Jantung ke jantung: kepentingan menjaga kesihatan jantung
Kesihatan jantung adalah vital untuk semua. Ketahui kepentingan menjaga kesihatan jantung & manfaat jantung yang sihat bersama GETB. Baca sekarang!
Kita sering mendengartopik berkenaan kardiovaskular dan bagaimana ia mempengaruhi kesihatan, tetapi apa yang dimaksudkan dengan kesihatan kardiovaskular? Apakah kepentingan menjaga kesihatan jantung? Kesihatan kardiovaskular melibatkan kondisi dan fungsi jantung dalam pengedaran darah, oksigen dan nutrisi ke seluruh badan. Gaya hidup sibuk menjadi punca kesihatan kardiovaskular diabaikan. Namun, kesihatan jantung dan sistem vaskular merupakan perkara penting yang perlu anda fahami. Kesihatan kardiovaskular bukan sahaja mempengaruhi jangka hayat seseorang, malahan kualiti hidup juga. Dalam artikel ini, kita akan mendalami mengapa kesihatan kardiovaskular memainkan peranan penting dalam hidup dan bagaimana penjagaan yang baik mampu memberi manfaat secara menyeluruh kepada kita
1. Meningkatkan kualiti hidup

Penjagaan kesihatan kardiovaskular bukanlah untuk mendapatkan tubuh badan yang anda impikan semata-mata. Kualiti hidup anda akan menjadi lebih baik
dari segi fizikal dan mental. Dengan menjaga kesihatan kardiovaskular, anda mampu menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
Kesihatan kardiovaskular memastikan jantung dan salur darah mengepam oksigen dan pelbagai nutrisi ke seluruh badan, meningkatkan stamina supaya anda mampu menjalankan aktiviti fizikal tanpa rasa letih. Apabila seluruh badan menerima bekalan oksigen yang cukup, anda akan berasa lebih segar dan bertenaga. Secara tidak langsung, anda dapat mengamalkan gaya hidup aktif dan lebih bermakna.
2. Mengurangkan tekanan

Kesihatan kardiovaskular yang baik mampu dikecapi dengan mengurangkan tekanan darah. Tekanan darah tinggi memaksa jantunguntuk bekerja lebih kuat hingga melemahkan otot jantung. Ini akan merosakkan dinding arteri, atau pembuluh darah anda. Dengan dinding arteri yang rosak,plak mula terbentuk dan menyempitkan saluran hingga menyebabkan gangguan aliran darah. Kesihatan kardiovaskular boleh dijaga dengan mengubah gaya hidup supaya seseorang itu boleh mengurangkan tekanan darah secara efektif.
Satu lagi faktor tekanan adalah stress. Tidak perlu disangkal lagi, stress adalah penyakit yang turut menjejaskan kesihatan kardiovaskular. Mengurangkan stress dengan amalan mindfulness atau mengawal pemikiran mampu mengurangkan hormon stress dalam badan, seterusnya membantu tekanan darah ke paras normal. Hormon kortisol yang dirembes apabila seseorang menghadapi tekanan akan terkumpul dan mengeras sebagai plak. Teknik kawalan stress seperti yoga dan aktiviti santai boleh melindungi jantung dan kesihatan tubuh anda dari penyakit ini.
3. Mengurangkan risiko serangan jantung

Salah satu daripada faktor utama serangan jantung adalah salur darah tersumbat akibat plak. Penjagaan kesihatan jantung melalui senaman dan makanan berkhasiat mampu mengekalkan saluran darah yang bersih dan fleksibel. Ini mampu mengurangkan risiko pengumpulan plak, selain melancarkan saluran darah yang kaya dengan oksigen.
Satu lagi faktor risiko serangan jantung adalah hipertensi atau tekanan darah tinggi. Hipertensi melemahkan otot jantung dan merosakkan arteri dengan memaksa jantung untuk bekerja lebih kuat. Ini boleh meningkatkan risiko serangan jantung. Untuk mengelakkan perkara ini, anda harus menjaga kesihatan kardiovaskular dengan senaman fizikal selain memastikan tekanan darah normal dengan diet rendah garam.
4. Meningkatkan kualiti tido

Tahukah anda bahawa masalah kesihatan seperti hypertensi atau penyakit jantung sering menyebabkan kesukaran untuk tidur? Contohnya, penghidap Kegagalan Jantung Kongestif (Congestive Heart Failure) sukar untuk tidur akibat tidak cukup nafas. Dalam beberapa kes, mereka yang mempunyai penyakit jantung juga mengalami keresahan kerana terlalu takut akan serangan jantung atau angin ahmar, ini menyebabkan mereka sukar tidur pada waktu malam. Kesihatan kardiovaskular mempengaruhi corak dan kualiti tidur. Anda perlu menjaga kesihatan jantung untuk mendapatkan tidur lena. Dengan rehat yang cukup, anda pasti dapat meningkatkan mood, tenaga dan fokus.
Kesimpulannya, kesihatan kardiovaskular memainkan peranan penting dalam memastikan jangka hayat dan kualiti hidup baik. Kesedaran dan amalan gaya hidup sihat mampu mencegah pelbagai penyakit yang melibatkan jantung dan sistem vaskular. Mengutamakan kesihatan kardiovaskular bukan sahaja memberi manfaat kepada tubuh secara keseluruhan, malah dapat meningkatkan kesihatan mental dan emosi. Jadi, marilah kita mengorak langkah menjaga kesihatan jantung untuk hidup sihat dan ceria.