentang perkara ini dan kekal komited untuk melakukan yang terbaik demi keutamaan pelanggan kami. Langkah sementara ini bertujuan untuk memberikan pelanggan kami fleksibiliti bagi mengatur dan mengurus kewangan serta mengekalkan perlindungan perubatan mereka.

 

Kami memahami kepentingan untuk memastikan pelanggan kami mendapat maklumat terkini dan akan menyediakan makluman sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu.

 

Sementara itu, kami menggalakkan anda untuk klik di sini untuk maklumat lanjut atau menghubungi talian khas khidmat pelanggan kami di 1-300-13-8338 dan tekan 6 selepas pilihan bahasa, dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang (kecuali Cuti Umum) untuk bantuan lanjut.

 

3. Pergantungan Sementara Permohonan Kebenaran Direct Debit (DDA) Baharu

Dimaklumkan bahawa permohonan baharu untuk Kebenaran Direct Debit (DDA) akan ditangguhkan sementara bermula 16 Januari 2025 sehingga diberitahu kelak. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

4. Penyata Caruman 2024 tersedia

Penyata Caruman bagi tahun 2024 kini telah tersedia. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Capai kestabilan kewangan tahun baru dengan pelan kewangan yang bijak

Capai kestabilan kewangan tahun baru dengan pelan kewangan yang bijak

Tahun baru, azam & pelan kewangan baru! Pelajari cara mengurus kewangan dengan bijak untuk kestabilan kewangan anda pada masa hadapan. Baca di sini

18 Dec 2024
Social Share XF (BM)
Capai kestabilan kewangan tahun baru dengan pelan kewangan yang bijak

Menyambut tahun baru adalah masa yang sesuai untuk kita menyusun semula matlamat kewangan dan strategi agar mencapai kestabilan yang berpanjangan. Menguruskan kewangan peribadi dengan berkesan memerlukan perancangan yang teliti dan keputusan yang bijak. Dalam panduan ini, kita akan meneliti langkah-langkah praktikal dan cara menguruskan kewangan dengan bijak bagi menuju ke arah kestabilan kewangan.

Menilai semula matlamat kewangan

Strategi kewangan yang bijak: menilai semula matlamat kewangan

Tahun baharu adalah peluang terbaik untuk menilai semula pelan kewangan anda. Luangkan masa untuk mengkaji semula matlamat jangka pendek dan jangka panjang bagi memastikan ia selari dengan keadaan semasa anda. Sebagai contoh, menetapkan matlamat untuk menyimpan RM10,000 dalam masa setahun adalah salah satu contoh perancangan kewangan yang realistik dan boleh menjadi langkah awal ke arah kestabilan kewangan.

Selain itu, tanyakan kepada diri anda: adakah keutamaan kewangan anda berubah? Peristiwa  penting dalam hidup seperti perkahwinan, memulakan keluarga, atau perubahan kerjaya boleh mempengaruhi fokus kewangan anda. Penilaian semula membantu memastikan fokus anda kekal jelas dan matlamat anda sentiasa relevan dengan keadaan semasa.

Berbelanja dengan bijak

Contoh perancangan kewangan bagi kestabilan kewangan adalah berbelanja dengan bijak

Bajet yang teratur adalah kunci untuk mencapai kestabilan dan juga cara menguruskan kewangan dengan bijak. Mulakan dengan mengkategorikan perbelanjaan anda kepada keperluan (contohnya, sewa rumah, barangan dapur), kehendak (seperti hiburan, membeli-belah), dan simpanan. Garis panduan 50/30/20 boleh digunakan sebagai panduan yang praktikal: peruntukkan 50% daripada pendapatan anda untuk keperluan asas, 30% untuk perbelanjaan kehendak, dan 20% untuk simpanan atau pembayaran hutang.

Manfaatkan aplikasi kewangan untuk memantau perbelanjaan anda dan mengenal pasti bahagian yang boleh dikurangkan. Sebagai contoh, batalkan langganan yang tidak lagi digunakan atau kurangkan perbelanjaan makan di luar untuk memberi tumpuan kepada matlamat kewangan yang lebih penting. Dengan merancang
bajet, anda bukan sahaja dapat mengawal kewangan anda tetapi juga memastikan wang anda digunakan secara bijak untuk mencapai kestabilan kewangan jangka panjang.

Menyediakan dana kecemasan

Salah satu cara bagi menguruskan kewangan dengan bijak adalah dengan menyediakan dana kecemasan

Dana kecemasan adalah tonggak kepada pelan kewangan yang kukuh. Sasarkan untuk menyimpan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan gaji sebagai perlindungan untuk situasi kecemasan seperti kehilangan pekerjaan atau kos perubatan. 

Sebagai permulaan, anda boleh menyimpan RM100 sebulan ke dalam akaun simpanan khas. Dengan konsistensi, jumlah ini akan bertambah dan akhirnya dapat digunakan untuk kecemasan tanpa perlu mengorbankan keperluan harian. Dana kecemasan ini memberikan ketenangan fikiran dan mengelakkan anda daripada bergantung kepada kad kredit ketika berhadapan dengan krisis. 

Melabur dengan berhemah

Salah satu cara untuk membuat perancangan kewangan adalah melabur dengan berhemah

Melabur adalah salah satu cara penting dalam membuat rancangan kewangan untuk mencapai kestabilan kewangan jangka panjang. Namun, kejayaan dalam pelaburan memerlukan perancangan yang teliti dan keputusan yang berasaskan maklumat atau fakta. Mulakan dengan memahami terlebih dahulu risiko dan potensi pulangan bagi
setiap pilihan yang ada, seperti dana bersama, hartanah, atau saham. Pilihlah pelaburan yang selari dengan tahap toleransi risiko dan matlamat kewangan anda. Contohnya, pelaburan dalam dana pendapatan tetap berisiko rendah, adalah sesuai untuk pemula, manakala untuk pelabur yang lebih berpengalaman boleh pertimbangkan pasaran saham atau hartanah.

Untuk memastikan anda membuat keputusan pelaburan yang terbaik, dapatkan khidmat nasihat kewangan daripada pakar. Penasihat kewangan boleh membantu anda menilai situasi kewangan secara menyeluruh, merangka strategi yang tersusun, dan menyediakan penyelesaian yang bersesuaian dengan keperluan anda. Kepakaran mereka bukan sahaja membantu anda mengelakkan kesilapan biasa, tetapi juga memaksimumkan peluang pertumbuhan kewangan anda. Dengan bimbingan yang betul dan strategi yang dirancang dengan baik, anda dapat melalui dunia pelaburan dengan lebih yakin sambil mengurangkan risiko.

Dengan strategi kewangan yang bijak dan pengurusan kewangan yang berdisiplin, anda boleh memastikan masa depan yang stabil dan makmur. Mengikuti langkah-langkah ke arah kestabilan kewangan ini membantu anda bersedia untuk menghadapi cabaran dan merebut peluang di tahun baharu. Ingatlah, setiap keputusan yang anda ambil akan menyumbang kepada kesejahteraan kewangan anda pada masa hadapan.